Pekerja Asing Di Sabah Mungkin Tidak Dibenar Lagi Bawa Tanggungan
PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Pekerja asing khususnya warga Indonesia di Sabah mungkin tidak lagi dibenarkan membawa tanggungan, sebaliknya perlu menghantar keluarga mereka pulang ke negara asal selepas ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu merupakan satu daripada 20 cadangan yang dikemukakan Makmal Khas Pengurusan Warga Asing di Sabah.
"Serentak itu pas tanggungan mereka tidak akan diperbaharui atau dikeluarkan lagi," katanya dalam satu kenyataan, di sini Rabu.
Pas tanggungan itu dikeluarkan ketika pelaksanaan program pemutihan pendatang tanpa izin sebelum ini, yang membenarkan pekerja asing tinggal bersama isteri dan anak mereka di negeri tersebut.
Hishammuddin berkata 20 syor itu adalah tambahan kepada 48 inisiatif yang telah dikemukakan Makmal Pengurusan Warga Asing peringkat nasional.
Syor itu telah dibentang kepada kerajaan negeri Sabah dan akan dibincang pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin akan datang yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ianya juga akan dimaklumkan kepada semua menteri Kabinet dari Sabah menerusi Mesyuarat Khas Berhubung Strategi Pelaksanaan Inisiatif Makmal Pengurusan Warga Asing yang dipengerusikan bersama olehnya dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.
Hishammuddin berkata kerajaan Sabah juga akan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing bagi memastikan pengurusan pekerja asing dan pendatang tanpa izin di negeri itu dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Makmal Khas Pengurusan Warga Asing Sabah yang dianggotai 27 wakil pelbagai agensi negeri dan persekutuan dilaksana selama empat minggu pada Mei lepas, bertujuan menangani serta menambah baik pengurusan pekerja asing dan pendatang tanpa izin di negeri tersebut.
-----
Tambat Hati Semua Kaum Cara Terbaik Raih Sokongan
"Yang penting ialah pendekatan atau cara, kerana ada perkara yang boleh melemahkan dan ada cara yang boleh menguatkan, gunakan kewarasan dan kebijaksanaan kita,"
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
ya.. pekerja asing tak perlulah nak membawa ahli keluarga mereka. ini dpt mengurangkan bilangan warga asing dinegara kta. selain itu, jawatankuasa pengurusan warga asing ini perlu bagi memastikan semua warga asing yang datang ke negara kita memiliki dokumen pendaftaran yang sah.
BalasPadamsatu cadangan yang baik untuk mengurangkan bilangan mereka, tapi kerajaan juga perlu beri tumpuan kepada pendatang haram. jika isteri dan anak2 dihantar balik, begitu juga dengan pendatang haram. yang kekal hanya perkerja yang memiliki dokumen sah sahaja.
BalasPadamIni yang sepatutnya dilakukan sekian lama dulu. Adakah ini akan dapat mengurangkan jumlah pendatang asing yang mana sudah rama berada di tanah Sabah... Tapi apapun satu langkah yang baru...
BalasPadamHopefully this suggestion will going to be implemented as soon as possible because apart from being useful to the country, these family member has burden this country because of unpaid hospital bill, electricity & water usage, space invasion & infectious disease...they are also contribute to the growing numbers of squatters & street child...
BalasPadamAs a Sabahans i put my hands up to this efforts. But at the same time the people also plays their own roles. No need to tolerance with them, we still have lots of people to be take care of...
BalasPadamDiharapkan cara ini boleh mengurangkan kadar PATI yang masih berada di negara kita.
BalasPadambagaipun langkah ini bagi sya tak dpt meyelesaikan masalah kebanjiran warga asing dgn sepenuhnya, namun ia merupakan satu langkah awal bagi mengurangkan warga asing ke negara kita. harap ia akan berjaya.
BalasPadamYes, nuff said.
BalasPadamcadangan yang baik...langkah ini dapat mengurangkan jumlah warga asing yang berada di negara kita.
BalasPadamAkhirnya Hisammuddin dapat memberi kata dua dalam hal ini.
BalasPadamjika cadangan ini berjaya dilaksanakan, saya pasti jumlah pendatang asing di Sabah akan menunjukkan penurunan yang ketara. saya harap cadangan ini bukan cakap kosong dan tolong segerakan tindakannya.
BalasPadamI'm happy for this. At last,someone is here to speak up.
BalasPadammemang bagus cadangan ini. sekarang ini kebanyakkan pekerja pendatang asing membawa keluarga mereka sekali turut, maka ini boleh menambah kedatangan jumlah pendatang asing. Maka dengan cadang itu mungkin dapat mengurangkan jumlah tersebut.
BalasPadamini pilihan untuk pekerja asing. adakaha mahu berkerja di malaysia atau tidak membawa keluarga. sekiranya mahu berkerja di malaysia, pekerja asing dilarang untuk membawa keluarga mereka sekali datang ke malaysia. tindakan ini untuk mengurangkan jumlah pendatang asing ke Malaysia
BalasPadamIni memang perlu dilaksanakan secepat mungkin. Isu ini tidak boleh ditangguhkan lagi.
BalasPadamTetapi, kesian juga mereka. Ini memang mustahil untuk melarang mereka masuk ke negara kita.
BalasPadamPekerja asing tidak lagi dibenerkan membawa tanggungan mereka ke negeri ini sebaliknya menghantar anak dan isteri mereka ke negara asal mereka. Langkah ini mampu mengurangkan kebanjiran warga asing di negeri ini.
BalasPadamSaya satuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
BalasPadamWell, this is a big decision. I believe many quarters will try and talk again.
BalasPadamlaksanakan secepat mungkin cadangan ini. walaupun tidak bersifat menyeluruh, tetapi cadangan ini merupakan satu permulaan yang baik bagi mengurangkan jumlah pendatang asing di Sabah.
BalasPadamKita tidak boleh tunggu lagi, masalah PATI perlu diselesaikan serta merta.
BalasPadamNamun saya mendapat berita baru bahawa konsulat Indonesia masih belum mendapat jawapan rasmi berkenaan dengan cadangan itu.
BalasPadamI think this is a good idea. I hope it works. Besides, the State is over-crowding with illegals here. FfffuuuuU~
BalasPadamSemoga cara ini dapat mengurangkan bilangan PATI dan buruh asing yang menetap di negeri kita.
BalasPadamLots of feedbacks have been received following the proposal.
BalasPadam