1,000 guru mohon keluar Sarawak
Kementerian terpaksa laksana sistem kuota
KAPIT: Kementerian Pelajaran menerima hampir 1,000 permohonan daripada guru terutama yang berasal dari Semenanjung yang mahu ditukarkan dari Sarawak setiap kali proses perpindahan dilaksanakan pada Januari dan Jun setiap tahun.
Jumlah itu dilihat terlalu tinggi berbanding jumlah guru baru dari Semenanjung yang dibawa masuk iaitu hanya 100 orang setiap kali proses pertukaran dilaksana.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sebahagian besar permohonan dadalah dari guru berasal dari Kelantan.
“Kementerian pernah menerima hampir 4,000 permohonan daripada guru yang berasal dari Kelantan yang merayu ditempatkan di negeri asal mereka, sedangkan kekosongan di negeri terbabit hanya sekitar 50 orang.
“Bagi menangani isu pertukaran ini, kementerian terpaksa menggunakan pendekatan kemanusiaan dan mengetepikan keperluan. Ini kerana ada antara guru terbabit memohon untuk bertukar akibat masalah keluarga selain alasan sakit,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga pendidik daerah Song di Sekolah Menengah Kebangsaan Song di sini, malam kelmarin.
Mohd Puad berkata, bagi mengatasi isu pertukaran guru itu, Kementerian melaksanakan sistem kuota untuk pengambilan guru baru iaitu masing-masing 30 peratus untuk Sabah dan Sarawak, manakala 40 peratus bagi Semenanjung.
Selain itu, kementerian juga berhasrat untuk mengimbangkan pengambilan guru lelaki dan wanita kepada 50-50.
“Tahun ini adalah tahun pertama kita melaksanakan sistem kuota serta menambah pengambilan guru lelaki, tetapi kita masih belum mencapai matlamat itu kerana terlalu banyak masalah yang dihadapi.
“Kita perlu lebih ramai guru lelaki untuk dihantar ke luar bandar. Ini kerana ketika ini, sebahagian besar guru yang bertugas di pedalaman adalah guru wanita.
“Nampaknya, sasaran kita untuk meningkatkan jumlah guru lelaki juga masih belum tercapai,” katanya.
Lebih baik kalau orang Sabah berkhidmat dalam Sabah, orang Sarawak berkhidmat dalam Sarawak dan orang semenanjung berkhidmat di tempat mereka sendiri.
BalasPadamharp kementerian pelajaran dpt menyelesaikan masalah ini. utamakan guru tempatan.
BalasPadamMost people would prefer to be stationed at their own home town.
BalasPadamsememangnya kebanyakan orang lebih suka untuk berkhidmat di negeri sendiri.
BalasPadamharap langkah yang diambil oleh kementerian dapat menyelesaikan isu pertukaran guru.
setiap guru harus ditempatkan ke negeri asal mereka masing-masing. ini lebih baik kerana mereka lebih memahami budaya dan cara hidup penduduk setempat. bagaimanapun penempatan ini perlu juga sistematik agar tidak timbul masalah lebihan ataupun kekurangan guru di sesetengah kawasan.
BalasPadamKalau saya tidak silap memang suda ada usul untuk menempatkan Guru sabahan di Sabah Sahaja... hal ini kerana terdapat banyak kes yang mana guru2 dari semenajung tidak pernah menampakkan kesungguhan mereka untuk mengembangkan anak2 sabah.. ada kes2 yang mana murid sedikit dan guru pula banyak yang datang dari semenanjung dengan elaun yang sangat besar tetapi keadaan atau level pembelajaran tidak pernah meningkat, adapun lebih teruk...
BalasPadamharap kementerian pelajaran dapat menyelesaikan isu pertukaran guru ini dengan sebaiknya. sistem yang diperkenalkan juga diharap dapat menyelesaikan pekara ini.
BalasPadamLet teachers teach in their own hometown. They know best when it comes to communicating the local students.
BalasPadamkementerian sememangnya berniat melakukan perubahan ini tapi prosesnya agak perlahan kerana mereka perlu mengimbangi jumlah kekosongan dengan jumlah yang ditukarkan.
