Jumaat, April 08, 2011

GURU WANITA PATAH HIDUNG DITUMBUK PELAJAR

Guru Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar

KANGAR, 7 April (Bernama) -- Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu Khamis.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Mariati dibawa ke HTF untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Menurut jurucakap itu Mariati dipercayai cuba mengajak pelajar berkenaan ke bilik disiplin untuk dikenakan tindakan disiplin kerana bergaduh namun secara tiba-tiba pelajar tersebut menumbuk muka beliau menyebabkan hidungnya patah dan berdarah.

Beliau mendakwa, pelajar itu pernah digantung sekolah kerana masalah disiplin tetapi dibenarkan meneruskan semula persekolahannya di sekolah yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros ketika dihubungi dan mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya ada menerima dua laporan berhubung kejadian itu.

Katanya laporan pertama oleh guru wanita itu dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Satu laporan lagi dibuat oleh seorang pelajar tingkatan satu yang mendakwa beliau ditendang oleh pelajar yang sama dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

21 ulasan:

  1. Ganasnya. Kesian cikgu tu. Pelajar tersebut perlu dikenakan tindakan disiplin.

    BalasPadam
  2. pelajar sekarang ni makin nakal dan ganas. pelajar seperti tersebut patut dihukum supaya sedar.

    BalasPadam
  3. Pelajar sekarang semakin buruk perangai mereka.

    BalasPadam
  4. Teruknya golongan muda kita hari ini. Salah siapa?

    BalasPadam
  5. Salah siapa? salah budak tu. tidak menerima ajaran.

    BalasPadam
  6. Semakin ganas pula pelajar zaman sekarang. Pastikan mereka dihukum dan digantung sekolah.

    BalasPadam
  7. Adalah penting untuk ibu bapa untuk mengajar anak mereka untuk berdisiplin.

    BalasPadam
  8. macam-macam saja pekara yang berlaku sekarang ini. harap kes seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

    BalasPadam
  9. Pelajar yang tidak hormat pada guru ini perlulah diambil tindakkan tegas. Tidak mustahil akan berlaku lagi pada guru yang lain nanti.

    BalasPadam
  10. Masukkan sahaja pelajar tersebut kedalam sekolah agama @ pemilihan. Pelajar jenis ini tidak seseuai untuk belajar disekolah biasa.

    BalasPadam
  11. Pelajar ini mesti di kenakan tindakan disiplin dan segera ditukar kesekolah yang lebih sesuai. Jika tidak keadaan akan bertambah teruk dan akan menyebabkan lagi kes2 lain.

    BalasPadam
  12. semakin menjadi-jadi sikap pelajar yang kurang ajar pada masa kini..tindakan tegas harus dilakukan..pelajar yang bermasalah tidak perlu diberi peluang kedua kerana peluang tersebut telah diberikan.

    BalasPadam
  13. mungkin kementerian berkaitan harus membuat kajian punca dan penyelesaian kepada isu disiplin pelajar yang kian merosot.

    BalasPadam
  14. diharap pelajar tersebut dikenakan tindakan undang2 yang setimpal..

    BalasPadam
  15. Tak kira guru mahupun murid, namanya manusia tetap juga buat hal. huhuu

    BalasPadam
  16. Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya dan tidak berulang lagi.

    BalasPadam
  17. Memang tidak boleh terima, pelajar ini begitu biadap dan sanggup bertindak kasar terhadap guru.

    BalasPadam
  18. sekolah khas perlu ditubuhkan untuk pelajar2 bermasalah seperti ini.

    BalasPadam
  19. Harap guru itu boleh pulih secepat mungkin.

    BalasPadam
  20. Setuju dengan villager, lebih banyak sekolah khas untuk pelajar bermasalah seperti Sekolah Henry Gurney patut ditubuhkan.

    BalasPadam
  21. pelajar tersebut wajar dikenakan hukuman yang berat kerana tidak menghormati guru dan menyebabkan kecederaan malah mempunyai rekod disiplin yang buruk.

    BalasPadam