KUALA LUMPUR 10 Ogos – Sekumpulan pengawal keselamatan warga asing dikesan menggunakan MyKad palsu milik rakyat negara ini untuk mendapatkan pekerjaan dan menerima gaji setaraf dengan warga tempatan.
Tindakan mereka bagaimanapun terbongkar selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen menyerbu dua buah kediaman di tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai di Pandan Perdana di sini awal pagi ini.
Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, warga asing itu bukan sahaja dikesan menggunakan kemudahan pengenalan diri yang disediakan khusus buat rakyat tempatan, malah mereka mampu memiliki lesen memandu dan surat beranak untuk anak mereka.
Lebih mengejutkan, salah seorang wanita yang ditahan didapati bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stor syarikat keselamatan yang menyimpan 30 laras senjata api.
Wanita berusia lingkungan 30-an itu yang dikenali sebagai Ana juga memiliki lesen senjata api yang dikeluarkan oleh ketua polis daerah.
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPN, Wan Zakaria Wan Awang berkata, dalam pemeriksaan itu, pihaknya menahan dua pasang suami isteri dan juga dua lelaki yang memiliki MyKad palsu.
“Dalam pemeriksaan di rumah pertama, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dan isterinya iaitu Ana mendakwa mereka berasal dari Sabah, namun pemeriksaan lanjut mendapati MyKad mereka adalah palsu.
“Dengan menggunakan MyKad palsu itu, mereka mampu memperoleh lesen memandu dan senjata api, membuat surat beranak anak dan memperoleh gaji sebanyak RM1,200 sebulan sebagai pengawal keselamatan,” katanya selepas mengetuai serbuan itu awal pagi ini.
Beliau menambah, dalam pemeriksaan di rumah bersebelahan, pihaknya menahan sepasang lagi suami isteri dan dua lelaki.
Katanya, MyKad yang digunakan suami kepada pasangan itu merupakan milik seorang lelaki dari Kedah dan pengawal keselamatan terbabit juga telah membuat surat beranak anaknya menggunakan MyKad tersebut.
Menurut beliau, selain itu, empat kanak-kanak dan dua lelaki yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri turut ditahan.
Katanya, jumlah kesemua yang ditahan ialah 12 orang yang dipercayai merupakan warganegara Indonesia.
Wan Zakaria memberitahu, JPN turut menyarankan pihak berkuasa dan syarikat pengawal keselamatan agar membuat pemeriksaan lanjut mengenai status MyKad pemohon lesen senjata api khususnya yang membabitkan pengawal keselamatan.
bahaya warga asing sekarang ni, smpai mampu memiliki senjata api. hal ini perlu dibendung dgn segara.
BalasPadampekara seperti ini perlu dipandang secara serius. semoga pekara seperti ini tidak berlaku lagi. nasib baik polis dapat membongkarkan pekara ini.
BalasPadammengaku dari Sabah konon,, bahaya ni kalau PATI yang control senjata kita. tahniah kepada JPN dan jabatan imigresen.
BalasPadambuat lebih banyak serbuan dan orang awam juga wajib laporkan kes seperti ini..
BalasPadamBahaya juga kalau macam ni. Inilah mengapa kita perlu menangani masalah PATI dan Kad Pengenalan palsu secepat mungkin.
BalasPadamBah nah kau!!itupun masih ada menteri yang cakap PATI ini bukan keutamaan. Barangkali rumah dia dikawal oleh Jaga PATI.Menteri ini palui mungkin. Di semenanjung suka hati dialah tapi kalau di Sabah kita taji muka dia bah!
BalasPadamKad pegenalan palsu ini yang sangat dirisaukan. dengan adanya kad pegenalan ini, mereka dapat apa yang mereka mahu termasuklan lesen senjata api Siasatan lebih perlu ada untuk mengetahui dari mana mereka dapat kad pengenalan palsu tersebut.
BalasPadamsandi betul PATI ni bah.. main senjata api sdah. klu dibiarkan lama2, habis kita orang tempatan kena tindas. sebaiknya perkara ini perlu dibendung awal sebelum makin menjadi.
BalasPadamIts like having terrorist living with us. Government should solve this illegal immigrant issue before things gets worse.
BalasPadamThis really will contribute to the endless problems these PTI's has caused. We must not allow this to continue.
BalasPadamMemang keadaan semakin buruk sekarang. Diharapkan isu PATI ini boleh diselesaikan secepat mungkin.