BalasPadamguru2 tidak perlu terlalu demand dan terlalu mendesak kementerian untuk ditukarkan ke sana-sini kerana mereka yang telah memilih profesion perguruan ini patut telah sedia maklum dengan hakikat ini malah telah bersetuju untuk diletakkan dimana2 sahaja.
BalasPadamKL teachers are sucks. Enough said.
BalasPadamBagus hantar balik semua guru Sabah yang berkhidmat di KL. Layanan mereka tidak sebaik yang mereka harus terima terutamanya pasal elaun.
BalasPadamI agree with you John. Teachers shouldn't demand and complain too much. Just be patience. Once they are enough local teachers in that area, the government will surely send those teacher back to their hometown.
BalasPadamNolah, not all KL teachers are suck.
BalasPadamBagi saya tiada masalah sekiranya guru tersebut ingin bertugas di negeri asal mereka asalkan mempunyai sebab2 tertentu dan munasabah.
BalasPadamsaya mencadangkan perlu mengimbangkan pengambilan guru lelaki dan wanita kepada 50-50 di setiap sekolah.
BalasPadamIt might be better if the Sabahan and Sarawakian teachers in WM teaches in their respective States. Might be easier. Just a suggestion..:)
BalasPadamGuru dari pelbagai kaum harus diberi keutaman untuk bekerja di sekolah2 tertentu bagi memastikan keseimbangaan sistem pembelajaran yang lebih berkesan.
BalasPadamTidak perlulah mengambil lebih ramai guru lelaki untuk ditugaskan di kawasan luar bandar tetapi hanya perlu seimbangkan sahaja. Cuma pendapat.
BalasPadamkerjaan harus mencuba untuk perpindahan cikgu ini dan betul, utamakan guru lelaki sekarang untuk sekolah luar bandar. ini lebih mudah berbanding guru perempuan.
BalasPadami think it's better place them at their own hometown...
BalasPadamjumlah guru haruslah diimbangi bagi mengelakkan profesion ini dikategorikan sebagai tugas untuk kaum wanita sahaja...
BalasPadamkaedah bagi pengambilan guru baru juga harus diperbaiki..lebih ramai guru yang berasal daripada sabah dan sarawak diperlukan bagi mengelak masalah seumpama berlaku..adalah lebih baik jika menempatkan seseorang guru itu, berkhidmat di negeri kelahirannya..
BalasPadamatau syarat untuk pertukaran guru perlu diperketatkan...diharap guru2 akan lebih bertanggungjawab akan tugas mereka sebagai seorang pendidik..
BalasPadamLet us in a bigger frame. Teachers especially from the East are usually been ' bullied ' mentally. Why? Tell ya something. The federal won't treat those teachers any better. Because they need to protect their own made teachers. It happens.
BalasPadamramai sangat para guru minta pertukaran. kerajaan akan cuba untuk menyelesaikan perkara ini. Para guru haruslah bersabar menanti giliran untuk dipindahkan.
BalasPadam1000 dalam masa 1 tahun 6 bulan.Bayangkan jumlah itu.Tapi cikgu2 Sabah yang ingin bertukar dari KL ke Sabah macam lambat kena proses. Bukan post cikgu saja, lain2 jawatan pun gitu juga.
BalasPadamI hardly imagine the exact number of applicants.
BalasPadamThere are too many people who wants to have the best for themselves. I guess the government is having a headache now..
BalasPadamhhm harap kerajaan akan dapat atasi hal ni dengan baik.
BalasPadamYa mike. Bukannya membnatah pertukaran tapi kalau mmg nak jadi pendidik/guru kenalah berkorban...
BalasPadambiasa kita dengar komplen dari guru yang berasal dari SM kononnya takut mengajar di Sabah/Sarawak dan macam2 yang mereka bayangkan dengan keadaan di negeri borneo ini. kalau sudah begitu tanggapan mereka, saya amat setuju jika semua sekolah di Sabah dipenuhi oleh guru2 tempatan. walaupun ianya memakan masa, yang penting kementerian berusaha melaksanakannya.
BalasPadam