Isnin, Julai 26, 2010

KERAJAAN SABAH TIDAK KELUAR DOKUMEN IMM13 SEJAK 1984 - MUSA

Kerajaan Sabah Tidak Keluar Dokumen IMM13 Sejak 1984, Kata Musa

KOTA KINABALU, 26 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah telah menghentikan pengeluaran dokumen IMM13 kepada warga Filipina yang berstatus pelarian sejak tahun 1984, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimanapun, katanya, anak kepada pemegang dokumen IMM13 sedia ada masih layak memohon dokumen berkenaan bagi membolehkan mereka tinggal bersama ibu bapa mereka di negeri itu.

"Kita pertimbangkan agar status anak dan ibu bapa itu sama...itu sahaja. Bagi orang lain atau untuk orang luar, kita tidak keluarkan dokumen IMM13," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Seminar Pengukuhan dan Pemantapan Tadbir Urus Terbaik Sektor Awam Sabah di sini Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah Datuk Johnny Mositun semalam yang menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan bahawa terdapat satu sindiket yang mengeluarkan dokumen IMM13 kepada pendatang tanpa izin di Sabah.

Musa, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, berkata kerajaan negeri memandang serius dakwaan itu dan telahpun menubuhkan Makmal Khas bagi pengurusan warga asing di negeri itu.

Katanya segala maklumat yang dikumpul oleh Makmal Khas itu akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dokumen IMM13 merujuk kepada pas khas yang dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada pelarian tulen Filipina akibat perang bagi membolehkan mereka tinggal di Sabah.

Musa berkata kerajaan negeri sedar isu IMM13 dan pendatang tanpa izin amat sensitif dan pengeluaran dokumen IMM13 itu dibuat dengan begitu hati-hati dan teliti.

Katanya setakat ini terdapat 84,000 pemegang dokumen IMM13 yang berdaftar di negeri itu.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) telah membuka Kem Penempatan Semula Telipok dan tiga kem lain di Sabah -- di Kinarut, Tawau dan Sandakan -- bagi menempatkan mereka yang melarikan diri daripada peperangan antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pada awal 1970-an.

-----

SABAH HAS FOUR TEMPORARY DETENTION CENTERS (TDC) WITH THE CAPACITY TO HOLD 40,000 DETAINEES AT ANY ONE TIME

28 ulasan:

  1. jika benar dakwaan bahawa terdapat satu sindiket yang mengeluarkan dokumen IMM13 kepada pendatang tanpa izin di Sabah. tindakan segera perlu diambil bagi membanteras sindiket ini.

    BalasPadam
  2. dakwaan bahawa terdapat satu sindiket yang mengeluarkan dokumen IMM13 kepada pendatang tanpa izin di Sabah perlu disiasat..sekiranya benar terdapat sindiket seperti itu, tindakan yang tegas perlu diambil.

    BalasPadam
  3. siasatan memang sangat diperlukan tetang pengeluaran IMM13 kepada pendatang tanpa izin ini. bagai mana boleh perkara ini berlaku??

    BalasPadam
  4. "Musa berkata kerajaan negeri sedar isu IMM13 dan pendatang tanpa izin amat sensitif dan pengeluaran dokumen IMM13 itu dibuat dengan begitu hati-hati dan teliti."

    Datuk Musa pun sudah berkata, IMM13 itu dikeluarkan dengan berhati-hati dan teliti. tidak mudah untuk memperolehinya.

    BalasPadam
  5. jika sindiket tersebut benar2 wujud. pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera dan menangkap mereka yang terlibat bagi membuktikan kepada rakyat bahawa bukan kerajaan yang mengeluarkan dokumen IMM13 kepada orang luar.

    BalasPadam
  6. This syndicate is just bringing more problems to the State. If it's true then it ought to be investigate to curb the syndicate from further expansion and the Mastermind must be caught at all cause.

    BalasPadam
  7. Diharapkan sindiket dokumen IMM13 dapat dibendung dengan segera sekiranya ada kebenaran dalam dakwaan tersebut. Dokumen ini tidak seharusnya disalahgunakan..

    BalasPadam
  8. pekara tersebut perlu disiasat. jika benar terdapat sindiket yang mengeluarkan dokumen IMM13 kepada pendatang tanpa izin di Sabah, tindakan yang tegas perlu diambil.

    BalasPadam
  9. sindiket seperti ini perlu dihapuskan. dokumen ini tak harus lagi dikeluarkan.

    BalasPadam
  10. The answer is crystal-clear, why doubt more?

    BalasPadam
  11. Kalau memang tidak kena kasi keluar, kenapa PBS pula dapat komplen?Hairan tul.

    BalasPadam
  12. Something wrong in the process, I guess.

    BalasPadam
  13. memang ada yang nda beres ni.. bah siasatlah lah cepat.

    BalasPadam
  14. Rasanya ini penjelasan yang agak baik. So janganlah asyil letakkan kesalahn di bahu Musa. Sekarang ni, apa yang paling penting ialah selesaikan hal ni sebelum bertambah teruk.

    BalasPadam
  15. Betul tu jin. lakukan sesuatu utk selesaikan hal ni.

    BalasPadam
  16. Ya pirate. Nama baik kerajaan harus dijaga. Usaha juga harus dikerah utk selesaikan isu ni. Semoga semua persoalan akan terjawab nanti.

    BalasPadam
  17. I suggest to make an investigation on this.Fair enough, right?

    BalasPadam
  18. perkara ini tak boleh dipandang remeh. tindakan segera perlu diambil bagi membanteras sindiket ini.

    BalasPadam
  19. jika ia dibiarkan, risau ia akan membawa masalah sosial di negeri kita dgn kebanjiran lebih ramai pendatang asing.

    BalasPadam
  20. betul itu, perkara ini haruslah dihentikan. ini akan mebinbangkan rakyat tempatan kita sendiri.

    BalasPadam
  21. Baguslah kalau sabah telah menghentikan pengeluaran IMM13 tersebut. itu satu tindakkan yang patut untuk rakyat kita.

    BalasPadam
  22. Apa yang penting adalah lakukan yang terbaik buat Sabah.

    BalasPadam
  23. Semoga dengan adanya penjelasan ini, dapat la membuka mata beberapa orang yang tidak mengetahui apa senbenarnya yang berlaku.

    BalasPadam
  24. The more you talk, the more mess comes up. Well, if there is any dissatisfaction on something, it is better to meet each other.

    BalasPadam
  25. Siasat samada ada pihak yang tidak bertanggungjawap mengeluarkan dokumen IMM13 yang palsu.

    BalasPadam
  26. Ini berkait dengan keselamatan negara, kerajaan harus menangani pekara ini dengan cermat.

    BalasPadam
  27. Pemegang IMM13 bebas berjalan di Sabah atau cuma dihadkan di kem-kem pelarian? Bila mereka akan dihantar balik?

    BalasPadam