Kehadiran Pendatang Asing Bebankan Rakyat Dan Kerajaan
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini selain membebankan kerajaan daripada segi pengurusan dan kos, juga membawa kesan negatif kepada masyarakat tempatan daripada sudut sosial, kata seorang pakar sosial.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata kedatangan Pati membawa impak kepada kegiatan antisosial seperti jenayah termasuk yang serius.
Banyak kes pembunuhan, rompakan, pecah rumah dan mencuri membabitkan Pati dengan kes terbaru melibatkan penahan lapan lelaki Bangladesh berhubung pembunuhan wanita Indonesia yang dikerat 15 bahagian di Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang. Turut dibunuh ialah anak lelaki wanita itu.
Rumah-rumah urut pula menggunakan khidmat wanita warga asing, dan apa yang membimbangkan ialah golongan belia sudah mula berjinak-jinak mengunjungi tempat ini.
"Golongan ini (Pati) juga terbabit dengan kegiatan kurang bermoral seperti meminta sedekah. Mereka juga membawa nilai agama dan bangsa yang kontroversial," kata Mohamed Fadzil kepada Bernama di sini Khamis.
Oleh itu, katanya, wajarlah kerajaan melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin, dikenali sebagai 6P, yang bermula serentak di Semenanjung dan Sarawak sejak 1 Ogos lepas.
"Mereka juga membabitkan belanja untuk kos penahanan dan menghantar mereka pulang ke negara asal. Saya sangat bersetuju Kementerian Dalam Negeri terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia mengadakan program 6P yang sebahagian besar akan mengatasi masalah-masalah sosial ini," katanya.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, sehingga 8 Ogos, 1,548,798 Pati dan pekerja asing sah telah didaftar melalui program itu.
tidk dinafikan kehadiran pendatang asing ke negara kita byk menimbulkan masalah terutamnya masalah sosial dan jenayah. pengurusan untuk menangkap dan menghantar mereka balik memakan kos yang tinggi.
BalasPadamkehadiran pati sememangnya memberikan pelbagai kesan terhadap rakyat dan negara..
BalasPadamkomitmen yang tinggi diperlukan bagi menangani masalah pati ni..harap progaram 6p yang sedang dilakukan akan memberikan hasil yang positif.
BalasPadammemang membebankan tapi tidak boleh 100% salahkan mereka juga sebab kemasukan mereka ke negara ini ada yang berpunca dari orang tempatan sendiri.
BalasPadamkadang2 mereka yang terlibat dalam jenayah ni disebabkan budaya atau keadaan2 yang dipengaruhi dari negara asal mereka. ada juga yang disebabkan mereka terdesak bila sampai di negara ini mereka menghadapi masalah kewangan, tiada tempat tinggal dan sebagainya sehingga sanggup untuk mencuri, merompak atau meragut.
BalasPadamSiapa dalang yang membawa masuk beramai-ramai PATI ke M'sia, terutama di Sabah ni.Tu dalang perlu dicari dan dihukum.
BalasPadamHarap2 bilangan PATI akan berkurang.
BalasPadamPersoalannya, kenapa kemasukan PATI ke M'sia macam senang2 saja? Jumlah PATI meningkat dari tahun ke tahun dan geitu juga dengan kadar jenayah.
BalasPadamKerjasama daripada semua pihak amat penting dalam menangani masalah PATI ini. Selagi ada pengkhianat negara, selagi itulah masalah ini tidak akan menemui jalan keluarnya.
BalasPadamKerana kehadiran mereka inilah yang menyebabkan pelbagai kes jenayah berlaku. Dari kers jenayah yang kecil hinggalah kes yang besar. Maka ini membimbangkan rakyat tempatan sendiri, keselamatan mereka dan keluarga pasti terancam.
BalasPadamPintu mauk mudah ditembusi oleh PATI ini menyebabkan mereka mudah saja memasuki negara kita. Sampai bila negara kita berterusan dengan PATI. Harap kerajaan akan menangani masalah sebaiknya. Jangan biarkan begitu saja.
BalasPadamsaya juga amat bersetuju dengan program ini.. jika dilaksanakan dengan jujur, teliti dan bersungguh2, pasti masalah PATI dan pekerja asing di negara ini boleh diselesaikan dengan berkesan.
BalasPadamMemang betul, bukan saja Pendatang Asing ini tidak membayar cukai seperti rakyat, tapi mereka menikmati perkhidmatan awam seperti hospital kerajaan dan lain lain.
BalasPadamSelain itu, mereka juga menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat kita seperti kes jenayah, kes rampas tanah dan lain-lain.
BalasPadam