Filipina Dan MILF Perlu Segera Meterai Perjanjian Keamanan
COTABATO CITY, Mindanao (Filipina), 10 April (Bernama) -- Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) perlu mencari jalan penyelesaian terbaik agar perjanjian keamanan yang dirangka pada 2008 dapat dimeterai segera.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Pasukan Pemantau Antarabangsa-Mindanao (IMT) sejak 9 Dis 2004 tidak boleh diteruskan lagi kerana ini merupakan IMT keenam pembabitan Malaysia.
Pasukan IMT dibentuk bagi membantu menjayakan proses damai berkenaan dalam wilayah yang bergolak itu.
"Sekiranya tiada sebarang perjanjian keamanan dimeterai antara kerajaan Filipina dan MILF, maka ia akan turut memberi kesan kepada Malaysia dari sudut politik, sosial dan perhubungan antara Malaysia dan Filipina," katanya.
Abdul Latiff berkata beliau yakin keadaan di Mindanao akan mencapai keamanan sama seperti di Sri Lanka apabila berakhirnya perang saudara melibatkan puak pemisah, Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dengan kerajaan Sri Lanka yang berlarutan bertahun-tahun lamanya.
Katanya kedua buah pihak tidak seharusnya menjadikan IMT-Mindanao sebagai alasan untuk melengah-lengahkan usaha pendamaian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ibu pejabat IMT-Mindanao dan bertemu dengan Ketua IMT-Mindanao Mej Jen Datuk Mahadi Yusof di sini hari ini.
Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad.
Malaysia merupakan ketua pasukan IMT di Mindanao.
Ia merupakan sebahagian daripada atur cara lawatan kerja Timbalan Menteri Pertahanan ke Mindanao selama dua hari bermula hari ini.
Selepas mengadakan lawatan itu, Abdul Latiff seterusnya mengadakan lawatan ke sebuah kem MILF di sini bersama anggota IMT-Mindanao untuk bertemu dengan Pengerusi MILF Murad Ebrahim.
Dalam ucapan ringkas ketika pertemuan itu, Murad berkata MILF menghargi kunjungan Abdul Latiff yang membuktikan keikhlasan kerajaan Malaysia dalam membantu mencari keamanan di wilayah itu.
MILF akan bekerjasama dengan Malaysia bagi mencapai keamanan di Mindanao dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia atas peranannya dalam pasukan IMT, katanya.
Sementara itu, pada sebelah malam, Abdul Latiff mengadakan majlis makan malam bersama 150 rakyat Malaysia yang berkerja dan belajar di Davos City, Filipina, di hotel The Marco Polo Davao.
Turut hadir pada majlis jamuan malam itu ialah Ibrahim dan Konsul Besar Malaysia di Davao City, Mohammad Azhar Mazlan.
Harap kemelutan antara Filipina dan MILF akan diselesaikan supaya tidak akan mempengaruhi negara-negara yang lain.
BalasPadamkerajaan Filipina dan MILF perlu berusaha menyelesaikan persengketaan mereka demi mencapai keamanan yang diharapkan.
BalasPadamharap mereka akan mencapai perdamaian demi kebaikan semua pihak.
BalasPadamkemelut antara Filipina dan MILF telah lama berlaku. kemelut ini perlu diselesaikan segera bagi memastikan keamanan di rantau tersebut terjamin.
BalasPadamJika ada jalan penyelesaian, kenapa tidak berdamai.
BalasPadamBenar, Filipina dan MILF perlulah mencari jalan penyelesaian keamanan.
BalasPadamJangan complicated kan lagi benda yang boleh diselesaikan.
BalasPadamnegara2 luar tidak akan mampu membantu menyelesaikan konflik kerajaan filipina dan MILF. kerajaan Filipina sendiri perlu berusaha mencari penyelesaian dan bukannya bergantung sepenuhnya terhadap pasukan pemantau antarabangsa..
BalasPadamHarap konflik antara mereka berdua boleh ditangani.
BalasPadamperjanjian keamanan perlu dimeterai oleh kerajaan Filipina dan MILF agar keadaan menjadi lebih tenteram.
BalasPadam