Negara Tidak Akan Bankrap Biarpun Subsidi Diteruskan, Kata Awang Adek
KOTA BAHARU, 3 Jun (Bernama) -- Malaysia tidak akan bankrap pada 2019 seperti Greece meskipun subsidi berjumlah RM74 bilion setahun diteruskan, kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Beliau berkata keadaan ekonomi negara pada masa itu tidaklah begitu teruk seperti yang digambarkan iaitu seolah-olah negara tidak mampu membayar hutang jika kerajaan berhasrat meneruskan pemberian subsidi.
Hakikatnya, langkah untuk memansuhkan subsidi ialah bagi mengurangkan kadar defisit negara serta membolehkan kedudukan kewangan negara lebih stabil, katanya.
"Negara tidak akan bankrap. Mana boleh bangkrap sekalipun subsidi diteruskan, tetapi dengan cara itu (mansuhkan subsidi) boleh mengurangkan beban hutang dalam negara yang ditanggung oleh semua rakyat," katanya.
Awang Adek mengulas pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika pemberian subsidi kepada rakyat diteruskan.
Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri, berkata ia boleh berlaku kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.
Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak bersetuju dengan pandangan Idris itu.
Menurut laporan media, defisit bajet 2009 Greece ialah 13.6 peratus daripada KDNK iaitu sebanyak 2.4 kali lebih tinggi berbanding Malaysia.
Malaysia memperoleh lebihan dagangan sebanyak RM118.4 bilion pada 2009 manakala Greece merekodkan defisit RM105.7 bilion dalam tempoh yang sama.
Pada Mac 2010, rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$95.3 bilion (RM304.96 bilion), 17.3 kali lebih tinggi berbanding Greece sebanyak AS$5.5 bilion (RM17.6 bilion).
Bagi saya pemberian subsidi boleh diteruskan cuma ia perlu dihadkan dan hanya bagi mereka yang tertentu sahaja yang layak menerima seperti golongan miskin.
BalasPadamSewajarnya import pelbagai barangan dikurangkan / dihapuskan dan tingkatkan penghasilan pelbagai barangan / komoditi bagi menampung keperluan dalam negara. Jangan asyik pentingkan eksport ke luar negara tetapi keperluan masyarakat diabaikan. Dengan ini subsidi dapat diagihkan dan distrukturkan kepada segenap lapisan masyarakat sejajar dengan peningkatan terhadap permintaan untuk menampung keperluan dalam negara.
BalasPadamEmmm as for me, we cannot compare us and others country. The situation are different.
BalasPadamApa yang penting masa ini adalah bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku sekiranya subsidi sudah tidak diberikan lagi. Bersiap sedia, mencari penyelesaian.
BalasPadammaknanya tujuan pemansuhan subsidi bukan disebabkan kononnya malaysia akan bankrap pada 2019, tetapi untuk mengurangkan defisit dan menstabilkan kewangan negara. jika ini langkah terbaik, kerajaan perlu menyeimbangkannya dengan taraf hidup atau sosio-ekonomi rakyat agar ianya tidak terlalu membebankan rakyat.
BalasPadamberkenaan dengan Malaysia bankrap pada 2019 hanya jangkaan. malaysia tidaklah seteruk yang digambarkan. namun langkah berjaga2 masih perlu diambil untuk mengelak sebarang kemungkinan.
BalasPadamsaya turut merasakan bahwa malaysia takkaan bankrap pada tahun 2019, namun kerajaan perlu juga mengambil langkah barhati2 bagi mengekalkan ekonomi negara dalam keadaan stabil
BalasPadambagi mengelak jangkaan tersebut menjadi kenyataan, antara langkah2 yang perlu ada melalui pemansuhan subsidi..cara ini boleh mengurangkan beban hutang dalam negara..ia dijalankan secara berperingkat-peringkat bergantung kepada keadaan semasa.. namun, kenaikan harga barangan terbabit harus dipantau oleh pihak berwajib..
BalasPadamsubsidi dikurang untuk mengurangkan beban kerajaan. namun rakyat akan makin terbeban jika tiada subsidi. oleh itu, pemberian subsidi harus diberikan kepada golongan tertentu sahaja, seperti golongan berpendapatan rendah
BalasPadampemotongan subsidi ini adalah untuk kurangkan beban kerajaan, tp ini akan membebankan rakyat. oleh itu, adalah lebih bak jika pemberian subsidi hana diberikan kepada golongan tertentu sahaja seperti golongan berpendapatan rendah.
BalasPadamWho say it is not possible? Let us look in a bigger frame. Even the 2nd Finance Minister has to agree with this.
BalasPadamNo, subsidies may not be the main cause of bankruptcy, however, other factors like mismanagement, abuse of funds, white elephant project could eventually cause the downfall of the country.
BalasPadamSegala tindakan pasti ada baik dan buruknya, lebih wajar kita fikir secara mendalam sebelum membuat keputusan.
BalasPadamAs they, "never say never". It will happen but not that soon. The economy is unpredictable and financial backup is needed. Hopefully the Govt can think twice before making a decision.
BalasPadampemansuhan subsidi hanyalah satu cara yang dianggap paling sesuai bagi mengelak negara kita bankrap...namun,pengurusan yang tidak cekap,penyelewengan, rasuah dll harus ditangani...
BalasPadamI agree that Subsidies will not cause the country to go bankrupt, but the wanton spending and wastage will.
BalasPadamEven if we won't bankrupt by 2019, it doesn't mean we should continue with the abuse of public funds and wastage.
BalasPadamI don't think so.
BalasPadam