Ahad, Ogos 14, 2011

MISMAH BERI BUKTI TOLAK TOHMAHAN DAPAT WARGA NEGARA MELALUI "’PINTU BELAKANG’

Mismah beri bukti tolak tohmahan

imageDakwaan dapat kerakyatan 4 jam tak benar

KUALA LUMPUR 2011/08/14: Seorang warga negara dikenali sebagai Mismah, 47, yang didakwa mendapatkan kewarganegaraan dalam tempoh empat jam melahirkan rasa kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh beliau dibayar kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mendaftar sebagai pengundi.

Mismah yang juga ibu empat anak ketika ditemui, berkata beliau sedih dengan dakwaan mendapat taraf kerakyatan melalui ‘pintu belakang’ kerana ia menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap keluarganya.

 “Semua dakwaan itu tidak berasas kerana saya ada bukti untuk menyangkal dakwaan itu. Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan saya diluluskan 31 Januari lalu selepas 29 tahun berada di negara ini dan berstatus penduduk tetap (PR) selama 12 tahun.

“Malah saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik termasuk BN,” katanya di Sungai Buloh, dekat sini, semalam.

Anaknya, Shuhaifah Mawasi, 28, pula berharap masyarakat tidak memandang negatif terhadap keluarganya.

“Ada yang kata ibu saya pengundi hantu dan tiada status tetap di blog dan laman web. Semua tohmahan ini melukakan hati kami sekeluarga. Kalau hendak diikutkan bapa saya dan nenek saya masih lagi berstatus penduduk tetap.

“Sekiranya BN hendak membeli undi, mengapa hanya ibu saya mendapat kewarganegaraan dan bukan ketiga-tiganya. Jangan menjadikan keluarga kami mangsa keadaan,” katanya.

Sebelum ini, pihak pembangkang mendakwa status kerakyatan ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara) dalam tempoh empat jam saja.

 MISMAH bersama Noh   menunjukkan kad pengenalan dan sijil kewarganegaraan Malaysia pada sidang media  di Sungai Buloh, semalam.MISMAH bersama Noh menunjukkan kad pengenalan dan sijil kewarganegaraan Malaysia pada sidang media di Sungai Buloh, semalam.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar ketika diminta mengulas mengenai perkara ini berkata penyebaran berita palsu sudah menjadi satu permainan pembangkang dalam usaha menghalalkan matlamat kumpulan BERSIH yang mendakwa kononnya sistem pilihan raya di negara ini tidak telus.

“Dengan bukti yang ada, saya menggesa pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini memohon maaf kepada Mismah sekeluarga. Jangan cipta isu yang hanya bersandarkan berita daripada blog dan laman web semata-mata.

“Sekiranya beberapa pemimpin pembangkang mempunyai kad pengenalan dengan kod negerinya nombor 71 (dilahirkan di luar negara) boleh jadi ahli Parlimen dan wakil rakyat, apa salahnya Mismah mendaftar sebagai pengundi. Saya minta pembangkang siasat pemimpinnya terlebih dulu sebelum mencipta isu,” katanya.

11 ulasan:

  1. dah terbukti Mismah memperolehi kewarganegaraan melalui jalan yang sah. tak perlulah nak mainkan lagi isu ini.

    BalasPadam
  2. penjelasan Mismah ini menjawab isu yang dikaitkan terhadap dirinya selama ini.

    BalasPadam
  3. dalam isu mengenai Mismah ni mungkin benar tapi saya masih ragu2 lagi berhubung dengan beberapa ribu warga asing yang lain yang yang telah didaftarkan sebagai pengundi.

    BalasPadam
  4. isu2 seperti ini memang sering timbul terutama mendekat pilihan raya. mampukah pilihan raya umum ke-13 dijalankan dengan bersih dan adil?

    BalasPadam
  5. Harap penjelasan Mismah ini akan diterima oleh orang ramai bahawa tiada masalah dengan kewarganegaraannya.

    BalasPadam
  6. Kesian Mismah difitnah oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

    BalasPadam
  7. Mismah mendapat kewargenegaraan dengan cara yang betul. Harap siapa yang memberikan maklumat palsu itu perlulah dikenakan Saman malu kepada penyampai maklumat.

    BalasPadam
  8. Janganlah berikan kenyataan yang bukan-bukan tanpa bukti kukuh.

    BalasPadam
  9. Makanya jangan percaya bulat2 dengan apa yang diperkatakan dalam blog2 dan cakap2 individu sebelum disahkan kebenarannya.

    BalasPadam
  10. Mereka yang suka sebar khabar angin ini memang sengaja melakukannya demi memenuhi agenda politik masing2.

    BalasPadam
  11. saya rasa pemimpin2 pembangkang dan media pro pembangkang tidak akan sekali2 meminta maaf malah akan tetap menggunakan isu ini tanpa memikirkan perasaan pihak yang dipergunakan oleh mereka.. harapan saya supaya rakyat seluruh Malaysia menolak parti yang menggunakan pendekatan fitnah dan pembohongan dalam meraih sokongan..

    BalasPadam