Khamis, Ogos 04, 2011

ISU PERTUKARAN STATUS PENDUDUK TETAP (PR) KEPADA WARGANEGARA DENGAN SEKELIP MATA

JPN Sangkal Dakwaan Rakyat Asing Diberi Taraf Kewarganegaraan Pintas

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa seorang rakyat asing bernama Mismah telah diberi taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap.

Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said dalam kenyataan di sini berkata mengikut rekod, Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982 dan diluluskan taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Jan 2011.

Beliau berkata kewarganegaraan Malaysia itu diberi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu warga asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

Jariah berkata sejak 9 April 2009 hingga 1 Julai 2011, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menimbang sebanyak 72,334 pemohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan sebanyak 29,290 daripada jumlah itu telah diluluskan.

Angka itu merupakan sebahagian 219,000 permohonan yang telah berjaya diselesaikan kementerian itu.

Kes lain termasuk 31,449 permohonan untuk Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar.

----

----

SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi

kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,”

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis),"

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Yusof

----

Pengundi PR: DAP dakwa wujud 'konspirasi'

"... bagaimanapun, laporan Malaysiakini semalam yang menyediakan bukti kukuh bahawa penduduk tetap asing telah diberi hak mengundi di Malaysia.

"Apa yang mungkin lebih mengejutkan ialah dalam tempoh empat jam sahaja, status pengundi baru yang diragui, telah dengan serta-merta berubah - daripada penduduk tetap kepada warganegara dalam pangkalan data JPN.

"Pada dasarnya, rakyat asing ini mula-mula mendapat (status) penduduk tetap, kemudiannya mereka menjadi pengundi dan seterusnya diberikan kewarganegaraan,"

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua

----

Pakatan tuntut PM panggil sidang tergempar Parlimen

Anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkang isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara "khianat" itu "mengancam keselamatan dan kedaulatan negara".

"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar ahli parlimen Pakatan di di ibupejabat pakatan di Petaling Jaya hari ini.

-----

PAS: 1,100 PR dalam daftar pengundi S'gor

image "Di Selangor ada lebih kurang 1,100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa,"

Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzah

22 ulasan:

  1. mudahnya warga asing mendapat status kewarganegaraan Malaysia.

    BalasPadam
  2. jangan disebabkan ingin mengekalkan kuasa dan kedudukan saja sampai sanggup gadaikan maruah dan kedaulatan negara. isu seperti ini perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin.

    BalasPadam
  3. Isu ini wajar disiasat dengan teliti.

    BalasPadam
  4. Harap masalah seperti ini akan diselesaikan sebelum PRU-13 diadakan.

    BalasPadam
  5. SPR kena siasat hal ini dan semak semula senarai daftar pengundi.

    BalasPadam
  6. isu seperti ini perlu disiasat dan diteliti dengan mendalam.

    BalasPadam
  7. satu pihak cakap lain satu pihak lagi cakap lain...mana mahu percaya ni?

    BalasPadam
  8. yang dalam rekod mengatakan seperti apa yang telah dikatakan...tetapi bagaimana pula yang 'di luar rekod'? perkara ini seharusnya disiasat kerana mengancam keselamatan dan kedaulatan negara..

    BalasPadam
  9. Kenyataan telah diberikan oleh Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said mengenai kes ini, jadi janganlah perbesar-besarkan hal ini lagi melainkan ada kemuskilan dalam pentadbirannya.

    BalasPadam
  10. Pihak Najib seharusnya adakan sahaja sidang tergempar Parlimen dengan pihak pembangkang untuk menyelesaikan masalah mengenai taraf kewarganegaraan ini.

    BalasPadam
  11. Isu ini memang masih blm dapat ditanggani walaupun telah sekian lama berlanjutan. Entah apa lagi cara yang boleh dibuat utk selesaikan perkara ini?? huhu

    BalasPadam
  12. Semoga semua pihak terutamanya kerajaan melipatgandakan lagi usaha demi menanggani perkara ini.

    BalasPadam
  13. Bagaimanalah sesiapa pihak dapat menerima perkara demikian apabila tidak dapat mempercayainya pun...

    BalasPadam
  14. Isu yang mengelirukan semua pihak.

    BalasPadam
  15. Jadi mereka yang mendapat kewargenegaraan adalah melepasi syarat yang ditetapkan oleh JPN. Jadi jangan hanya tahu membuat penilaian dan kesimpulan sendiri.

    BalasPadam
  16. APa yang Mismah perolehi adalah atas kelayakkan beliau. Jadi Pakatan ada mahu kata lagi?!!

    BalasPadam
  17. Apa dahterjadi dengan system negara kita? Sebilangan orang menunggu seolah-olah seumur hidup untuk mendapat warganegara, kes ni pula sekelip mata? Ape masalahnya? Siapa yang perlu bertanggung jawab?

    BalasPadam
  18. Kerja kemas kini perlu dijalankan secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah yang serius ni.

    BalasPadam
  19. mustahil pembangkang tidak tahu mana2 warga asing boleh mendapat kerakyatan Malaysia berdasarkan syarat2 yang diperuntukkan dalam perlembagaan. isu Mismah itu sengaja dipolitikkan dengan menyembunyikan fakta sebenar. setelah beliau diberikan status kewarganegaraan pada 31 Jan 2011, beliau sebenarnya boleh mendapatkan MyKad tersebut kurang dari 4 jam.

    BalasPadam
  20. taraf warganegara patut dipertimbangkan kpd pemegang mypr khususnya umat islam..

    BalasPadam
  21. Pertimbangan harus diberikan sbg cth kpd ssorg yg dilahirkn d Malaysia Dan pernah menimba ilmu di sklh rendah Dan menengah, agak kesian kah jg klu x dpt meneruskan plajaran Dan m'kejar cita2...syg mlysia,peace...

    BalasPadam
  22. asalamualaikum pada pembaca.. harap dapatlah kerajan pertimbankan setatus pr ni kesian pada mereka yang dah beruasaha betahun-tahun belajar dari sekolah rendah hingga menengah tiba;tiba terkubur di tengah jalan..apa nak jadi dengan merika ni..

    BalasPadam