Rabu, Disember 22, 2010

HORMATI PERJANJIAN BORNEOSASI UNTUK PERKHIDMATAN AWAM

Maijol: Hormati perjanjian Borneosasi untuk perkhidmatan awam

22nd December, 2010 KOTA KINABALU: Semangat Perjanjian 20 terutama yang membabitkan Borneosasi perkhidmatan awam perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Ketika membuat seranan itu di Dewan Negara di Kuala Lumpur, Senator Datuk Maijol Mahap berkata ianya jelas dalam konteks Perkara 8 Perjanjian 20.

Beliau bagaimanapun berkata kriteria kekananan membuatkan kenaikan pangkat pegawai tempatan terhalang. Sambil mengambil contoh Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Sabah, beliau berkata anak tempatan negeri ini jelas sekali tidak diberi peluang menerajui jabatan berkenaan.

“Ramai kalangan penduduk Sabah yang berkelayakan boleh mengetuai jabatan-jabatan persekutuan dan agensi di Sabah tetapi dari segi senioriti mereka ketinggalan dari rakan-rakan mereka dari negeri-negeri di Semenanjung.

“Tetapi saya ingin mengambil perhatian Dewan Negara senioriti tidak termaktub dalam kenaikan pangkat mengikut Perkara 8,” kata Maijol.

Dalam hubungan ini katanya Kerajaan Persekutuan hendaklah serius dalam memenuhi semangat perjanjian membabitkan Borneosasi perkhidmatan persekutuan di Sabah.

Maijol berkata sebagai contoh, Timbalan Pengarah Kastam Diraja Sabah sekarang ini Haji Janathan Kandok pernah memangku jawatan Pengarah jabatan itu untuk beberapa bulan sebelum diganti oleh orang lain dari Semenanjung.

“Sepatutnya Janathan diberi peluang menjawat jawatan tersebut. Beliau adalah seorang yang berkebolehan, berpendidikan peringkat sarjana (UK) (kini mengambil ijazah kedoktoran di universiti tempatan) dan telah mula bertugas di jabatan Kastam sejak berumur 19 tahun lagi,” katanya.

“Perjanjian 20 adalah lebih kuat atau sama dengan Perjanjian Sosial. Perkara 20 adalah dokumen yang mengatakan apakah yang perlu dilakukan berdasarkan apa yang termaktub dalam perjanjian berkenaan,” katanya.

Beliau berkata tuntutan asas perjanjian 20 bertepatan dengan konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Maijol berkata Perdana Menteri sendiri semasa lawatannya ke Sabah pada 15 Sept lalu menyatakan beliau sendiri ingin melihat lebih ramai jawatan senior dalam jabatan persekutuan di Sabah dipegang oleh penduduk Sabah.

Sebelum ini katanya, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim juga bercakap tentang isu yang sama sambil menyatakan permintaan penduduk Sabah untuk mengisi jawatan tertinggi itu perlu dipenuhi.

Maijol berkata Perjanjian itu adalah dokumen bertulis dan komitmen parap pemimpin masa lalu semasa pembentukan Malaysia pada 1963.

“Sesudah Malaysia ditubuhkan selama 47 tahun memanglah sudah terdapat pegawai-pegawai anak Sabah yang layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke jawatan pengarah jabatan atau ketua agensi Persekutuan di Sabah,” katanya.

21 ulasan:

  1. Ya, sila hormati dan tunaikan perjanjian Borneosasi dalam sektor awam.

    BalasPadam
  2. Perjanjian harus ditunaikan.

    BalasPadam
  3. jika penduduk Sabah mempunyai kelayakan adalah wajar mereka diberikan peluang untuk mengetuai jabatan-jabatan persekutuan dan agensi di Sabah.

    BalasPadam
  4. semoga pekara ini dapat dipenuhi satu hari nanti.

    BalasPadam
  5. perjanjian itu perlu dihormati.

    BalasPadam
  6. Promise is a promise. One must fulfill it! That is how to maintain trust and support from the people.

    BalasPadam
  7. Maijol should ask the Federal gov.

    BalasPadam
  8. Memang ramai yang berkemampuan tapi peluang itu selalunya tidak diberikan kepada Sabahan. Pelbagai alasan agar jawatan tersebut tidak dipegang oleh Sabahan. Hal ini patut diberi perhatian oleh pelbagai pihak.

    BalasPadam
  9. saya harap PM dan pemimpin2 di Sabah sama2 berusaha merealisasikan usaha memborneonisasikan jabatan2 kerajaan yang terdapat di negeri ini. apa yang telah dikatakan perlu dikotakan..

    BalasPadam
  10. Apa-apa janji yang telah diberikan haruslah dihoramti dan dilaksanakan sepenuhnya.

    BalasPadam
  11. Tolong tunaikan dan hormat perjanjian yang telah diberikan dahulu. Sesuatu janji perlulah dikotakan untuk memastikan rakyat yakin dengan kerajaan persekutuan.

    BalasPadam
  12. jika kerajaan tidak mahu isu semangat perjanjian 20 perkara ini dipolitikkan, jangan sesekali mengabaikan perjanjian itu dan perbetulkan keadaan mana2 bahagian yang telah diabaikan sebelum ini.

    BalasPadam
  13. Apa yang kita tahun, perjanjian 20 perkar itu sedang dalam proses perlaksanaan berperingkat-peringkat. Jadi kita harus menunggu dan lihat perlaksanaan ini.

    BalasPadam
  14. perjanjina 20 itu perlu dihormati kerana ia melibatkan hak2 sabah. hak2 orang sabah tk harus dicabuli.

    BalasPadam
  15. Borneonisation is the only key to determine whether the federal is keen to help us out or not.

    BalasPadam
  16. Jangan langgar janji nanti dilanggar janji.

    BalasPadam
  17. Tunaikanlah apa yang telah dijanjikan bagi mengelakkan ketegangan timbul..

    BalasPadam
  18. Harap hal ni dapat ditanggani dgn baik dan tak dipolitikkan lagi.

    BalasPadam
  19. Harap harap kalian tahu apa anda perlukan.

    BalasPadam