Teksi Sabah guna kadar tambang baru
Penumpang bayar RM10 bagi 3 kilometer pertama
KOTA KINABALU: Penumpang teksi di bandar raya ini dikenakan tambang permulaan RM10 bagi tiga kilometer pertama, manakala bagi setiap 100 meter berikutnya dikenakan bayaran 12 sen, mulai 1 Januari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pelaksanaan kadar tambang teksi bermeter itu membabitkan 869 teksi bagi memastikan penumpang tidak dibebani masalah pemandu teksi yang meletakkan kadar tambang sesuka hati seperti sekarang.
Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan penggunaan teksi bermeter di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu yang sepatutnya berkuat kuasa juga pada tarikh berkenaan terpaksa ditangguhkan berikutan pelbagai masalah.
“Saya diberitahu cadangan untuk melaksanakan penggunaan teksi bermeter di ketiga-tiga daerah itu menghadapi sedikit masalah. Oleh itu, saya nasihatkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) supaya menangguhkan cadangan hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
“Saya nasihatkan penumpang teksi supaya memastikan pemandu memasang meter untuk mengelakkan mereka ditipu,” katanya pada sidang media ketika mengunjungi LPKP Sabah, di sini semalam.
Turut hadir, Pengarah LPKP Sabah, Yozimah Jasni.
Kini terdapat 1,011 teksi beroperasi di Tawau manakala Sandakan (698) dan Lahad Datu (69).
Mohamed Nazri juga berkata, pembinaan Terminal Bas Wawasan dan perhentian teksi yang baru di bandar raya ini dijangka dimulakan Mei tahun depan dengan kos RM13 juta.
Tender bagi pembinaan Terminal Bas Wawasan akan dikeluarkan Februari depan manakala perhentian teksi pada Januari ini. Terminal itu dijangka mampu disiapkan dalam tempoh 18 bulan dan perhentian teksi selama 12 bulan.
Beliau turut mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor, Datuk Teo Chee Kang sebagai Pengerusi LPKP Sabah yang baru, berkuat kuasa 1 Januari ini.
---
Teksi bermeter untuk KK mula Januari depan, tiga daerah ditangguh
----
PENDUDUK Kampung Sungai Damit terpaksa menggunakan jambatan gantung yang sudah usang dan berbahaya.
Jambatan gantung berusia 60 tahun usang, reput
TAMPARULI: Lebih 100 penduduk Kampung Sungai Damit, dekat sini terpaksa menggadaikan nyawa setiap kali menggunakan jambatan gantung yang sudah usang dan berbahaya untuk ke Klinik Desa Bundung, di sini sejak tiga tahun lalu.
Lebih membimbangkan, jambatan berkenaan turut digunakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Damit dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Damit serta pekerja tapak semaian getah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), di Kampung Bundung.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Damit, Ramlee Mat, berkata penduduk tiada pilihan lain, selain terpaksa menggunakan kemudahan berusia 60 tahun itu sebagai laluan untuk ke klinik berkenaan.
"Jika kami ingin ke Klinik Kesihatan Tamparuli atau Hospital Tuaran, kami terpaksa menggunakan kenderaan dengan jarak perjalanan 25 kilometer (km).
"Berbanding jika kami ke Klinik Desa Bundung, kami hanya perlu berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.
Sebahagian besar struktur utama seperti lantai jambatan dibina pada tahun 1950-an itu sudah reput dan patah, menyebabkan ia mengancam keselamatan penduduk.
Ramlee berkata, bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin, JKKK kampung itu sudah beberapa kali mengemukakan permohonan kepada kerajaan supaya jambatan berkenaan dibaiki atau diganti.
Bagaimanapun, katanya, usaha berkenaan masih belum berhasil berikutan tiada sesiapa pun dari pihak terbabit meninjau keadaan jambatan berkenaan.
"Seorang murid pernah terjatuh ke dalam sungai ketika melalui jambatan ini sewaktu pulang dari sekolah baru-baru ini. Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
"Kami tidak mahu kejadian ini berulang lagi. Kami tidak mahu ada penduduk maut akibat lemas," katanya.
Beliau berkata, sebelum ini ada tiga jambatan gantung menyeberangi Sungai Damit tetapi dua daripadanya sudah dihanyutkan arus deras ketika banjir besar lebih 10 tahun lalu.
Pastikan semua pemandu teksi ini mematuhi peraturan ini dan tidak sesuka hati meletakkan kadar tambang.
BalasPadamHarap pemohonan untuk membaiki jambatan-jambatan yang daif ini akan diluluskan.
BalasPadampenumpang kena pastikan pemandu memasang meter kerana sering berlaku dimana pemandu mengenakan bayaran yang tinggi kepada penumpang.
BalasPadamjambatan tersebut perlu diperbaiki bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin semasa melalui jambatan tersebut.
BalasPadampemasangan meter pada teksi adalah perlu bagi mengelakkan penipuan oleh pemandu teksi.
BalasPadamjambatan gantung yang uzur tersebut perlu diperbaiki. ini bagi mengelakkan sebarang pekara yang tidak diingini daripada berlaku.
BalasPadamwalaupun kerajaan berulangkali menyarankan penggunaan meter kepada setiap teksi yang beroperasi, masih terdapat pemandu yang degil dan berusaha menggunakan apa jua cara termasuk mengubah suai meter semata2 untuk mengaut keuntungan berlebihan. kes ini perlu diambil perhatian supaya orang awam tidak terus menjadi mangsa penipuan mereka.
BalasPadamapa alasan kerajaan tidak melayan permohonan yang dibuat oleh JKKK kampung?? jambatan itu adalah satu keperluan bagi mereka, malah jambatan yang sedia ada boleh membahayakan nyawa penduduk, sepatutnya alasan ini cukup untuk mendesak kerajaan supaya mengutamakan permohonan mereka.
BalasPadamPihak berkuasa harus menyelesaikan masalah jambatan ini. Ini demi keselamatan pengguna jambatan tersebut.
BalasPadamhhmm... harap pemandu teksi ikut arahan yang ditetapkan...
BalasPadamJambatan yang rosak ni pun haruslah dibaiki segera demi keselesaan & keselamatan pengguna.
BalasPadamSemoga pembaharuan ini dapat diterima oleh semua penduduk.
BalasPadamThe bridge should be repaired before any serious problems arises.
BalasPadamJambatan tersebut perlu dibaiki sebelum ada nyawa yang tergugat.
BalasPadam