Selasa, Ogos 02, 2011

11.30 PAGI PEMASTAUTIN TETAP, JAM 3.00 PETANG WARGANEGARA?!

Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara

Kuek Ser Kuang Keng Ogos 2, 11 4:05pm

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

-----

PR didaftar sebagai pengundi

Kuek Ser Kuang Keng Ogos 2, 11 1:06pm

Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menjamin bahawa tiada warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Seorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu.

NONESistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru.

15 ulasan:

  1. Tak sangka betul perkara macam ini boleh berlaku.

    BalasPadam
  2. Harap perkara ini boleh disiasat untuk mendapatkan kebenaran.

    BalasPadam
  3. perkara ini perlu kita siasat. hnya rakyat tempatan yang berhak untuk mengundi.

    BalasPadam
  4. pekara ini perlu disiasat bagi mengetahui sama ada pekara ini benar atau tidak.

    BalasPadam
  5. cepatnya dia menjadi warganegara. mesti ada dalang di sebalik semua ni. harap dapat didedahkan dan kenakan tindakan sewajarnya.

    BalasPadam
  6. Pembohong lagi? Kenapalah negara kita terdapat masalah begini yang tak siap-siap lagi? Memang menyusahkan.

    BalasPadam
  7. Siasatan perlulah dijalankan dengan segara, jangan-jangan perkara berlaku lagi.

    BalasPadam
  8. Nama pun Mismah saja. Memang meragukan.

    BalasPadam
  9. Kalau perkara sebegini pun boleh berlaku, macam mana nak percaya akan ketelusan sistem pengundian di negara kita?

    BalasPadam
  10. Benar atau tidak sukar untuk kita mengatakannya. Kita mahu percaya atau tidak pasti sukar untuk kita mempercayainya. Zaman sekarang dengan kecanggihan teknologi maka tidak hairan pakar edit ada.

    BalasPadam
  11. Hanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja yang boleh memberi penjelasan terhadap isu di atas.

    BalasPadam
  12. keraguan rakyat akan bertambah jika JPN tidak tampil ke depan dan memberi penjelasan

    BalasPadam
  13. siapa yang jumpa kes ini? hebat.. ada berjuta rakyat di negara ini.. adakah beliau memeriksa satu persatu no kad pengenalan?

    BalasPadam