Tawau Diisytihar Daerah Pertama Bebas Kemiskinan Tegar Di Sabah
TAWAU, 1 Ogos (Bernama) -- Tawau hari ini diisytiharkan sebagai daerah pertama di Sabah yang bebas daripada belenggu kemiskinan tegar.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ketika mengumumkan perkara itu berkata, kejayaan tersebut membuktikan keberkesanan pelbagai program membasmi kemiskinan tegar oleh kerajaan negeri dan persekutuan yang dilaksanakan di negeri itu termasuk perladangan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Mini Estet Sejahtera (MESEJ).
"Hari ini kita mencapai satu sejarah di mana Tawau sudah menjadi sifar miskin tegar dan ini jelas menunjukkan usaha-usaha kerajaan kini sudah berjaya. Usaha ini bukan sahaja kita laksanakan di Tawau, tetapi di seluruh Sabah.
"Semua ini adalah hasil pertolongan kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Saya amat menghargai usaha Sawit Kinabalu, iaitu salah sebuah agensi kerajaan negeri yang telah membantu kerajaan membangunkan ladang-ladang PPRT di Sabah.
"Hasilnya, kita dapat membayar dividen kepada peserta-pesertanya yang terdiri daripada golongan miskin tegar serta menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka sebagai pendapatan tambahan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bayaran dividen sebanyak RM2,400 kepada 393 peserta Ladang PPRT Kalabakan di sini hari ini.
Menurut Musa, kerajaan akan meneruskan usaha berkenaan bagi memastikan semua rakyat di Sabah mendapat pembelaan sewajarnya, sekali gus menjadikan negeri itu sifar miskin tegar.
Katanya, bagi memastikan semua program membasmi kemiskinan tegar di Sabah berjalan seperti dirancang, kerajaan negeri menubuhkan "Focus Group" iaitu sebuah jawatankuasa yang memantau program berkenaan.
Beliau berkata ia dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi peringkat negeri manakala pegawai daerah menjadi pengerusi jawatankuasa itu di daerah masing-masing.
Sehubungan itu, Musa menafikan dakwaan pembangkang yang kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk membela rakyat kerana kejayaan projek PPRT telah membuktikan bahawa tuduhan itu meleset.
"Tuduhan golongan tertentu, khususnya pihak pembangkang yang menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri tidak membuat apa-apa terhadap rakyat adalah tidak betul sama sekali.
"Mereka cuma mahu mengelirukan rakyat," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Musa berkata jumlah Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) di Sabah pada 21 Julai 2010 ialah 14,770 berbanding 18,294 pada 31 Dis 2009.
Musa berkata kerajaan juga bercadang membina 30 lagi MESEJ pertanian dan MESEJ akuakultur di kawasan yang dikenal pasti sebagai lubuk kemiskinan di Sabah.
Beliau berkata kerajaan persekutuan turut memperuntukkan sejumlah RM103 juta tahun ini bagi melaksanakan Program Bantuan Rumah untuk KIRMT di seluruh Sabah.
----
Definisi Miskin Tegar
Sesebuah isi rumah adalah dianggap sebagai miskin tegar sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan, iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi makanan yang minimumyang membolehkan setiap ahlinya mempunyai tubuh badan yang sihat.
PLI miskin tegar adalah diukur berdasarkan kepada komposisi demografi ahli isi rumah iaitu bilangan isi rumah, umur dan jantina bagi menentukan keperluan diet atau kalori (Keperluan Harian Diperlukan atau Recommended Daily Allowance (RDA) 2004, Kementerian Kesihatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia). PLI juga mengambil kira harga jualan semasa bagi membeli keperluan harian tersebut berdasarkan lokasi mengikut Negeri dan Strata (Bandar atau Luar Bandar). PLI akan dikira berdasarkan kepada keperluan setiap isi rumah dan Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index (CPI) makanan.
Keperluan Kalori bagi setiap isi rumah dikira berdasarkan kepada struktur demografi setiap isi rumah seperti umur, berat, jantina dan kadar metabolasi badan atau basal metabolic rate (BMR) mengikut paras aktiviti fizikal atau physical activity level (PAL) setiap isi rumah.
Sejumlah 8,725 kalori setiap hari adalah diperlukan (untuk 5 Orang setiap isi rumah) berdasarkan kepada 7 kategori makanan yang meliputi 13 jenis makanan iaitu :
- nasi;
- tepung gandum;
- biskut;
- ayam;
- telur;
- ikan;
- susu;
- minyak masak;
- majerin;
- gula;
- buah-buahan;
- sayur-sayuran; dan
- kacang.
(Berdasarkan kepada Komposisi Nutrisi Makanan Malaysia, IMR 1997)
Sehubungan itu, RM440.00 adalah Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan yang telah ditetapkan untuk isi rumah miskin tegar berdasarkan kepada kiraan di atas.
Definisi Miskin
Sesebuah isi rumah adalah dianggap miskin sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK), iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat.
