Selasa, Julai 20, 2010

KANAK- KANAK BUKAN WARGANEGARA TANPA DOKUMEN PENGENALAN TURUT MENDAPAT PENDIDIKAN - MUHYIDDIN

Dewan Negara: Kanak- Kanak Bukan Warganegara Tanpa Dokumen Pengenalan Turut Mendapat Pendidikan

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan sentiasa memastikan penyediaan dan pelaksanaan pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen dapat dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan semua kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya, tanpa mengira agama, bangsa dan lokasi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi menangkis tohmahan masyarakat antarabangsa terhadap negara ini yang menyatakan bahawa Malaysia tidak memberi pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-kanak.

"Sehingga kini, Kementerian Pelajaran telahpun mewujudkan beberapa perkongsian pintar seperti bersama Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk program pendidikan 3M KAFA; Angkatan Tentera Malaysia melalui Program Jiwa Murni di Pulau Berhala, Sandakan dan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan UNICEF.

"Justeru perkongsian pintar ini akan diperluaskan dan saya amat mengharapkan supaya agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang lain berminat untuk bersama-sama berganding bahu melaksanakan program pendidikan bagi kanak-kanak tanpa dokumen ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Noriah Mahat yang ingin tahu status dasar pendidikan kanak-kanak tanpa dokumen bukan warganegara dan perancangan kementerian dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak itu bagi mengatasi masalah buta huruf dan melaksanakan pendidikan untuk semua.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan telah mewujudkan dasar-dasar baru bagi memastikan golongan kanak-kanak tanpa dokumen mendapat pendidikan sewajarnya.

Beliau berkata kanak-kanak warganegara yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk diterima masuk ke sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan jika memenuhi syarat yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.1/2009 bertarikh 11 Mac 2009.

"Kandungan surat itu antara lainnya menyatakan bahawa mana-mana kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan salah seorang ibu bapanya adalah warganegara Malaysia, boleh didaftarkan sebagai murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan," katanya.

Bagaimanapun, ia perlu mendapat surat pengesahan atau surat perakuan daripada Ketua Kampung.

Bagi kanak-kanak bukan warganegara yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kementerian telah meluluskan satu dasar melalui penyediaan peluang pendidikan altenatif kepada mereka.

Bagaimanapun, ia bukan pendidikan yang dilaksana secara formal seperti yang termaktub dalam Sistem Persekolahan Kebangsaan.

"Pendidikan alternatif adalah pendidikan yang akan memberi penekanan dan penumpuan kepada aspek 3M (membaca, mengira dan menulis), pendidikan nilai jati diri terhadap negara Malaysia dan kemahiran tertentu," katanya.

Bagi memastikan dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Kementerian Pelajaran akan bergerak bersama-sama agensi kerajaan lain, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta untuk menyediakan peluang pendidikan berkenaan.

Muhyiddin turut mengalu-alukan inisiatif pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO dan persendirian yang melaksanakan pendidikan secara bersendirian kepada kanak-kanak.

Beliau berkata bagaimanapun, pelaksanaan pendidikan itu perlu dipantau supaya matlamat asal pendidikan dapat dicapai selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Saya berpandangan bahawa sudah sampai masanya, Kementerian Pelajaran bertindak sebagai agensi penyelaras supaya program pendidikan yang dilaksanakan dapat diseragamkan dan elemen semangat jati diri sayangkan Malaysia, negara yang memberi perlindungan kepada mereka dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak berkenaan," katanya.

----

ANAK PENDATANG TANPA IZIN (PATI) BERSTATUS PENDUDUK TETAP (PR) DAPAT BIASISWA KERAJAAN NEGERI MANAKALA RAKYAT TEMPATAN BERKELAYAKAN TERCICIR

26 ulasan:

  1. Satu keputusan yang sangat sukar untuk diterima. Semakin hari semakin terhakis hak istimewa bumiputera, terutama sabahans. Disabah memang terkenal dengan masalah pendatang Tanpa Izin dan pendatang Asing. Bukan kedekut tapi orang tempatan juga masih kurang di banyak area dan memerlukan penelitian yang teramat perinci.

    BalasPadam
  2. Semoga kanak2 terbiar di negeri ini dapat terbela.Tapi bukan dengan membela anak2 PTI.

    BalasPadam
  3. Adakah ini salah satu cara untuk menyelesaikan masalah PTI, dengan memberi pendidikan dan seterusnya menerapkan kemalaysiaan dan, satu lagi dasar akan digubal yang mana kepada anak2 tertentu yang telah tamat pengajian dengan cemerlang akan diberi kelonggaran untuk mendapat IC???????

    Ada kemungkinan untuk berlaku.

    BalasPadam
  4. Bukan apa la tapi bila ada kebaikan dan keselesaan, mereka akan bertambah ramai datang untuk keselesaan itu. hey... Cuba kalau kamu layan orang p rumah kamu dengan baik mesti dia akan stay lama tapi kalau kamu tgo pun macam menyampah, belum panas kerusi dia duduk trus chow suda... macam ini la kes pendatang nie.. kena layan baik maka akan bertambah la bilangan mereka..

    BalasPadam
  5. Betul tue Creep. Dengan kebaikan dan keselesaan diberikan kepada mereka, makin ramai pula akan datang. Pada pendapat saya, budak2x pti bersamaan dengan ibu bapa mereka harus dihantar balik ke tempat asal mereka secepat mungkin,lagi bagus sebelum hari PRU13 untuk mengelakkan sebarang ketidakadilan berlaku.

