Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Rabu
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 11 Ogos 2010 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1.
Pada 3 Ogos lepas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan Selasa untuk melihat anak bulan serta menetapkan beberapa tempat untuk tujuan tersebut termasuk di Menara Kuala Lumpur.
Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
Selamat berpuasa semua.
BalasPadamPuasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
BalasPadamBetul tu Saudara Puasa, janganlah kita mengeluarkan kata-kata buruk atau bertengkar pada masa berpuasa.
BalasPadamselamat berpuasa semua..semoga dengan berpuasa dapat menjadikan kita lebih bersabar dan beriman.
BalasPadampada bulan puasa ni, kita harus jaga perlakuan kita, lupakan segala perkara tak baik, bukan hnya pada bulan puasa, tp juga pada bulan2 lain.
BalasPadamHappy fasting to all Muslims.
BalasPadamhehehe happy fasting to all muslims in the world especially Malaysian..
BalasPadamSelamat Berpuasa semua dan semoga kita diberkati oleh Allah S.W.T.
BalasPadam