Jeffrey: Bahagikan Sabah, Sarawak jadi 16 negeri
Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan menggesa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak supaya menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan mereka.
Katanya, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi sebagai alasan untuk berbuat demikian.
Ideanya adalah Sabah dibahagikan kepada lima negeri - Tawau, Sandakan dan Kudat di pantai timur dan utara manakala dua lagi negeri iatu Pantai Barat dan Pedalaman.
Bagi Sarawak pula, menurut Jeffrey, semua sebelas bahagian dijadikan negeri-negeri Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
"Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menengelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,” katanya semasa ucaptama tertutupnya yang berjudul 'The Genesis of Malaysia Revisited' dan 'The Way Forward' di Kota Kinabalu, semalam.
Forum itu diadakan sebagai pembuka tirai bagi sambutan rasmi Hari malaysia yang pertama yang dijadualkan pada 16 September ini.
Majlis berkenaan dianjurkan oleh Yayasan Warisan Borneo dengan kerjasama Heritage Common Interest Group Malaysia (CigMA), dan beberapa pertubuhan lain.
-----
Jeffrey: Divide Sabah, S'wak into 16 new states
If there's method in Jeffrey's "madness", it's this - that the new states will help Sabah and Sarawak win back the 32 percent share of the seats in the Malaysian Parliament that Malaysia outside peninsular Malaysia had until Singapore "was booted out in 1965".
---
SLA alleges serious breaches of Sabah rights
The Sabah Law Association (SLA) has detailed numerous serious breaches of Sabah rights as enshrined in the federal constitution.
----
perlukah sabah dan sarawak dibahagikan kepada beberapa negeri?
BalasPadampendapat penduduk sabah dan sarawak perlu diambil kira. kerana ini bukanlah satu perkara yang remeh.
BalasPadamrasanya tidak sesuai jika Sabah dan S`wak dibahagikan kepada beberapa negeri. Akan ada kawasan yang maju dan ada pula kawasan yang akan jauh ketinggalan jika tidak mempunyai potensi ekonomi yang tinggi.
BalasPadamjika sabah dan sarawak dipecahkan kepada beberapa negeri, ia boleh menjejaskan hak2 dan kepentingan penduduk sabah. selepas ini akan wujudkah nama Sabah dan sarawak?
BalasPadamAdakah perlu berbuat demikian. Saya rasa kalau dipecahkan akan menjadikan segala lebih rumit dan sukar. Baik berfikir panjang mengenai perkara ini dahulu.
BalasPadamatau mungkin untuk kepentingan politik. mungkin pembangkang berfikir jika dibahagikan kepada kelompok2 kecil mungkin potensi mereka untuk membentuk kerajaan di Sabah adalah tinggi.
BalasPadamperkara ini terlalu rumit dan tidak boleh dipandang ringan malah bakal mengundang banyak pembaharuan.
BalasPadamsaya rasa tidak perlulah pembahagian tersebut. nanti menyud=sahkan saja. apa pun pendapat penduduk itu sendiri perlu dia ambil kira.
BalasPadamBukan masa sesuai untuk membincangkan tentang perkara ini. Saya tidak yakin bahawa ini akan menyelesaikan masalah2 yang masih lagi menghantui Sabah. Sedangkan pada masa ini telah banyak sumber ekonomi kita habis... kenapa tidk menyibukkan otak untuk memikirkan tentang cara penyelesaian kepada masalah2 yang sedia ada?
BalasPadam16 States? The question now is, will it be worth it? I think this is not the right time discuss about this matter.
BalasPadamtidak perlu membahagikan Sabah dan Sarawak kepada 16 negeri. ini merupakan pekara yang rumit dan mungkin akan mewujudkan masalah yang lain pula. lebih baik kita fokus untuk menjadikan Sabah dan Sarawak lebih maju.
BalasPadamDiharapkan kerajaan akan membuat keputusan yang baik mengenai perkara ini. Adakah wajar membuat demikian.
BalasPadamWe have enough problem as it is, it will be looking for more trouble if our two states are divided. No, I cannot accept this.
BalasPadamJadi nanti Sabah dan Sarawak mempunyai 16 Ketua Menteri?
BalasPadampelaksanaannya akan memerlukan banyak perubahan dan ini mungkin akan menimbulkan lebih banyak masalah. jangan terburu2 dan minta pendapat semua pihak termasuk rakyat Sabah.
BalasPadamIni bukan hal remeh macacm potong kek. Perlu dikaji dengan teliti.
BalasPadamKalau Sabah Sarawak dibahagikan kepada 16 negeri, aapakah status Sabah dan Sarawak? Sebuah negara?
BalasPadamIdea ''madness'' Jeffrey ini saya percaya mereka telah membuat kajian selama bertahun-tahun mengenainya.Mereka ini tahu apa yang terbaik untuk kepentingan rakyat Sabah dan juga Sarawak.
BalasPadamIni merupakan satu idea yang cuma untuk disebut-sebut atau bahan bual di kopitiam.
BalasPadamPekara ini tidak mungkin berlaku walau Dr. J menjadi KM Sabah.
BalasPadamMungkinkah idea ini dilaksanakan?
BalasPadamsape la bg idea xbrp nk bagus ni,ape skrg ni xcukup lg ke masalah yg ada,sampai nk tambah lg masalah...soal pmbangunan kan kita dh ada rancangan msia,smua akn dapat..xyah ssh2 kn diri nk ubah apa yg tuk nenek kita usahakn sjak lebih stgh abad dlu.kang lagi teruk yg jadi,xkan nk gabung balik...
BalasPadamTak patut dibahagikan, mesti bersatu supaya tidak mudah dipisah-pisahkan. Kita orang Sabah dan Sarawak perlu bersatu.
BalasPadam