    BalasPadam
  6. Budak2x PTI manalah berminat mahu belajar. Hisap gam adalah. Janganlah kerajaan membazirkan duit untuk budak2x PTI. Fokuslah sepenuhnya pada kanak2x warganegara kita.

    BalasPadam
  7. Doreamon, don't lah look down on the PTI children. They are after all still young and needed to be taught good discipline. In my opinion, I find it's a good idea for the government to provide education to the children w/o document. Who knows something good might come out from it. Although the teaching are based on the 3M aspect, I'm sure they will somehow learn to be civilize and of course they will be eager to learn cause I'm sure most of them are not given the opportunity to study.

    BalasPadam
  8. But of course, the consequences of providing education to these PTI children is that more PTIs will come to Malaysia. Therefore, its important for the government to thoroughly think before making the decision to provide education to them. I trust the government will make the right choice.

    BalasPadam
  9. Its a very risky thing to do providing education to them. Bagus jangan, nanti menyesal pula. Kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah PTI dan bukan sebaliknya. Seperti mana yang dikomen oleh Rock on me, kemungkinan mereka akan diberi kelonggaran untuk mendapat IC jika tamat pengajian dengan cemerlang.Adakah kita mahu perkara sebegini berlaku??? Sudah tentu tidak kan!

    BalasPadam
  10. apa pun keputusan kerajaan, haruslah dikaji terlebih dahulu sebelum membuat satu keputusan. tidak salah untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak bukan warganegara tapi mesti warnegara didahulukan.

    BalasPadam
  11. I hope they know what they are doing.

    BalasPadam
  12. Stateless kids are different from PTIs. Don't worry. Education will make them a better children.

    BalasPadam
  13. Apa pun yang paling penting adalah, kanak-kanak warganegara perlulah diberikan keutamaan...

    BalasPadam
  14. Masalahnya, adakah PTI turut diberi peluang untuk belajar di sini? Mengapa tidak membuka peluang itu kepada penduduk luar bandar yang tiada pengenalan diri?

    BalasPadam
  15. aikk.. kalau sudah jelas mereka tidak ada dokumen, bukankah mereka dan keluarga mereka patut dihantar balik ke negara asal?? ini membuktikan kita menggalakkan mereka datang.. bagaimana kita mahu menangani masalah PATI sedangkan kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan pendidikan??

    BalasPadam
  16. I hope these children can build a better future for themselves..:)

    BalasPadam
  17. tak salah jika memberi pendidikan kepada kanak2 bukan warganegara, pendidikan adalabh untuk semua masyarakat. namun ia biarkan sampai tidak menjejaskan hak2 pelajar tempatan

    BalasPadam
  18. Yes, I believe education should be the privilege of every children. Only with education can they build a better life and future. It is better than growing up and become criminals.

    BalasPadam
  19. Muhyddin, anda harus fikir berapa ramaikah kanak2 PTI di negeri ini yang merempat. Bagus laburkan duit itu untuk tlg orang2 di pedalaman Sabah.

    BalasPadam
  20. It's scary. I mean an Indonesian school will be built in Sepanggar for Indonesian kids.Why are we need to open that for stateless kids, especially PTIs?

    BalasPadam
  21. Mungkin positifnya, kalau semua dapat pendidikan yang baik (dengan andaian semua pun masuk ajar), sekurang-kurangnya fikiran pun tambah baik la kan. Mana tau dengan adanya pendidikan yang sempurna dapat melahirkan individu yang pandai berfikir, matang & educated... hehe

    BalasPadam
  22. Tapi kalau difikir balik... aiks biar betul si Muhyiddin ni..

    BalasPadam
  23. Ya betul tu wdsds. Kalau anak2 pati pun termasuk dalam dasar baru ni, saya yakin hal ni pasti jadi panas - konpom ramai yang tak puas hati. huhu

    BalasPadam
  24. Betul tu creep. Saya pernah tengok drama Indon 'Benci bilang Cinta'...
    Life orang awam (golongan bukan kenamaan) disana sangat teruk malah tak pernah pun saya terfikir betapa teruknya keadaan disana... Sebab tu terlintas di fikiran saya, no wonder juga la ramai pati yang suka lari ke Sabah. Tengok ja la negeri Sabah ni bukan saja aman, orangnya pun bagus2 semuanya...
    Saya harap kebaikan negara kita haruslah berpada-pada, jangan nanti golongan ni (pati) makin bahagia hidup disini hingga lupa asal mereka.

    BalasPadam
  25. Apapun saya yakin Muhyidin mempunayai alasan munasabah mengeluarkan idea ni. Harap beliau dapat jelaskan lebih lanjut lagi supaya tak timbul kekeliruan.

    BalasPadam
  26. Kepercayaan Kepada Tuhan ????? ini adalah rukun negara yang perlu ada pada setiap rakyat malaysia. "Jangan ketakutan yang tidak pasti dan jelas menjadikan kamu tidak berbuat baik". Marilah bekerjasama dengan pihak kerajaan menangani PTI (secara asasnya merupakan sistem imegresen yang belum mantap dan boleh diperbaiki)dan memberikan pendidikan kepada kanak-kanak adalah tanggungjawab sejagat. Kenapa orang dari luar negara (Turben Venning - Orang Finland )boleh datang ke ASIA atau Asia Tenggara untuk mengambil tanggungjawab mendidik kanak-kanak di sini. Di mana pemimpin kita yang boleh jadi "World Class Leader".

    BalasPadam