Jumaat, April 08, 2011

PENIAGA KAD ISI SEMULA TELEFON BIMBIT DI RUMAH KONGSI DISAMUN WARGA ASING

Peniaga Kad Isi Semula Telefon Bimbit Di Rumah Kongsi Disamun Warga Asing

KUANTAN, 8 April (Bernama) -- Seorang peniaga kad isi semula talian telefon bimbit yang berurus niaga di sebuah rumah kongsi warga asing di Kota Gelanggi, dekat Jerantut, bernasib malang selepas dia disamun dan dicederakan.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Insp Hazuriana Mat Hussin berkata, peniaga berusia 18 tahun itu disamun tiga lelaki warga asing selepas berurus niaga di rumah kongsi berkenaan.

"Dalam perjalan pulang dari situ kenderaan mangsa telah ditahan tiga warga asing berkenaan sebelum mangsa disamun," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Dalam kejadian malam Rabu lepas itu, mangsa kerugian lebih RM20,000 selepas tiga suspek terbabit merampas kad isi semula talian telefon bimbit yang bernilai RM10,000, wang tunai RM10,000 serta telefon bimbit mangsa.

"Mangsa turut ditoreh pada bahagian muka dan tangan dengan pisau," katanya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis sebelum dua daripada suspek terbabit yang berusia 22 dan 27 tahun berjaya diberkas.

"Seorang lagi suspek masih bebas dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

21 ulasan:

  1. warga asing ni tak habis2 nak buat jenayah kat tempat orang.

    BalasPadam
  2. ni mest PATI kn. lagi2 kes jenayah melibatkan PATI.

    BalasPadam
  3. Semakin banyak kes warga asing mencederakan rakyat kita sekarang.

    BalasPadam
  4. Keselamatan rakyat kita terancam.

    BalasPadam
  5. Harap pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

    BalasPadam
  6. Nampaknya kes samun semakin berleluasa...huhu

    BalasPadam
  7. Kebanyakan kes samun, rogol, bunuh, dan macam2x lagi dilakukan oleh warga asing. Bahaya betul warga asing! Patut mereka dihantar balik ke negara asal mereka.

    BalasPadam
  8. sudah sering kali kita dengar kes jenayah yang dilakukan oleh warga asing.

    BalasPadam
  9. harap penjenyah tersebut akan dikenakan hukuman yang berat atas kesalahan yang mereka lakukan.

    BalasPadam
  10. Kita tengok sendiri. Warga asing berani membuat jenayah dinegara kita.

    BalasPadam
  11. Warga asing semakin berkuasa dinegara kita. Mereka membuat seperti negara mereka sendiri.. Biar hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.

    BalasPadam
  12. warga asing kerap melakukan jenayah di negara kita..kemasukan warga asing ke negara ini harus dikawal dan diselia pergerakkan mereka setiap hari..

    BalasPadam
  13. seharusnya kerajaan mengubal undang2 bagi membolehkan mana2 warga asing yang melanggar peraturan dan undang2 negara terutama dalam kes seperti ini harus dihukum mati..tidak perlu kasihan kepada warga asing..rakyat harus didahulukan..

    BalasPadam
  14. bayangkan ketakutan yang dialami oleh penduduk sabah yang dikelilingi oleh pendatang asing tanpa izin..

    BalasPadam
  15. kerajaan harus tumpukan kepada isu nasional seperti kemasukkan warga asing ke negara ini, PATI, IC Palsu kerana ianya mengancam keselamatan rakyat dan negara BUKANNYA fokus kepada isu video seks.

    BalasPadam
  16. Sudah lah warga asing, buat hal lagi. Tak hairan jugalah ramai yang mahukan warga asing kembali ke tempat asal mereka.

    BalasPadam
  17. Semoga hukuman setimpal dikenakan terhadap pesalah.

    BalasPadam
  18. Harap warga asing ini akan dikenakan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan, dan harap pihak imigresen akan memasuki warga asing ini dalam senarai hitam dan tidak dibenarkan masuk ke negara ini lagi.

    BalasPadam
  19. lihat bagaimana warga asing ini cuba bermaharaja lela di negara kita.. inilah kesannya jika pihak berkuasa tidak menyelesaikan masalah kebanjiran PATI ini secara aggresif.. mereka bukan setakat berani berkeliaran di kampung2 dan bandar2 malah berani melakukan jenayah.

    BalasPadam
  20. Ya, kalau warga asing datang sini untuk bekerja, itu masih ok, tapi ada di antara mereka yang datang melakukan jenayah sehingga mengancam keselamatan rakyat kita, ini tidak boleh diterima.

    BalasPadam
  21. Inilah salah satu kesan negatif kemasukan warga asing di negara ini.

    BalasPadam