Khamis, Disember 23, 2010

JANGAN TERPEDAYA DENGAN JANJI 100 HARI ?

'Hanya sedap didengar tetapi tidak realistik'

IBARAT mimpi di siang hari. Atas sebab itu Program 100 Hari pakatan pembangkang jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 perlu dibuktikan secara fakta oleh ketua dan para sekutunya.

Untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya memerlukan lebih daripada congakan atau kira-kira angan-angan Mat Jenin.

"Angan-angan seperti ini tidak berasaskan kepada fakta," tegas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kepada Utusan Malaysia semalam.

Rais yang berpengalaman bekerja dengan lima Perdana Menteri termasuk Najib ketika ini menjelaskan, dari segi realiti ekonomi negara, Program 100 Hari itu memang tidak munasabah. Apatah lagi fakta dari segi jasa pemimpin pembangkang pun langsung tidak ada.

Fakta ekonomi seperti kononnya pakatan pembangkang akan memberi 20 peratus hasil petroleum atau royaltinya kepada negeri tertentu, hakikatnya ia tidak mungkin berlaku.

"Ini kerana tidak ada jumlah atau amaun yang boleh diagihkan serta-merta tanpa memusnahkan Petronas dan hasil masyhul negara. Itulah angan-angan Mat Jenin sebenar," tegas beliau.

Malah, sifir pembangkang untuk mengambil alih Putrajaya tidak menyakinkan sebab tidak ada rekod pencapaian mereka pun ke situ. Budi pun belum dirasai, inikan pula jasa.

Sebaliknya yang ditunjukkan pembangkang adalah membawa pelekat 'kanggaroo' ke dalam Dewan Rakyat yang menghina kemurnian demokrasi. Perkiraan dan perhitungan mereka terhadap ekonomi langsung tidak realistik kerana tidak berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana dalam perlembagaan, kerajaan harus mengagihkan beberapa kepentingan kepada negeri berasaskan realiti pendapatan negara.

"Rakyat sekarang walaupun hebat kononnya mengkritik melalui media alternatif, itu bukanlah suara menyeluruh. Ibu bapa, guru dan para pegawai kerajaan tidak akan yakin dengan retorik Anwar Ibrahim.

"Sebagai gimik, ia (Program 100 Hari) bolehlah dibuat tetapi malangnya harus dinilai sedalam-dalamnya dengan prestasi pembangkang yang tidak langsung kelihatan," katanya.

Konvensyen pakatan pembangkang minggu lepas mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang. Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Ketika kerajaan dalam proses merasionalkan kadar tol mengikut kemampuan rakyat, pembangkang tampil pula dengan momokan mahu melupuskan tol.

Persoalannya - nak cari duit di mana sedangkan kos menyedia khidmat jalan raya dan lebuh raya negara menelan perbelanjaan amat tinggi.

Kerana itu hujah pembangkang dalam Program 100 Hari mereka hanya sedap didengar. Malangnya ia tidak realistik.

Yang nyata, gagasan 1Malaysia yang digerakkan oleh Najib tidak akan habis bulan ini, pengakhiran 2010. Sebaliknya, Perdana Menteri diyakini akan membuktikan sepanjang pentadbirannya.

Ini demi kebaikan rakyat. Dan bukannya kerana Anwar dan konco-konconya.

22 ulasan:

  1. tk perlulah kita nak percaya dgn janji 100 hari dari pembangkang tu.

    BalasPadam
  2. bukannya mudah untuk melaksanakan janji yang melibatkan hal-hal negara dalam tempoh seratus hari.

    BalasPadam
  3. sebelum PR bercita-cita untuk ke Putrajaya mereka perlulah membuktikan kemampuan mereka di negeri-negeri yang ditadbir oleh PR. jika mereka gagal mentadbir negeri yang kuasai oleh mereka dengan baik, bagamana pula mereka ingin mentadbir negara ini.

    BalasPadam
  4. pembangkang kini mengalami pelbagai masalah yang tk selesai2, kini nak menabur janji baru. jgn mudah terpengaruh.

    BalasPadam
  5. Politician will say anything just to get votes even though the promises might sound unrealistic.

    BalasPadam
  6. The people mustn't easily trust a politician words.

