Selasa, Jun 28, 2011

MICHELLE YEOH DIHARAMKAN MASUK MYANMAR

Michelle Yeoh Diharamkan Masuk Myanmar

Michelle Yeoh

Selasa Jun 28 BINTANG Hollywood, Datuk Michelle Yeoh diusir keluar dan disenarai hitamkan oleh negara Myanmar.

Menurut sumber, Michelle Yeoh diusir selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon.

"Sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Michelle terus diusir dan tidak dibenarkan lagi untuk masuk ke negara tersebut," kata sumber itu yang merahsiakan identitinya kepada pemberita.

"Pelakon itu sudah disenarai hitamkan di negara ini," kata sumber kedua pula.

Bagaimanapun, sebab-sebab pihak Myanmar bertindak sedemikian terhadap pelakon itu tidak dijelaskan.

Pada Disember tahun lalu, Michelle telah berjumpa dengan pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi di rumah pemenang Anugerah Nobel Keamanan di Yangon selepas merakamkan beberapa babak filem mengenai pejuang demokrasi, arahan pengarah Perancis, Luc Besson, di Thailand.

Dalam filem tersebut, pelakon berusia 48 tahun itu berlakon sebagai Suu Kyi yang menunjukan perjuangan tokoh itu dan ia mungkin ditayangkan hujung tahun ini.

Bekas ratu cantik Malaysia itu mula dikenali apabila membintangi filem James Bond pada tahun 1997 dan mencipta nama melalui filem Crouching Tiger, Hidden Dragon jugaMemoirs of Geisha.

14 ulasan:

  1. Myanmar tidak suka Michelle Yeoh kerana memainkan watak Aung San Suu Kyi.

    BalasPadam
  2. Myanmar sepatutnya beri penjelasan kenapa Michelle Yeoh diusir sejurus sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon. mana boleh suka hati ja usir.

    BalasPadam
  3. Kena 'blacklist' terus lagi tu.

    BalasPadam
  4. Sampai macam tu sekali, dia hanya berlakon saja.

    BalasPadam
  5. mgkin dia tidak dibenarkan masuk kerana watak yang akan dilakonkannya.

    BalasPadam
  6. ya..pekara ini terjadi mungkin kerana watak yang dilakonkan oleh beliau..

    BalasPadam
  7. Terpulang kepada negara itu kerana mereka mempunyai hak untuk melakukan demikian.

    BalasPadam
  8. Hanya kerana lakonan beliau diharamkan terus masuk negara. Mungkin Myanmar ada sebab lain lagi.

    BalasPadam
  9. Gara2 lakonan terus diharamkan oo.. hahhaha

    BalasPadam
  10. Tapi mcm sebelum inipun saya ada dengar pasal ni oo.. Tapi di mana ya??? Takkan isu ni dah lama:P

    BalasPadam
  11. kalau situasi itu berlaku di Malaysia, pasti pembangkang dan para penyokongnya menyerang habis2an kerajaan dan mungkin siap membawa sepanduk turun ke jalan raya melancarkan demo.

    BalasPadam
  12. kalau situasi itu berlaku di Malaysia, pasti pembangkang dan para penyokongnya menyerang habis2an kerajaan dan mungkin siap membawa sepanduk turun ke jalan raya melancarkan demo.

    BalasPadam
  13. kalau situasi itu berlaku di Malaysia, pasti pembangkang dan para penyokongnya menyerang habis2an kerajaan dan mungkin siap membawa sepanduk turun ke jalan raya melancarkan demo.

    BalasPadam
  14. Semuanya gara-gara Michelle Yeoh memainkan watak Aung San Suu Kyi..

    BalasPadam