UPKO Gesa Kerajaan Batalkan K/P, MyKad Yang Dikeluarkan Menerusi Cara Yang Meragukan
KOTA KINABALU, 21 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menggesa kerajaan supaya membatalkan semua kad pengenalan Malaysia (K/P) dan MyKad yang dikeluarkan kepada warga asing menerusi cara yang meragukan.
Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata pengeluaran K/P dan MyKad tulen adalah sama seperti meluluskan kewarganegaraan secara automatik kepada pendatang asing yang tidak berkelayakan.
"Keseluruhan langkah untuk mengeluarkan K/P Malaysia dan MyKad kepada pihak yang tidak berkelayakan bertentangan dengan keperluan Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli semangat pembentukan Malaysia, di mana Sabah dan Sarawak turut sama menandatanganinya," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.
Bumburing, yang juga Anggota Parlimen Tuaran, berkata beliau dan Anggota Parlimen lain dari Sabah cuba membangkitkan perkara itu di Parlimen secara lisan dan bertulis.
Bagaimanapun, beliau berkata masa terhad yang diperuntukkan bagi sesi soalan dan jawapan semasa Dewan Rakyat bersidang tidak membenarkan mereka mendapatkan jawapan yang diperlukan daripada Kementerian Dalam Negeri.
Bumburing berkata UPKO akan mengeluarkan satu memorandum menggesa kepada penggantungan segera semua aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran MyKad kepada warga asing, termasuk mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan semua K/P Malaysia dan MyKad kepada warga asing.
----
BUMBURING MENGEMUKAKAN BUKTI WUJUD PATI DI BERIKAN MYKAD DI SABAH?
Memorandum ini merupakan ‘Amanah Rakyat Sabah’ kepada saya untuk disampaikan kepada Kerajaan Persekutuan agar isu PATI yang memiliki dokumen pengenalan diri Malaysia secara tidak sah akan dapat diselesaikan secara bijaksana dan penuh komited. Terima Kasih!
----
Gerakan Tayang berjaya tahan 249 PTI di Lahad Datu
22nd December, 2010 LAHAD DATU : Seramai 249 Pendatang Tanpa Izin (PTI) berjaya ditahan oleh Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu sepanjang tempoh Januari sehingga kelmarin menerusi Gerakkan Tayang yang dijalankan di bawah kawasan tanggungjawab pasukan itu.
Pegawai Pemerintah BN 17 PGA Lahad Datu, Superitenden Ahmad Fuad Othman berkata, jumlah tangkapan itu adalah melibatkan 210PTI warga Filipina, 36 warga Indonesia serta tiga lain-lain.
----
isu ini sedang diikuti oleh banyak pihak terutamanya rakyat Sabah.
BalasPadamharap kerajaan persekutuan memberikan perhatian yang serius dalam pekara ini. komitmen amat diperlukan bagi menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamI agree that the Identity cards should be revoked. But the problem is how the government will track down those with doubtful ID's and MyKad?
BalasPadamjika memorandum itu yang disifatkan sebagai amanah rakyat Sabah tidak diambil peduli, pasti kerajaan persekutuan akan berhadapan dengan situasi yang lebih mendesak selepas ini.
BalasPadammykad yng dberikan kepada warga asing mmg perlu perlu ditarik balik. mereka sebenarnya tk layak mendapat mykad.
BalasPadamsaya harap kementerian dalam negeri tidak melengah2kan usaha membanters PATI di Sabah. masa yang ada ini patut digunakan sebaik2nya bagi menyelesaikan semua masalah2 kritikal di Sabah sebelum bermulanya pilihan raya umum akan datang.
BalasPadamKerajaan harus rakyat Sabah. Kedatangan PATI tanpa izin telah mengundang pelbagai masalah kepada Sabah. Diharapkan kerajaan akan berusaha menyelesaikan maasalah PATI ini.
BalasPadamMoga-moga isu ini akan diselesaikan secepat mungkin. Jangan biarkan masalah ini semakin teruk.
BalasPadamapa respon dari kerajaan persekutuan khasnya KDN?
BalasPadamkerajaan mesti batalkan kad pengenalan/Mykad yang dimiliki oleh pendatang asing melalui cara yang meragukan..
BalasPadambukti sudah diserahkan kepada KDN..diharap tindakan yang sepatutnya diambil..tidak perlu lagi berdolak-dalik dengan pelbagai alasan dan kekangan politik semata-mata untuk melindungi sesetengah pihak yang bertanggungjawab..
BalasPadamisu ini sudah lama mebelengu rakyat sabah dan kini sudah sampai masanya isu ini diselesaikan..
BalasPadamdiharap kerajaan akan mendahulukan kepentingan serta kedaulatan negara berbanding dengan kepentingan politik..
BalasPadamJanganlah pihak tertentu menyelewengkan pengeluaran Mykad secara tidak sah. Ini perkara yang akan memberi kesan yang besar kepada negara pada masa akan datang.
BalasPadamHarap pengeluaran mykad kepada warga asing tidak akan berlaku lagi. Warga asing tidak layak untuk mendapat semua ini.
BalasPadamSatu tindakkan yang berani dari ahli tuaran, bumburing yang memperjuangkan Mykad hanya untuk rakyat sabah. Warga asing yang telah mendapat Mykad harus dikaji semula dan tidak akan ada Mykad diberikan kepada warga asing lagi selepas ini.
BalasPadamRakyat Sabah yang paling menderita.
BalasPadamThe minister should be more proactive in solving the fake ICs in Sabah.
BalasPadamSemua pihak perlu bertindak!
BalasPadammasalah pati ni amat sukar nak diselesaikan. kini mereka memiliki mykad dri jln belakang. kita tak boleh biarkan, mykad mereka perlu ditarik balik.
BalasPadamIC palsu harus dimusnahkan.
BalasPadamOur safety is in jeopardy.
BalasPadam各位部长们,我们靠着您们的保证而活下去。
BalasPadamBukan senang nak lakukan kerana kebanyakan PATI ini dah berpuluh-puluh tahun di sini, ada yang hilang tak nampak batang hidung...
BalasPadamMemang patut pun dibatalkan kalau meragukan...
BalasPadamPihak bertanggungjawab harus siasat perkara ni dan pastikan dalangnya dikenakan hukuman setimpal.
BalasPadamKenal pasti sesiapa yang dpt Mykad melalu cara yang meragukan dan batalkan segera Mykad mereka.
BalasPadamApapun saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik.
BalasPadam