    BalasPadam
  7. setelah 2 tahun PR mentadbir 4 negeri, masih banyak janji2 semasa PRU12 belum terlaksana. sekarang ini Pakatan Gampang berjanji lagi akan menunaikan janji dalam tempoh 100 hari sahaja jika menang PRU13.. masih waraskah pemimpin2 Pakatan?? fitnah, berjanji dan membangkang adalah modal tradisi turun temurun mereka untuk melariskan pembohongan kepada rakyat..

    BalasPadam
  8. janji 100 hari pembangkang yang mengandungi sembilan perkara masih boleh dipertikaikan. mungkinkah mereka mahu menggunakan pendekatan ketenteraan terhadap syarikat2 besar di negara ini? tahukah mereka implikasi perubahan yang mereka mahu laksanakan itu? tahukah mereka mengurus kewangan negara yang sepatutnya bukan sahaja untuk kebaikan rakyat malah untuk menstabilkan ekonomi negara? kesemua sembilan perkara itu mustahil untuk Pakatan sempurnakan dalam masa 100 hari.. janji itu sekadar langkah terdesak setelah mereka menyaksikan sendiri realiti penolakan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan.

    BalasPadam
  9. Mungkin rakyat boleh memikirkan sendiri logiknya janji 100 hari itu. Jika pembangkang menjanjikan sesuatu mesti ada sebab kenapa janji itu diberikan. Maka janganlah terpedaya dengan janji-janji mereka.

    BalasPadam
  10. tidak perlu dengan kata-kata pembangkang yang menaur seribu janji. Itu cuma untuk niat persendirian mereka dan bukan untuk rakyat.

    BalasPadam
  11. Janji yang diberikan tidak semestinya benar mungkin itu cuma kata-kata manis untuk menarik sokongan semata-mata. Maka berhati-hati dengan semua ini.

    BalasPadam
  12. Kita kena percaya dan memberi perhatian penuh terhadap rancangan kerajaan. Disamping bekerjasama dalam mencapai apa yang telah digariskan. Jangan sekali2 menggalah sebelum ada usaha.

    BalasPadam
  13. Janji 100 hari ni mmg kurang munasabah la.. huhuhu

    BalasPadam
  14. Apapun, pandai2 lah rakyat membuat penilaian supaya tidak tertipu dgn kata2 manis...

    BalasPadam
  15. salam tuan blog..

    apa kata tuan memberi pandangan tuan terhadap isu 100 hari ini berdasarkan fakta hari ini. Saya harap tuan dapat buktikan secara ilmiah bahawa isu 100 hari itu tidak real. kalau sekadar hentam tanpa ulasan, rasanya hanya jadi bualan kosong.

    Contohnya kalau RM500 di berikan kepada guru maka RM200 juta sebulan utk guru sahaja, adakah ini akan membuatkan negara semakin bangkrap.. ini contoh.

    Boleh tak ulas secara lebih detail kenapa isu 100 hari ini tidak real.

    saya cuba mencari dalil-dalil untuk menyangkal isu 100 hari ini namun masih belum ada yang tersiar di internet mahu pun ulasan dari pihak-pihak menteri di media, yang ada cuma ulasan menolak secara total, dengan ulasan ‘tidak real’, tidak berpijak di bumi yang nyata’ dan sebagainya.

    Soal pemerintahan adalah soal besar, dan isu 100 hari yang diketengahkan oleh pembangkang perlu lah di kaji dengan teliti adakah ianya mampu di laksanakan oleh mereka. Kalau menara 5 billion mampu di bina, tidakkah dengan memberi RM200 juta sebulan bersamaan RM2.4 billion setahun akan menjadikan malaysia bangkrap.. itu contoh paling simple saya berikan.

    Adakah dengan penstructuran semula felda akan LEBIH memberi manafaat kepada rakyat .. dan sebagainya.. itu yang rakyat mahu tahu kalau2 kerajaan mampu menolak dalil2 100 hari yang di kemukakan oleh PKR..

    BalasPadam
  16. Kiat kenalah menjadi relaistik dengan pandangan ketua ketua.

    BalasPadam
  17. I don't think this is logical. There's no way anyone or any group can do this without any reasonable way.

    BalasPadam
  18. Tunggulah dan lihat nanti. Sama ada janji ini boleh direalisasi setelah 100 hari nanti.

    BalasPadam
  19. Jangan hanya pandai menabur janji buta.

    BalasPadam
  20. 100 days promise? Very funny.

    BalasPadam
  21. Saya fikir ini hanya gimik pembangkang.

    BalasPadam
  22. Oppositions are barking in a wrong way.

    BalasPadam