Rabu, Jun 29, 2011

KELUARGA P.RAMLEE TUNTUT ROYALTI DARIPADA SHAW BROTHERS WAJAR

Keluarga P.Ramlee Tuntut Royalti Daripada Shaw Brothers Wajar

GEORGE TOWN, 28 Jun (Bernama) -- Tindakan anggota keluarga Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menuntut royalti hasil bayaran daripada tayangan filem lakonan seniman itu daripada syarikat produksi, Shaw Brothers, adalah wajar, kata pelakon veteran Datuk Mustapha Ma'arof.

Mustapha yang juga anggota Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berkata tindakan itu wajar kerana syarikat berkenaan telah memperolehi keuntungan hasil penayangan filem-filem P.Ramlee.

"Sebagai anak seni, saya sokong hasrat keluarga P. Ramlee menuntut hak mereka bagi mendapatkan royalti hasil daripada tayangan filem lakonannya namun semuanya bergantung kepada Shaw Brothers untuk pertimbangan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis "Bicara Seni P.Ramlee - Seniman Sepanjang Zaman" di sini, hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan waris P. Ramlee bercadang menuntut royalti daripada bekas majikan seniman agung itu hasil bayaran tayangan filem lakonan Allahyarham di stesen televisyen, termasuk televisyen berbayar yang dikatakan mencecah RM200 juta.

Tan Sri P.Ramlee adalah seniman yang dikenang dan disanjung sepanjang zaman menerusi penglibatannya dalam lebih 60 buah filem dan 360 buah lagu.

Bicara tersebut dianjurkan hasil kerjasama antara Arkib Negara di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersama Universiti Sains Malaysia (USM) bertujuan mengumpul, menambah dan melengkapkan maklumat berkaitan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee untuk simpanan di Arkib Negara.

Antara barisan panel di bicara itu ialah Prof Madya Razif Mohd dan Prof Madya Samad Salleh daripada Pusat Pengajian Seni, USM serta Dr Mahyudin Ahmad dari Pusat Pengajian Komunikasi, USM.

11 ulasan:

  1. sebagai anggota keluarga Tan Sri P.Ramlee rasanya memang wajar menuntut royalti hasil bayaran daripada syarikat produksi tu.

    BalasPadam
  2. Tuntutan keluarga P.Ramlee ini sememangnya wajar. Semoga pihak Shaw Brothers dapat mempertimbangkan perkara ini.

    BalasPadam
  3. Mesti sama2 dapat untung. Barulah adil.

    BalasPadam
  4. tuntutan tersebut memang wajar memandangkan syarikat Shaw Brothers telah memperolehi keuntungan hasil penayangan filem-filem P.Ramlee.

    BalasPadam
  5. Takkan mahu untung sendiri kan.. Agak2 jugalah ba kunun.

    BalasPadam
  6. Tuntutan itu memang patut dibuat dan syarikat berkenaan haruslah memberi perhatian sewajarnya.

    BalasPadam
  7. keluarga P Ramlee mmg layak menuntut royalti tersebut. lagipun, mmg byk keuntungan yang diperoleh oleh shaw brother dari hasil karya P Ramlee.

    BalasPadam
  8. Satu tindakkan yang wajar. Tapi perlulah melakukan perbincangan bagi pembahagian royalti tersebut.

    BalasPadam
  9. Why do they wait so long to take back royalty?

    BalasPadam
  10. saya harap keluarga Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjaya dalam tuntutan itu..

    BalasPadam
  11. Memang wajarnya tuntutan keluarga P.Ramlee ini. Semoga pihak Shaw Brothers dapat mempertimbangkan permintaan mereka.

    BalasPadam