Khamis, Ogos 04, 2011

DILUDAH KEKASIH GELAP SUAMI

Diludah kekasih gelap suami

image SHAH ALAM: Ramadan kali ini tidak bermakna bagi seorang ibu beranak empat berusia 39 tahun apabila dia bukan saja diceraikan suami sebaliknya dia cedera selepas dibelasah lelaki itu di rumah sewa kekasih lelaki itu di Banting, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan mangsa dibelasah suaminya berusia 40-an itu disebabkan wanita terbabit melarang suspek bersekedudukan dengan kekasihnya yang juga warga Indonesia di rumah sewa berkenaan.

 Lebih mengaibkan apabila warga Indonesia itu bertindak keji dengan meludah muka mangsa di hadapan suaminya itu ketika pasangan terbabit bertengkar.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa cedera di leher dan badan selepas ditampar dan ditumbuk suaminya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Banting, di sini, menuntut tindakan tegas terhadap suaminya itu.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Intan, berkata dia dan anak lelakinya berusia 16 tahun pergi ke rumah sewa wanita terbabit bagi merayu suaminya pulang.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, saya meminta suami pulang ke rumah, namun tindakan saya itu menyebabkan dia berang sebelum memarahi saya.

“Malah, suami saya yang bagaikan dirasuk syaitan memukul saya di hadapan wanita terbabit,” katanya.(GH)

Menurut Intan, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu manakala wanita terbabit meludah mukanya.

“Suami mengarahkan saya dan anak meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya, semalam.

Intan berkata, dia syak suaminya disihir wanita itu kerana lelaki terbabit tidak boleh berada di rumah mereka terutama sebelah malam sejak lima bulan lalu.

Intan berkata, dia sanggup memaafkan suaminya itu dan kembali bersamanya semula demi masa depan mereka sekeluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

10 ulasan:

  1. Harap2 suami dia akan dapat balasan. yang kekasih gelap tu harap2 dapat balasan juga.

    BalasPadam
  2. Harap lelaki tersebut kembali pada isterinya demi anak2 mereka. perempuan warga asing ni pun satu. kalau bukan buat jenayah, rampas suami orang pula.macam2..

    BalasPadam
  3. Semua pihak pun ada salah sendiri.

    BalasPadam
  4. mmg sering berlaku suami orang digoda oleh wanita dari indonesia.

    BalasPadam
  5. Lelaki ini sudah kena mandrem mungkin. Lupa diri, lupa keluarga.

    BalasPadam
  6. lelaki tersebut perlu dihukum kerana memukul isterinya. lelaki tersebut dan kekasihnya juga perlu dihukum kerana bersekedudukan. macam-macam sudah masalah yang kita dengar melibatkan warga asing. kali ni goda suami orang pula. harap mereka yang bersalah akan mendapat balasannya.

    BalasPadam
  7. Kedua-dua pihak pun ada kesalahan. Tetapi paling salah adalah Lelaki tidak patut memukul perempuan! SIAL.

    BalasPadam
  8. Janganlah kita menggunakan emosi kita dalam menyelesaikan apa-apa perkara. Kita akan menyakitkan orang dengan cara ini.

    BalasPadam
  9. Apa-apa perkara boleh berlaku. Biar setiap kelakuan yang dilakukan ada pembalasannya.

    BalasPadam
  10. Biar mereka sendiri saja yang menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam