Rabu, Jun 16, 2010

ADA FAKTA DENGAN BUKTI BAHAWA BERIBU-RIBU PENDATANG HARAM DI SABAH TELAH MEMPEROLEHI KAD KERAKYATAN - WILFRED

Pengeluaran Kad Pengenalam Malaysia kepada PTI: Menteri Dalam Negeri bilang tidak betul.

YB Datuk Wilfred M. Bumburing yang mengemukakan soalan lisan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung PTI di Sabah yang mendapat Kad Pengenalan dan MyKad. Berikut adalah sedutan daripada jawapan Menteri Dalam Negeri kepada soalan lisan YB datuk Bumburing pada 16 Jun 2010.

Komen anda serta sesiapa yang ada bukti mengenai hal ini sila kemukakan ke Pejabat ADR Tuaran.

Pertanyaan Lisan Rujukan 2710

Daripada: YB Datuk Wilfred Bumburing DWMB [Tuaran]

Tarikh: 16 Jun 2010

SOALAN:

YB Datuk Wilfred M. Bumburing bertanya kepada MENTERI DALAM NEGERI minta menyatakan keterangan selanjutnya mengenai Jabatan Pendaftaran Negara bahawa tiada MyKad telah diberi kepada pendatang haram sedangkan adalah menjadi fakta dengan bukti bahawa beribu-ribu pendatang haram di Sabah telah memperolehi kad kerakyatan.

JAWAPAN MENTERI DALAM NEGERI:

Tuan Yang Dipertua (TYD), Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli YB Tuaran yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk Makluman ahli Yang Berhormat, Kerajaan hanya mengeluarkan Kad Pengenalan MyKad kepada warganegara yang layak mengikut peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Perlembagaan Persekutuan. Adalah disahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan kepada pendatang haram atau mana-mana orang yang tidak mempunyai status taraf warganegara.

TYD, Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat bukti bahawa beribu-ribu pendatang haram di Sabah yang dikeluarkan MyKad sepertimana yang dinyatakan olei Ahli YB Tuaran, Kementerian memohon kerjasama Ahli YB supaya memberi maklumat-maklumat lengkap terus kepada saya untuk disiasat dan diambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai yang dimaksudkan.

25 ulasan:

  1. beliau hanya menafikan soalan tersebut dengan berpandukan peraturan, akta dan perlembagaan. namun secara realitinya, masalah ini benar2 berlaku. oleh itu, pihak2 yang berkenaan perlu berkerjasama dengan mencari bukti serta maklumat2 lengkap agar Menteri Dalam Negeri dapat mengambil tindakan.

    BalasPadam
  2. jika ada pihak yang bersungguh2 ingin mengatasi masalah ini, tolong berusaha sediakan bukti dan maklumat, bukannya berusaha mengajukan soalan. kementerian telah menunjukkan kerjasama, oleh itu YB tersebut juga perlu berkerjasama bagi menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  3. bukti amatlah biperlukan unutk menguatkan isu ini. oleh itu, orang ramai haruslah membantu kerajaan untuk menangani masalah ini. ini merlukan kerjasama semua pihak bukan saja kerajaan.

    BalasPadam
  4. pemberian mykad tidak dibenarkan sama sekali kepada orang asing, walaubagaimanapun byk dakwaan bahawa ramai warga asing yang telah memiliki mykad, perkara ini perlu disiasat dgn segera bagi memastikan tiada pemalsuan mykad berlaku.

    BalasPadam
  5. pirate:
    jika anda mempunyai maklumat berkenaan dgn PTI ada kad kerakyatan silalah tampil ke hadapan untuk membantu pihak kerajaan memantau masalah tersebut. setakat memberi komen dimana mslh ini benar2 berlaku shj tdk mencukupi. nampak sgt mcm anda tahu benar mslh ini berlaku.

    BalasPadam
  6. Why give MyKad to illegals while some of our own people haven't gotten their card yet? I hope there is an explanation and accurate statistics.