PLI bukan makanan adalah manggunakan kiraan Bank Dunia di dalam menentukankeperluan minima perkhidmatan dan bukan makanan. Keperluan ini dikira berdasarkan kepada perbelanjaan keseluruhan isi rumah dengan mengambil kira PLI makanan (isi rumah yang berada pada jurang 10% di atas dan 10% di bawah PLI makanan). Ini akan menunjukkan jumlah perbelanjaan sebenar termasuk komponen bukan makanan untuk membolehkan sesebuah isi rumah tersbut berfungsi di dalam masyarakat.
PLI akan dikira berdasarkan kepada keperluan setiap isi rumah dan Indeks Harga Pengguna atau Consumer Price Index (CPI) makanan dan bukan makanan mengikut Negeri dan Strata (Bandar dan LuarBandar).
PLI bukan makanan akan mengambil kira keperluan asas seperti berikut:
- Pakaian;
- Sewa, Minyak dan Elektrik;
- Perkhidmatan asas;
- Pengangkutan dan komunikasi; dan
- Lain-Lain
Sehubungan itu, RM750.00 adalah Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan dan bukan makanan yang telah ditetapkan untuk isi rumah miskin berdasarkan kepada kiraan di atas.
tahniah kepada kerajaan negeri dan pusat atas kejayaan ini. diharapkan dalam sedikit masa lagi daerah2 lain juga akan menyusul bagi membentuk sebuah negeri bebas kemiskinan. tahniah..
BalasPadamini merupakan perkembangan yang sangat baik. harap lepas ni lebih banyak lagi daerah bebas kemiskinan tegar di Sabah.
BalasPadamWay to Go, Datuk Musa...
BalasPadamThe only hope to eradicate poverty!!!!
tahniah, harap daerah2 lain juga dpt menghpuskan kemiskinan tegar.
BalasPadamsatu permulaan yang baik dan bukti bahawa kerajaan mempunyai kesungguhan dalam menangani masalah ini.. tahniah,
BalasPadamharap seluruh sabah akan dapat menangani masalah miskin tegar. apa pun tawau merupakan salah satu contoh untuk sabah sekarang.
BalasPadamdaerah lain haruslah melakukan sama seperti tawau dan anggap saja ini satu cabaran untuk semua menangani masalah miskin tegar ini.
BalasPadamBravo! At last the government proves something to me. But do remember, many illegals are to be found in Tawau so please make sure they are not included in the hardcore poor list.
BalasPadamSatu perkembangan yang baik :) Congrats & keep it up :)
BalasPadamHarap lepas ni perkara baik sebegini akan berterusan ke seluruh pelusuk Sabah :)
BalasPadamWaa, at least ada juga lah pencapaian:)
BalasPadamDMA juga lah :)
That's good start! Well done..This is a very good proof that the government is doing their best to solve the poverty issue. Hopefully more district will be free from poverty. Again, good job!
BalasPadamSungguh tidak tersangka! Apa-apa pun, tahniah dan teruskan usaha kamu!
BalasPadamdiharapkan operasi membanteras PATI juga dapat berjalan seiring dengan usaha2 membasmi kemiskinan. tahniah
BalasPadamTahniah kerana berjaya menyelesaikan masalah kemiskinan di Tawau. Diharapkan lebih banyak daerah akan diisytihar bebas kemiskinan.Selain, diharapkan Kerajaan juga dapat menyelesaikan masalah PATI secara daerah ke daerah.
BalasPadamGood to hear. Congratulations.
BalasPadamHapuskan PTI dulu.
BalasPadamSemoga programme ini akan berterusan sehingga semua pelusuk di Sabah mendapat kemajuan.
BalasPadamJgn lupa hapuskan PTI ya.
BalasPadamEi,lupa pula mahu ucapkan tahniah. Tahniah!
BalasPadamMake sure the index won't go high again. Thank you.
BalasPadamSaya ingatkan Sandakan akan menggunguli carta tersebut. Tapi tak apa la, yang penting ada usaha dan kejayaan.
BalasPadamKeep up the good work. I hope the move will help to ease poverty problems.
BalasPadamTeruskan usaha ini sehingga seluruh Negeri Sabah diisytiharkan sifar miskin tegar
BalasPadamSyabas kalau benar Tawau tiada lagi miskin tegar.
BalasPadamKita tunggu satu hari nanti Kerajaan mengisytiharkan sifar miskin tegar seluruh Sabah.
BalasPadamHarap ia akan berlaku secepat mungkin.
Ini adalah satu kejayaan yang harus diteruskan.
BalasPadamBersihkan nama 'negeri termiskin di Malaysia' .
Bila sampai ke Daerah Kota Marudu? Susah kehidupan di sini.
BalasPadamKejayaan yang memerangsangkan. Harap lain-lain daerah di Sabah dapat mengejar dan mencapai matlamat seperti Daerah Tawau.
BalasPadam