Selasa, Julai 20, 2010

CADANGAN CARA MENANGANI ISU PATI JANGAN SAMPAI BUAT RAKYAT MARAH

Sebarang Cadangan Mengenai Isu Pekerja Asing Perlu Dikaji

KOTA KINABALU, 20 Julai (Bernama) -- Sebarang cadangan mengenai cara menangani isu pekerja asing dan pendatang tanpa izin (PATI) perlu dikaji secara mendalam dan terperinci terlebih dahulu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata semua faktor perlu dipertimbangkan dan diambil kira sebelum apa-apa keputusan dibuat mengenai cadangan itu.

"Ini bukanlah atas permintaan kita tetapi permintaan sektor swasta. Apa pun cadangan yang telah dikemukakan, kita mestilah buat kajian yang teliti, supaya ia tidak menyusahkan kita semula ataupun menjadi kemarahan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di sini, Selasa.

Musa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Sumber Manusia minggu lalu yang menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan pendatang tanpa izin sebagai pekerja asing bagi memenuhi permintaan tenaga kerja.

Cadangan itu merupakan salah satu daripada 51 cadangan di bawah makmal khas yang diwujudkan kementerian tersebut untuk menangani isu pekerja asing.

Persekutuan Pekilang-Pekilang Sabah (FSM) dan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) semalam telah menunjukkan reaksi positif terhadap cadangan tersebut.

Mengenai Operasi Bersepadu Fasa III yang bermula pada pertengahan Mei, Musa berkata sembilan siri dilaksanakan di sembilan daerah di seluruh Sabah setakat Sabtu lepas.

Beliau berkata 3,193 orang telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 2,470 (77% !)orang ditahan.

"Bukan itu saja, malahan agensi keselamatan juga melancarkan tangkapan harian secara berterusan bagi menangani masalah Pati yang dibimbangi oleh rakyat di negeri Sabah ini.

"Kita akan buat operasi dari daerah ke daerah, agar tidak ada kawasan yang tidak diperiksa," jelas beliau.

Katanya pembangkang memang memainkan isu seolah-olah kerajaan tidak berusaha untuk menangani masalah Pati ini, tetapi sebaliknya operasi berjalan sepanjang masa walaupun tidak dilaporkan oleh media.

"Tidak semestinya setiap kali kita buat operasi, kita akan buat laporan media massa...Yang penting keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah terjamin," jelas beliau.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman berkata fasa ketiga ini akan berterusan sehingga hujung tahun ini dan akan diteruskan jika ada keperluan.

21 ulasan:

  1. Sebarang cadangan mengenai cara menangani isu pekerja asing dan pendatang tanpa izin (PATI) perlu dikaji secara terperinci terlebih dahulu. ia perlulah mengambil kira pendapat rakyat agar cadangan yang akan dilaksanakan tidak menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat..

    BalasPadam
  2. A thorough study is vital to determine this proposal. Plus, more and more PTIs are flooding Sabah and why we have to keep on adding it? Doesn't it sound irony?

    BalasPadam
  3. Usaha dari pihak kerajaan tidak pernah putus tapi adakah usaha yang dilakukan dari pihak rakyat sabah sendiri?

    BalasPadam
  4. Apa pun cadangan yang telah dikemukakan, kita mestilah buat kajian yang teliti, supaya ia tidak menyusahkan kita semula ataupun menjadi kemarahan rakyat.

    betul juga kat Datuk Musa Aman itu. kajian haruslah dilakukna terlebih dahulu.

    BalasPadam
  5. "Kita akan buat operasi dari daerah ke daerah, agar tidak ada kawasan yang tidak diperiksa," jelas beliau.

    betul, pemeriksaan haruslah dibuat disemua daerah. untuk memastikan PATI ini dapat dikurangkan.

    BalasPadam
  6. Gotta agree with Datuk Musa. If there are suggestions on how to handle the illegals, then it SHOULD be reviewed and study it thoroughly than implement it hastily and all plans backfired. And you will end up to have your head on the silver platter to be served to the people.

    BalasPadam
  7. Safety and security of the people are all that matters and every measures must be study and once done, implement it. If it works, then just go ahead.

    BalasPadam
  8. Saya memang akan marah jika kaedah yang betul tidak diaplikasikan dengan baik.

    BalasPadam
  9. rakyat perlu sedar dan tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang bahawa kononnya kerajaan tidak perihatin dengan masalah2 yang dihadapi rakyat terutamanya berkaitan dengan PATI.

    BalasPadam
  10. This issue has been circulated for decades yet no one could really assures that PTI is going to leave us.

    BalasPadam
  11. isu PTI memang perlu diselesaikan dgn segera, semua kawasan perlu diperiksa, harap ia dpt diselesaikan.

    BalasPadam
  12. Sebarang cadangan mengenai isu pekerja asing perlu dikaji.. ini bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik dan paling berkesan..

    BalasPadam
  13. Yes, we need a more efficient proposal to control the illegal immigrant issue. It is getting worst.

    BalasPadam
  14. saya hargai peranan kerajaan dalam menyelesaikan isu PTI di Sabah. usaha perlu dilakukan lagi bagi menyelesaikan masalah ini. semua pihak harus memberikan kerjasama.

    BalasPadam
  15. OMG!According to Serdang MP, the government needs 87 years to deport all the 1.75m PTIs. I wish I were dead before that time.

    BalasPadam
  16. Kalau kerajaan meluluskan permit untuk PTI datang sini bekerja,alamat orang Sabah akan menjadi pelarian juga.

    BalasPadam
  17. CM juga la yang paling memahami. hehe
    Harap2 semua pihak dengarlah nasihat CM k :)

    BalasPadam
  18. Tak mustahil ada pihak yang tak puas hati jika cadangan utk tanggani isu pati dibuat sambil lewa saja.
    Ingat dalam apapun perkara hak b/putera harus diutamakan.

    BalasPadam
  19. Betul tu boY. Kajian menyeluruh harus dibuat sebelum memutuskan sebarang keputusan.
    Semoga hal ni mendapat perhatian sewajarnya oleh semua pihak.

    BalasPadam
  20. 6gg, siapalah bah yang nda marah.. saya pun konpom marah juga. hehe

    BalasPadam
  21. Apapun, sama-samalah kita harap agar isu ini dapat ditanggani sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

    BalasPadam