PIBG diajak bekerjasama tangani gejala buang bayi
RANAU: Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan di sini, Ust. Mohd. Hainin @ Gantala (gambar) mengajak semua PIBG sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah di negeri ini, supaya berbuat sesuatu bagi memberi kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangani punca gejala buang bayi dan sebarang keganasan rumah tangga yang kini amat membimbangkan.
Menurutnya, meskipun kes itu tidak berlaku di tempat sendiri, tetap langkah berjaga-jaga dan pengawasan dengan memberi didikan serta bimbingan agama dan akhlak kepada generasi muda khususnya anak-anak adalah amat mustahak sebagai benteng daripada terlibat dengan sebarang kegiatan tidak bermoral.
Beliau berkata, kes pembuangan bayi yang kini semakin kritikal memerlukan kerjasama semua pihak termasuk para ibu bapa untuk memberi sumbangan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikannya dan bukan menuding jari hanya menyerahkan tanggungjawab itu kepada kerajaan, sebaliknya memerlukan sokongan semua pihak dengan memantau aktiviti di kawasan masing-masing.
“Kita tidak boleh jangka bila dan di mana pihak yang tidak bertanggungjawab akan berbuat demikian (buang bayi), dengan itu kita perlu menggandakan pemantauan secara berterusan,” jelas Mohd. Hainin kepada New Sabah Times kelmarin.
Beliau turut meluahkan rasa bimbang isu tersebut akan membawa imej negatif kepada masyarakat, bangsa dan negara, apa lagi kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Mohd. Hainin yang juga salah seorang kakitangan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( Jheains) Ranau, turut menyambut baik dan menyokong keputusan kerajaan agar kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes membunuh yang disifatkannya sebagai kena pada masanya.
Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri, S. Tanasengran yang menyatakan kes pembuangan bayi serta keganasan yang kian berleluasa di negara ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan bahan yang ditonton masyarakat.
“Kenyataan S. Tanasengran itu mungkin ada benarnya, sebab masyarakat termasuk golongan belia (pelajar sekolah/institusi) hari ini, kini semakin terdedah malah menonton atau mungkin memiliki filem dan video ganas (lucah) melalui internet atau menerusi telefon bimbit”, jelas Mohd. Hainin lagi.
Sambil beliau turut mencadangkan salah satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh golongan ibu bapa ialah didikan agama secukupnya kepada anak-anak.
“Hanya dengan pendidikan agama, tidak kira apa jua agama harus dijadikan sebagai tunjang utama kepada setiap individu anggota isnstitusi keluarga supaya terhindar daripada sebarang perbuatan yang boleh merosakkan masa depan”, tambah Mohd. Hainin.
~~~~~
Punca masalah buang bayi ini perlu dikenal pasti dan tindakan yang wajar diambil. Perbuatan kejam ini sememangnya menyakiti hati.
BalasPadamusaha mengajak PIBG bekerjasama dalam menangani gejala buang bayi adalah amat baik sekali. ibu bapa dan guru merupakan golongan yang amat berperanan dalam memberikan didikan kepada generasi muda.
BalasPadambukan saja PIBG, tapi semua pihak haruslah berkerjasama untuk menangani masalah buang bayi ini.
BalasPadamBukan saja PIBG, SEMUA pihak pun perlu terlibat sama juga, sama ada dari pihak kerajaan, NGO, orang perseorangan & jg mereka yg dikenal pasti sebagai golongan yg paling berisiko untuk melakukan gejala sebegini....
BalasPadamwalau apa pun tindakan, semua terpulang kepada individu itu...sama ada boleh terbuka fikiran atau tidak...apa2 pun its better to prevent than cure...
masalah pembuangan bayi ini perlu ditangani, usaha PIBG ini perlu disokong, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani gejala ini. ia perlu bagi memastikan masyakarat yang bersih dan bermoral.
BalasPadamParents should get involve in the discussion to solve baby dumping issue. Parents and teachers plays a big role in leading the kids to the right path.
BalasPadamDiharapkan dengan kerjasama PIBG, masalah buang bayi akan diselesaikan. Pada pendapat saya, masalah ini dapat diselesaikan jikalau siasatan dibuat untuk mengetahui punca berlakunya gejala buang bayi.
BalasPadamSabah adalah yang ketiga tertinggi bagi kes pembuangan bayi. jika perlis dan kuala lumpur dapat mengawal aktiviti ini, tidak mustahil juga bagi Sabah dan semua negeri2 di Malaysia. cuba lihat faktor lain dengan menjalankan kajian serta perbandingan antara negeri yang mempunyai kes terendah dan tertinggi.
BalasPadamPIBG haruslah ikut serta bagi menangani masalah pembuangan bayi ini. Tidak lupa juga kepada semua masyarakat juga tidak dilupakan untuk menolng menangani masalah ini.
BalasPadamdgn adanya kerjasama seperti ini, insyallah perbuatan membuang bayi dan zina dpt dibendung.
BalasPadammemang wajar jika PIBG bersama-sama bagi mengatasi gejala buang bayi. semua pihak harus bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.
BalasPadamPerasaan malu yang melekat pada diri masing2, semoga dapat menghindar kita daripada terjermus dari perbuatan yang tidak bermoral ini.
BalasPadamLangkah berjaga-jaga memang patut diambil. Bak kata orang mencegah lebih baik dari mengubati!
BalasPadamTapi yang paling penting ialah kesedaran individu itu sendiri. Ingatlah, kalau dah terlanjur tu janganlah sampai buang bayi. Kesia bayi tu - tak berdosa tau!!!
BalasPadamSemoga hal ni dapat ditanggani dengan baik.
Perkara ini wajar diselesaikan dengan cara yang baik.
BalasPadam