Firma ubah suai alat biometrik kena denda
Deposit RM5,000 hilang sebagai bayar ganti rugi
PUTRAJAYA 2011/08/14: Syarikat pengurus yang didapati mengubah suai peralatan biometrik dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (Program 6P) akan hilang deposit RM5,000 dibayar mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim, berkata deposit itu akan dianggap sebagai bayaran ganti rugi berdasarkan perjanjian ditandatangani di antara kementerian dan syarikat pengurus sebelum ini.
Tindakan ubah suai kira-kira 600 peralatan biometrik yang dikenal pasti sebelum ini boleh menyebabkan beberapa maklumat PATI seperti slip Nexcode pendaftaran dengan nombor kod rujukan berganda didedah dan jika itu berlaku, PATI berhadapan masalah ketika proses pemutihan dan pengampunan. - Alwi Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha KDN
Beliau berkata, tindakan mengubah suai kira-kira 600 peralatan biometrik yang dikenal pasti sebelum ini boleh menyebabkan beberapa maklumat PATI seperti slip Nexcode pendaftaran dengan nombor kod rujukan berganda didedah dan jika itu berlaku, PATI akan berhadapan masalah ketika proses pemutihan dan pengampunan.
“Syarikat pengurus berkenaan akan hilang deposit RM5,000 sebagai ganti rugi sekiranya mesin terbabit diubah suai. Kita masih menyiasat kenapa mereka melakukan ubah suai dan memantau supaya tiada lagi kejadian seperti ini,” katanya.
Alwi berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rahman melawat Jabatan Imigresen, di sini semalam bagi melihat program pendaftaran PATI dan pekerja asing.
Sebelum ini, kementerian berkenaan mendedahkan beberapa syarikat pengurus bagi Program 6P dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubah suai peralatan biometrik yang digunakan tanpa pengetahuan kementerian.
Sementara itu, Atiqur menyifatkan Program 6P sebagai berkesan dalam usaha menyelesaikan isu PATI dan melumpuhkan kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia.
“Kerajaan Bangladesh akan memberi sokongan penuh untuk mendaftarkan pekerja warga negara kami di Malaysia. Kita juga akan mengadakan kerjasama lebih erat untuk menangani kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini ada kira-kira 500,000 pekerja asing sah dan PATI dari Bangladesh di Malaysia dan setakat semalam, 218,000 PATI dan 116,000 pekerja asing sah dari negara itu sudah mendaftar dalam Program 6P.
apakah motif mereka mengubah suai alat tersebut. syarikat2 tersebut harus dikenakan tindakan yang lebih tegas.
BalasPadamtindakan tegas perlu dikenakan terhadap syarikat yang mengubahsuai alat biometrik tersebut.
BalasPadamsistem biometrik pun sudah tidak bersih. bagaimana pula bila pilihan raya nanti?
BalasPadamtindakan pihak2 ini sudah pasti akan menyumbangkan masalah dan keberkesanan program 6P.
BalasPadamKenal pasti mereka yang mengubah sistem alat biometrik ini dan jika boleh kenakan denda yang lebih tinggi.
BalasPadamUntuk apa firma itu berbuat demikian? Kenapa tidak menjalankan program tersebut dengan telus dan adil.
BalasPadamHarap tiada firma lain yang berbuat demikian, bukan saja hilang deposit, tapi perbuatan ini juga menyebabkan program 6P ini kurang berkesan.
BalasPadamKenapa perlu nak ubah suai alat bimetrik lagi? Motif? Macam manalah rakyat nak harap ketelusan kerajaan jika ada pihak yang ambil kesempatan?
BalasPadamSikap tidak bertanggungjawab mengubah suai alat biometrik boleh menimbulkan pelbagai masalah lagi. Perkara ini harus dipantau dan ambil tindakan ke atas mereka yang berindak tidak mengikut arahan.
BalasPadammacam mana la masalah PATI ni mau selesai? ada saja pihak yang mengambil kesempatan.. patutnya syarikat yang melakukan kesalahan itu dikenakan tindakan yang lebih berat bukan sekadar kehilangan deposit rm5000..
BalasPadamprogaram kayak g ni aja udah di kotori sendiri ama orang malaysia,,sekarang jawab ,, yg bikin bangkai rakyat malaysia SENDIRI apa PATI???,,,,,.....
BalasPadamPutra Epos.. kalau tidak ada PATI, ini program tidak akan wujud..
BalasPadam