BalasPadamUinah. Sandi. This cannot be happening further. It must be stopped before it threatens the State's security.
BalasPadamOh my gosh! Is that true? I bet they are not purchasing the weapons, but creating those by themselves.
BalasPadampekara seperti ini perlu dibendung. bila ada Mykad palsu macam-macam yang dibuat termasuklah mendapatkan lesen senjata api. harap tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membendung pekara seperti ini.
BalasPadambagaimana mereka boleh dapat MyKad ini?? Siasatan perlu untuk mencari siapa dalang dengan semua ini, dari mana mereka boleh dapat MyKad sedangkan mereka adalah pendatang.
BalasPadamIsu ini bukan baru lagi. Jika anda pembaca setia surat khabar, bukan saja senjata api mereka boleh buat malahan IC palsu pun boleh.Mereka ni kan 'serba boleh'.
BalasPadamapa pun tahniah kepada JPN dan Jabatan Imigresen keran dapat menangkap pengguan MyKad Palsu. apa pun, hal ini mestilah terus dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
BalasPadamThis is serious. Illegals to hold MyKads and selling weapons?! Oh no, Sabah might no longer be my nest.
BalasPadamkes ini sudah cukup merisaukan, jangan sampai mereka ini berjaya mengambil alih tugas2 pihak berkuasa negara. confirm kita yang bakal jadi PATI di negara sendiri.
BalasPadamApa dah jadi dengan mereka ini? Pendatang haram yang memiliki IC palsu membeli senjata api. Tak masuk akal la.
BalasPadamThe enforcement agencies should do something more on this. It is totally wrecking my nerves.
BalasPadamkalau kes ini berlaku di semenanjung, bagaimana dengan di Sabah? yang jumlah PATInya lebih ramai dari penduduk tempatan.. kalau KL rasa terancam dengan kes ini, begitu juga dengan rakyat Sabah.
BalasPadamKeadaan sudah parah...tindakan demi tindakan, operasi demi operasi tetapi keadaan bertambah buruk.... Di mana Salahnya???? sampai bilakah kita kan terus dihantui dengan warga asing????
BalasPadamANDA BUTUH IJAZAH UNTUK MENCARI KERJA / MELANJUTKAN KULIAH / KENAIKAN JABATAN ?!?!
BalasPadamKAMI JASA PEMBUATAN IJAZAH SIAP MEMBANTU ANDA UNTUK MEMENUHI KEBUTUHAN IJAZAH UNTUK BEKERJA ATAU MELANJUTKAN SEKOLAH / KULIAH.
BERIKUT INI MERUPAKAN JASA YANG KAMI SEDIAKAN.
-SMU:3.000.000
-D3:6.000.000
-S1:8.000.000
* AMAN, LEGAL, TERDAFTAR DI UNIVERSITAS / KOPERTIS / DIKTI, BISA UNTUK MASUK(PNS, TNI, POLRI).
JUGA MELAYANI PEMBUATAN SURAT SURAT PENTING SEPERTI:SIM, STNK, KTP, REKENING BANK, SURAT TANAH, AKTE KELAHIRAN.BPKB, N1, SURAT NIKAH, DLL.
SYARAT:KTP/SIM,FOTO BERWARNA DAN HITAM PUTIH,UNIVERSITAS YANG DITUJU,IPK YANG DIMINTA(MAX 3,50),TAHUN KELULUSAN YANG DIMINTA,ALAMAT PENGIRIMAN YANG DIMINTA.KIRIM KE:arief_gagah@yahoo.com
BERMINAT?
HUB: +6285736927001.
(HANYA UNTUK YANG SERIUS SAJA)
Nb:Semua manusia berhak meiliki pekerjaan dan pendidikan yang layak,entah dari kalangan atas,menengah dan bawah.Maka dari itu kami ada untuk anda yang mebutuhkan ijazah atau surat-surat penting lainnya.
Bahayanya kalau warga asing mendapat lesen senjata api.
BalasPadamTahniah Pengarah Siasatan JPNM kerana berjaya bongkar
BalasPadamSendikit IC palsu. Bahaya tu kalau mereka ada Lesen Senjata. Kalau dia orang tembak orang. polis nak cari siapa. Kalau IC dia guna maklumat orang maknanya orang lain lah kena siasat. Macam kereta guna nombor palsu lah buat merompak. Pemilik sebenar pula kena siasat.JPN bagus.