Rabu, Jun 16, 2010

SULTAN BRUNEI, SULTAN HASSANAL BOLKIAH HARI INI MENCERAIKAN ISTERI BAGINDA, PENGIRAN ISTERI AZRINAZ MAZHAR HAKIM MAZHAR DENGAN TALAK SATU.

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz

PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam ini.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

7 ulasan:

  1. Adakah ada apa apa alasan mengapa Sultan Brunei menceraikan isterinya?

    BalasPadam
  2. Kenapa begini? Pertama kali saya tahu terdapat perkara begitu dengan the royal family.

    BalasPadam
  3. adalah masalah tu...tiba-tiba diceraikan. takkanlah nak hebohkan masalah dalam kelambu pada dunia?

    BalasPadam
  4. Aku pun POP 1st time dengar kes cerai dalam keluarga royal. hhhmmmm
    Appaun saya harap, hal ni tak dihebohkan sangat la, nanti lain pula kejadiannya. hehhe

    BalasPadam
  5. OMG!!! Bolehnya jadi mcm ni.. alahai..
    Tapi apa boleh buatlah, namanya juga manusia kan.

    BalasPadam
  6. Masalah dalam kain orang tak payah lah kita tahu bah. Doakan saja agar kedua-dua pihak redha dengan ketentuanNYA :)

    BalasPadam
  7. ini mesti kes hisap tontolou...ha ha ha

    BalasPadam