P4SBS dakwa pelajar asing nikmati biasiswa
2010/07/19 KOTA KINABALU: Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Bumiputera Sabah (P4SBS) mendakwa ramai pelajar asing menikmati kemudahan biasiswa dan menjadi penjawat awam di negeri ini.
Yang Dipertuanya, Hamid Abdul Rahmat, berkata kajian mereka mendapati ramai anak pendatang tanpa izin yang memiliki status penduduk tetap (PR) memperoleh biasiswa kerajaan negeri manakala rakyat tempatan berkelayakan tercicir, malah ada yang menarik diri daripada meneruskan pengajian ke universiti awam.
"Kemasukan pendatang tanpa izin sejak pertengahan 1960-an hingga sekarang memberi peluang kepada mereka memiliki kewarganegaraan dan menikmati kemudahan sama seperti rakyat negara ini, sekali gus memberi kesan negatif kepada anak tempatan,” katanya katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Hamid berkata, walaupun negara memerlukan tenaga pakar berkemahiran tinggi dari luar negara, pemberian status PR bukan pilihan utama untuk mengatasi masalah itu.
"Banyak kaedah untuk mendapatkan tenaga mahir, misalnya pengambilan secara kontrak atau melanjutkan visa pelajar mereka.
“Itu sebabnya kami menentang cadangan pemberian PR kepada pelajar asing yang cemerlang kerana mereka boleh menyekat peluang pekerjaan rakyat tempatan.
"Kita bimbang ada penerima status PR ini diserapkan ke jawatan yang boleh mengancam keselamatan umum," katanya.
Hamid mendakwa pemberian status itu kepada pelajar asing cemerlang yang mendapat biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi kesan negatif kepada negara kerana boleh meningkatkan bilangan asing termasuk di Sabah.
---
utamakan rkyat tempatan!
BalasPadamsaya berharap pekara ini akan disiasat dan penyelesaian akan dilakukan dengan sebaiknya.
BalasPadamWhatcha waiting for? Time waits for no men and women! Where are you, authorized people?
BalasPadamCan't be like this all the time. We are supposed to be the one who been given ICs and not THEM!
BalasPadamTime to act. There is no time to waste. This is getting very much pissing off the local people.
BalasPadamSelidiklah kes ini dengan segera. Jangan biarkan ia menjadi duri dlm daging.
BalasPadamSo, don't simply giving approvals on something that is yet to be verified.
BalasPadamBanyak sudah orang komplen pasal ni benda.
BalasPadamEducation is the privilege of all children, of course the citizens should be given higher priorities.
BalasPadam