Konsul Indonesia di Tawau gesa pekerja Indonesia patuhi program 5P
TAWAU 24th July, 2011: Semua kira-kira 50,000 pekerja rakyat Indonesia yang bekerja di pelbagai sektor di Tawau digesa mendaftar dengan Jabatan Imigresen melalui program Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan, Penguakuasaan dan Pengusiran (5P) kerajaan Malaysia.
Konsul Indonesia di Tawau, Widoratno Rahendra Djaya, berkata, pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mesej 5P berkenaan sampai kepada rakyat Indonesia dan keluar beramai-ramai mendaftar.
“Kita memang amat berharap program 5P ini berjaya sepenuhnya dengan pendaftaran (pendatang asing tanpa izin) mencapai tahap optimum. Jadi kerjasama daripada pihak majikan dan media massa juga diperlukan agar maklumat program 5P ini sampai kepada pekerja,” katanya.
Widoratno berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Kempen Pencegahan Janayah, anjuran Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini, kelmarin.
Menurutnya, memandangkan program berkenaan sudah berjalan seminggu, PATI dari negara berkenaan tidak harus menunggu hingga saat-saat akhir untuk mendaftar bagi mengelak kesesakan atau sebarang kerumitan yang boleh menyusahkan diri sendiri.
Program 5P di seluruh Sabah bermula pada 18 Julai lalu dan akan berakhir pada 1 Ogos depan.
----
Harap Program 5P ini berjalan lancar.
BalasPadamkerjasama dari pihak konsulat diperlukan bagi memastikan program ini mencapai sasarannya.
BalasPadamBagaimana pula dengan PATI warga Filipina yang tidak mempunyai konsul di Sabah?
BalasPadammasih ada di kalangan warga asing yang keliru mengenai program ini sehingga mereka tidak mendaftarkan diri. jadi diharap pihak majikan dan media massa perlu bekerjasama bagi menyampaikan maklumat ini kepada pekerja.
BalasPadamjumlah yang sangat ramai.
BalasPadamHarap2 5P ini dapat dijayakan. terutama step yang akhir.
BalasPadamSemoga kerjasama dari semua PATI dalam 5P ini. Jika tidak, selepas saja 5P ini tamat PATI yang didapati belum berdaftar kemungkinan akan diambil tindakkan yang lebih berat.
BalasPadamdiharapkan program ini akan berjaya menyelesaikan masalah pati di Sabah.
BalasPadamdengan adanya kerjasama dipihak kerajaan Indonesia, rasanya kerajaan Malaysia tidak la begitu sukar melaksanakan program 5P ini.. tapi untuk pendatang haram dari Filipina, mungkin agak sukar sedikit..
BalasPadam