Pejabat bangunan kerajaan ditenggelami air
RANAU August 3, 2011: Lantai pejabat beberapa persekutuan yang ditempatkan di bangunan Jabatan Persekutuan Daerah Ranau ditenggelami air dan beberapa dokumen penting serta peralatan komputer gagal berfungsi berikutan kerosakan pada salah satu pili bomba di tingkat dua bangunan tiga tingkat itu.
ROSAK ….Inilah salah satu pili bomba di bangunan Pejabat Persekutuan Ranau yang dikatakan rosak sewal subuh kelmarin (Rabu).
Antara yang terjejas teruk olah limpahan air yang berlaku kira-kira jam 2.00 pagi kelmarin itu ialah pejabat Rela, Pejabat Jabatan Tenaga Kerja, Pejabat Penerangan Daerah, Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) Ranau, Fama dan bilik mesyuarat Jabatan Imigresen.
Tinjauan ke bangunan itu pagi kelmarin mendapati beberapa peralatan seperti komputer di Pejabat Penerangan dan beberapa dokumen penting turut rosak.
Para pegawai dan kakitangan jabatan yang terlibat terpaksa bertungkus-lumus dari awal pagi hingga tengahari bergotong-royong untuk mengalihkan air yang bertakung di seluruh kawasan lantai.
Turut membantu ialah Pegawai Pelajaran Daerah, Rusining Rusidi dan Pegawai Rela Daerah, Kol Jabay Surugau, Pegawai Penerangan Daerah, Didimus Yumok bersama para pegawai serta kakitangan jabatan yang lain.
Rusining yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penggunaan Bangunan Persekutuan itu menyarankan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau supaya mengadakan tinjauan atau pemantauan terhadap semua peralatan bomba terutama pili bomba untuk mempastikan peralatan-peralatan yang ada itu sentiasa berada dalam keadaan baik, bagi mengelakkan perkara itu berulang.
“Kita sebagai pengguna bersama bangunan yang baru sahaja siap ini sama sekali tidak menjangka akan berlaku masalah seperti ini,” katanya.
Berikutan masalah itu, beberapa jabatan seperti JPN, Rela dan Jabatan Tenaga Kerja tidak dapat beroperasi kerana bukan sahaja permaidani lantai masih basah ditenggami air malah bekalan elektrik turut terjejas.
masalah ini harus ditangani dengan segera agar jabatan2 yang mengalami banjir dapat beroperasi semula seperti biasa.
BalasPadamHarap kebocoran pili tersebut dapat dibaiki secepat mungkin.
BalasPadamHarap kerosakkan yang lain akan diselesaikan juga supaya boleh terus beroperasi.
BalasPadamtindakan segera untuk selesaikan masalah ini perlu dilakukan.
BalasPadamKesihan.... perlu ada pengagihan kerja untuk memantau mana2 alat bomba untuk memastikan ianya tidak mendatangkan sebarang malapetaka kepada orang lain.
BalasPadamselepas ini pemantauan perlu sentiasa dilakukan bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada berulang.
BalasPadamLihat apa yang berlaku. Siapa yang akan dipersalahkan? Siapa yang akan membayar ganti rugi dan segala maklumat yang telah rosak?
BalasPadamseharusnya pemantau peralatan bomba seperti pili air bomba dilakukan sentiasa agar berada dalam keadaan yang baik..
BalasPadamdiharap kejadian ini tidak akan berulang lagi di masa akan datang.
BalasPadamperalatan itu menyebabkan kebanjiran, memang susah untuk membersihkan tempat itu. Harap dapat menyelesaikan perkara ini malah harus sentiasa memastikan semua peralatan adalah dalam keadaan yang baik.
BalasPadamMungkin ada orang yang mengacau pili berkenaan. Jika tidak sungguh mustahil pili itu tiba-tiba rosak tempat sebab.
BalasPadamBenda-benda dalam bangunan pasti telah mengalami kerosakan. Harap-harap dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat untuk mengelakkan kerugian harta.
BalasPadamSetiap projeck perlu dipantau dengan terperinci progress nya. Kerosakan telah berlaku dan sibuk mencari cara penyelesaianya bukanya cara yang cekap. Rakyat yang perlu menanggung kesemua kerugian tersebut?
BalasPadam1) Cari cara penyelesaian secepat mungkin.
BalasPadam2) Keadah itu mencegah masalah tersebut berulang.
3) Pekerja yang bertugas perlu diberi amaran jika kejadian tersebut adalah kesilapan beliau.
4) Kemudahan/Kelengkapan tersebut perlu diperiksa masa kesemasa.
All facilities needed to check daily basis to avoid similar problems.
BalasPadamMasalah perlu diselesaikan.. cara mencegah masalah yang sama perlu dibuat..
BalasPadampastikan kejadian ini adalah yang pertama dan terakhir..
BalasPadam