Makmal komputer jadi gajah putih
Makmal komputer SK. Gentisan, Sepanggar tidak dapat digunakan kerana dikatakan tidak mendapat sijil layak menduduki. - utusan/Ghazali Basri
KOTA KINABALU 4 Jun - Kementerian Pelajaran diminta segera mengatasi masalah makmal komputer baru yang masih belum dapat digunakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gentisan, Sepanggar meskipun telah siap, tiga tahun lalu.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Gentisan, Matsum Delapan berkata, masalah tersebut perlu diatasi segera kerana makmal berkenaan amat diperlukan oleh pelajar sekolah berkenaan.
''Kami kesal kerana meskipun telah siap dan kerajaan telah mengeluarkan peruntukan yang banyak tetapi makmal tersebut terus menjadi gajah putih dan tidak dapat digunakan oleh pelajar.
''Perkara ini harus diatasi segera supaya pelajar di sekolah ini tidak ketinggalan dalam arus kemodenan negara khususnya dalam menguasai teknologi maklumat yang begitu penting sekali pada masa ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, pada masa ini kira-kira 600 pelajar di sekolah berkenaan tidak dapat belajar kemahiran komputer kerana ketiadaan makmal.
Utusan Malaysia difahamkan bangunan makmal yang telah siap sejak 2007 itu sehingga kini masih belum mendapat sijil layak menduduki.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gentisan, Awang Pasih Abdul Kahar berkata, pihaknya berharap pihak terbabit dapat memberi perhatian serius terhadap masalah itu.
Katanya, masalah tersebut bukan sahaja menyebabkan pelajar tidak dapat belajar tetapi turut membahayakan warga sekolah berkenaan.
"Saya meragui kualiti pembinaan makmal ini kerana di sekelilingnya tiada longkang bagi menyalurkan air hujan.
"Malah, kalau dilihat terdapat rekahan di beberapa bahagian dan terdapat siling yang jatuh yang boleh bahayakan pelajar," ujarnya.
----
Perkara ini harus dipandang serius. Makmal komputer yang disediakan oleh kerajaan sangat diperlukan oleh para guru dan pelajar untuk tujuan pembelajaran.
BalasPadamPerkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Makmal komputer sepatutnya selamat untuk digunakan oleh para guru dan pelajar.
BalasPadammungkin sebab itu tidak digunakan. kualiti bangunannya tidak mencapai tahap piawaian yang ditetapkan. kerajaan sebenarnya perihatin dengan keselamatan pelajar2 dan guru2.
BalasPadammasalah ini perlu diberikan perhatian segera agar tidak berlarutan lebih lama. dimasa2 akan datang, kerajaan perlu sentiasa memantau projek2 pembangunan yang dipertanggungjawabkan kepada kontraktor untuk memastikan mereka mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
BalasPadammakmal itu tidak mendapat sikil layak mewnduduki kerana strukturnya yang tidak kukuh dan selamat. makmal itu seharusnya diselengara semula agar ia selamat diduduki. adalah merugikan sahaja jika ia dibina tetapi tidak digunakan.
BalasPadamI hope they will quickly resolve this matter. No use for spending a lot of money but the computers cannot be used by the students.
BalasPadamIt will be a waste of money if the computers are not utilized.
BalasPadammemang merugikan jika makmal itu tidak dapat digunakan, pelajar juga tidak dapat menggunakan kemudahan yang ada untuk mempelajari penggunaan komputer. harap masalah ini akan diselesaikan dengan segera.
BalasPadamToo much of this kind of white elephant projects is a waste of money and benefit the people in no way.
BalasPadamJika ada masalah kena bincang baik2 agar apa yang menjadi masalah itu akan diselesaikan dengan segera. Selain itu melalui perbincangan akan menampakkkan kelemahan dan kelebihan disamping mencari jalan penyelesaian yang tepat.
BalasPadamWell, is this what 'People first, performance now' means?
BalasPadamPlease solve this issue immediately.
BalasPadam