Tindakan Tegas Terhadap Pihak Yang Bangkitkan Sensitiviti Kaum, Agama
"Laporan yang saya terima tidak melihat satu keadaan yang tegang dan membimbangkan, tetapi dalam hal ini, dari dulu lagi saya telah tunjukkan bahawa kita ambil tindakan yang tegas.
"Saya memang tak suka dan tak akan benarkan perkara-perkara sebegini mengeruhkan keadaan,"
"Jadi, dalam hal ini, saya percaya pihak berkuasa mampu memastikan bahawa keselamatan akan terjamin, orang ramai akan berada dalam keadaan selesa dan pihak-pihak tidak bertanggungjawab itu akan dibawa ke muka pengadilan,"
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
~~~~~
Surau Di Seremban Disimbah Cat Merah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Mohd Zaki Masroh menunjukkan sebahagian daripada pintu cermin dan dinding Surau Taman Pulai Impian, Sikamat di Seremban, yang disimbah dengan cat merah serta botol arak dalam kejadian awal pagi tadi.
SEREMBAN, 23 Ogos (Bernama) -- Surau Taman Pulai Impian, Sikamat dekat sini disimbah dengan cat merah dan dibaling dengan botol arak Isnin.
Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, berkata kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.
"Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya telah membuat laporan polis secara rasmi," katanya kepada Bernama.
Mohd Hasbi berkata selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.
"Saya rasa amat sedih dan kesal atas kejadian yang berlaku kerana mencemari rumah ibadat orang Islam dan kesucian bulan Ramadan," katanya.
Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lepas.
"Saya anggap ini adalah satu perbuatan khianat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka yang melakukan kerja ini dan berharap pihak polis akan menyiasat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.
~~~~~
MCA Kecam Tindakan Menyimbah Cat Merah Ke Atas Surau di Temiang, Negeri Sembilan
"Kita tidak tahu apa tujuan pihak ini melakukan perbuatan pengecut ini dan pada waktu dan ketika seperti ini, seluruh rakyat tidak harus membiarkan emosi mengatasi rasional kerana jika ini berlaku maka akhirnya puak-puak ekstremis yang berada di belakang insiden ini yang akan menang,"
Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok
mereka yang menyimbah cat tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab. tindakan tegas perlu diambil agar menjadi pengajaran.
BalasPadamsatu perbuatan yang biadap dan tidak menghormati agama lain. siasatan perlu dilakukan bagi mengenalpasti dalang kejadian ini. Ini adalah perbuatan sesetengah pihak yang ingin menjadi batu api untuk mewujudkan permusuhan antara kaum dan agama di negara kita. kita jgnlah terperangkap dgn rancangan mereka ini.
BalasPadamcuba berfikir sebelum bertindak. Perkara ini telah engundang kepada kekecohan, janganlah kita jadi batu api perkauman. mari kita bersatu untuk Malaysia.
BalasPadamWadui...ada orang ikut style Ah Long...semoga polis berjaya mencari mereka yang menyimbah cat tersebut. Tindakan mereka sungguh tidak bertanggungjawab.
BalasPadamWe mustn't make any assumption yet regarding their motives. For all you know, its just a bunch of boring people playing a prank intended for fun without realizing doing such thing would actually provoke all kinds of issues.
BalasPadamHopefully the police would be able to track them down and catch them. These people need to learn their lesson.
BalasPadamtindakan menyimbah cat tersebut tidak patut berlaku. pekara seperti ini boleh mejejaskan keharmonian kaum dalam negara kita. hukuman yang tegas perlu dikenakan ke atas mereka yang bersalah dalam hal ini.
BalasPadamPerkara ini perlu disiasat dahulu. Jangan kita percaya apa-apa buat masa ini supaya tidak menyalahkan pihak yang tidak terlibat.
BalasPadamkenapa nak lakukan perkara sedemikian, menghina rumah ibadat agama Islam. pelaku perlu dikesan dan diambil tindakan tegas. m
BalasPadamMereka yang bertanggungjawab menyimbah cat harus diambil tindakan tegas. Tidakkah mereka tahu yang perbuatan mereka boleh membangkitkan sensitif kaum dan agama???
BalasPadamI bet the same person is doing the same thing all over again. Pathetic.
BalasPadamdiharapkan rakyat Malaysia bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan yang melulu ekoran insiden ini. beri laluan kepada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dan elakkan dari membuat sebarang tanggapan yang boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di Malaysia..
BalasPadamsaya berasa sungguh sedih dengan kejadian sebegini. Kenapa pihak ini mahu melakukan semua ini, adakah mereka pengecut untuk berdepan dengan semua. Harap kerajaan mencari penyelesaian dan siasatan berhubung kes ini.
BalasPadamOrang-orang ini adalah golongan yang ' berani taku takut '. Kalau berani betul bertindak sedemikian, kenapa nak sembunyi?
BalasPadamThis thing shouldn't happen. It is an insult and disrespect. I hope they can catch the culprits. What are they? Ah Long wannabes? Even Ah Long respect a religion centre.
BalasPadamWhoever do that things, he/she might have a mental problem. This is terrible man.... Its only messing up and if we're not professional, Gosshhhh something big will be happen..
BalasPadamThey want attention so badly. How about putting them into the next season of Malaysia got talent? It will be much better.
BalasPadamMugkin mereka merasakan bahawa perbuatan sedemikian dapat meleraikan apa yang terbuku di jiwa.Tapi saya percaya orang yang melakukan kerja ini memang terdiri dari golongan mereka juga.
BalasPadamChildish and Pathetic.
BalasPadamBikin hairan betul manusia zaman sekarang ni.. entah apa juga yang dorang dapat kalau buat hal seperti ni!!!!
BalasPadamSiasat hal ni sebaik mungkin dan kenakan tindakan tegas terhadap si pelaku!
BalasPadamSaya harap rakyat Malaysia takkan jadikan isu ni sebagai alasan untuk saling memusuhi kaum & agama lain. Ingat Tuhan tu adil, kebenaran pasti akan terdedah nanti.
BalasPadamJadi jangan perbesarkan hal ni sehingga menganggu keharmonian negara. Sabarlah, semuanya akan berlalu dengan baik!
BalasPadamhahahhahahhaa... as, idea yang baik tu oo.. Entah apa juga talent yang ada pada dorang ni kan. hehehehe
BalasPadamDah ada hasil daripada penyiasatan polis, sebenarnya hanya dilakukan oleh budak nakal.
BalasPadam