Faktor "Perwakilan" Negeri Perlu Diambil Kira Untuk Jawatan Kanan Persekutuan, Kata Speaker
BEAUFORT, 23 Julai (Bernama) -- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata hari ini faktor "perwakilan" di sesebuah negeri perlu diambil kira dalam pelantikan pegawai kanan jabatan dan agensi Persekutuan, selain mengutamakan meritokrasi.
Beliau yakin pegawai kanan yang dilantik itu akan lebih memahami keadaan di negerinya sendiri, sekali gus membantu memantapkan pentadbiran Persekutuan di peringkat negeri.
Salleh diminta mengulas kemelut yang menyelubungi pertukaran Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, Lahari Lasari ke Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai Ketua Cawangan Pembangunan LPP berkuatkuasa 1 Julai lepas yang dilihat oleh banyak pihak sebagai penurunan pangkat.
"Kita harus terima hakikat bahawa dalam sistem kerajaan berpusat, selain meritokrasi, kita juga mengambil kira (faktor) "perwakilan" negeri dalam pelantikan pegawai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar menerapkan nilai-nilai murni bagi memperkukuh gagasan 1Malaysia di sini.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Sabah Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata pihaknya melihat pertukaran itu sebagai penurunan pangkat.
Ini kerana Lahari pernah menjawat jawatan penting termasuk sebagai Pengarah LPP Labuan and Timbalan Ketua Penerangan LPP Sabah sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar PPN.
Yang penting lantik orang yang layak dan berpotensi.
BalasPadamBiarlah orang yang dilantik benar2 layak dan berjiwa rakyat.
BalasPadamHarap2 orang yang dilantik tu seorang yang bertanggungjawab, amanah, jujur dan benar2 membela nasib rakyat Sabah dan pembangunan Sabah.
BalasPadamkena pastikan pelantikan dilakukan trhadap mereka yang benar2 layak dan berkebolehan.
BalasPadamseorang yang dilantik itu bukan berdasarkan status sosial dan ras tapi mengikut kebolehan dan keupayaan mereka.
BalasPadamSetiap pegawai kanan yang dilantik itu akan lebih memahami keadaan di negerinya sendiri, sekali gus membantu memantapkan pentadbiran Persekutuan di peringkat negeri jadi biarlah mereka itu benar-benar yang boleh membantu untuk memperjuangkan kepentingan dan hak penduduk.
BalasPadamsaya setuju jika dikatakan pegawai kanan yang dilantik akan lebih memahami keadaan di negerinya sendiri.
BalasPadamterima sahaja hakikatnya dan tidak perlulah diperbesarkan isu ini.
BalasPadam