    BalasPadam
  7. Giving out MyKads to illegals is like giving and sealing your rights away. If there is facts, lay it out for the people to see..

    BalasPadam
  8. Cuba bah bawa tu bukti dan paprkan pada umum kalau berani... Setakat nak soal saja buat apa.. Rakyat lebih utamakan tindakan dan bukannya jawapan!

    BalasPadam
  9. Setuju pirate. jadi sesiapa yang ada bukti tu janganlah buat teka teki lagi. Utarakan segera bukti tu supaya hal ni cepat selesai k.

    BalasPadam
  10. Isu ni memang bikin panas ba.. Sebab tu lah saya selalu bagi komen yang sama, isu ni takkan selesai selaggi semua pihak tak bersatu. Cuba kunu tolong menolong, saya yakin hal ni selesai cepat bah..
    Cuba lah dulu kalau berani & tengok hasilnya..

    BalasPadam
  11. Saya sangat teruja untuk tahu siapakah dalang dalam hal ini. Kalau saya tau, confirm saya jadi superman hantar itu orang pigi Matahari.. biarlah dia kepanasan sana.. hehee

    BalasPadam
  12. mykad hanya untuk rakyat tempatan sahaja, mmg perlu disiasat jika terdapat dakwaan pemberian mykad kepada warga asing.

    BalasPadam
  13. isu pemilikan MYkad dikalangan warga asing perlu disiasat dan diselesaikan degn segera.

    BalasPadam
  14. baru2 ini ada kenyataan berkenaan dengan MyKad klon di Sabah. oleh itu, mana2 pihak tidak boleh menyalahkan JPN semata2 berhubung dengan kes ini kerana sudah tentu JPN terikat dengan prosedur2 pengeluaran MyKad. yang paling penting sekarang beri kerjasama seperti yang disarankan..

    BalasPadam
  15. Selagi ada fakta,selagi kes ini akan berlanjutan sampai bila2.

    BalasPadam
  16. isu ini sudah lama menjadi topik panas di sabah...namun adalah menghairankan, mengapa pihak Kementerian Dalam Negeri tidak menjalankan sebarang siasatan berhubung dengan isu ini? isu ini adalah berkait rapat dengan keselamatan negara kita di mana pemberian MyKad kepada pendatang haram di sabah berleluasa atas sebab2 politik..seharusnya Menteri Dalam Negeri mengambil langkah yang proaktif dan bukannya berselindung di sebalik akta dan undang2 yang jelas telah dilanggar berdasarkan kepada fakta sepertimana yang berlaku di sabah yang kini telah menjadi beban kepada kerajaan negeri serta rakyat tempatan..bagi menyokong kenyataan oeh YB Tuaran, diharap bukti2 yang konkrit boleh dikemukakan secepat mungkin kepada pihak berkenaan agar perhatian yang serius diberikan..

    BalasPadam
  17. siasatan harus dilakukan sekiranya kita menerima aduan. itu yang sepatutnya dilakukan. adakah betul kata aduan itu atau tidak. baru kita dapt menyelesaikannya dengan mudah.

    BalasPadam
  18. The only thing we can do is wait for the evidences provided by Bumburing.

    BalasPadam
  19. Walaubagaimanapun, hal ini perlu disiasat segera.

    BalasPadam
  20. Kepada sesiapa yang mempunyai bukti kukuh tidak perlu takut atau gentar dalam menegakkan keadilan... Tampil untuk kebaikkan bersama...

    BalasPadam
  21. Bumburing is working on it.Wait and see.

    BalasPadam
  22. kerjasama semua pihak terutama rakyat adalah amat diperlukan bagi menyelesaikan isu ini..moga bukti2 akan dapat dikemukakan segera agar tindakan susulan dapat dilakukan..

    BalasPadam
  23. 也许是交谈上的问题。闹出来了误会。

    BalasPadam
  24. I'm looking forward for his reply on this matter.

    BalasPadam
  25. Can't wait the result & evidence from Dtk Bumburing. Hopefully everything is under control and this issue will be solved ASAP. All the best!

    BalasPadam