Sabtu, Mei 29, 2010

“KALAU ANAK-ANAK SAYA MAHU JADI PENCURIKAH, PENAGIH DADAHKAH, DIA MAU BAWA LELAKI PULANG KE RUMAH; WALAUPUN BELUM KAHWIN TIDUR SATU KAMAR, BIARLAH SAJALAH. APA MAHU BISING-BISING. INI ZAMAN ICT,”

GEJALA MEROKOK TREND TERKINI PELAJAR SEKOLAH

GEJALA merokok di kalangan pelajar sekolah menengah di Sandakan yang membabitkan perempuan dan lelaki semakin meresahkan para ibu bapa dan guru kerana semakin meruncing.

Para pelajar yang terbabit melakukan perkara tersebut secara terbuka tanpa segan silu di hadapan orang ramai di sekeliling mereka; terutama melepak dan ponteng sekolah sambil merokok di taman-taman bunga berhampiran dalam keadaan berpakaian seragam sekolah.

Boleh dikatakan 80 peratus pelajar perempuan yang membabitkan enam buah sekolah menengah kebangsaan di sini terlibat ketagihan rokok, terutama pelajar perempuan yang baru merangkak naik ke tingkatan 3.

Kegiatan songsang mereka ini boleh dilihat dengan ‘mata telanjang’ pada setiap hari Jumaat di Menara MPS sekitar jam 11.30 pagi kerana di situlah ramainya pelajar lelaki bercampur gaul dengan pelajar perempuan sambil menghembuskan kepulan asap rokok.

Seorang pelajar lelaki yang sempat ditemui oleh krew Sabahkini.net yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, mengakui bahawa kalau mereka tidak merokok mereka tidak mempunyai idea untuk menghadapi pelajaran kerana yakin hanya rokok saja yang boleh membantu membuka minda mereka untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru mereka.

Bagaimanapun, seorang pelajar perempuan, Su, menjelaskan merokok adalah trend terkini pelajar sekolah untuk kelihatan ‘bergetah dan bergaya’ kerana pelajar yang tidak merokok akan disisihkan.

Senario ini menyebabkan lebih 60 peratus pelajar perempuan di sekolahnya ketagih rokok.

“Kalau seorang perempuan macam kami ini merokok, membuatkan kami lebih mudak mendapat boyfriend yang macho dan kaya. Ibu bapa kami sporting, malah kami boleh berkongsi rokok dengan mereka,” ujar Su yang bangga sambil menghembuskan asap yang bergelung-gelung seolah-olah burung merak mengigal memikat jantan.

Tambah Su, ibubapanya terlalu memanjakan dan menyayangi Su dan bersedia memenuhi setiap keperluan Su termasuk memberikan wang dan tidak mengomel jika Su tidak pulang kerana bermalam di hotel dengan teman lelakinya.

Pendedahan Su mungkin ada kebenarannya kerana beberapa ibubapa yang ditemui mengomel tentang sikap anak-anak mereka yang suka memberontak jika dikongkong pergerakan mereka.

“Kalau anak-anak saya mahu jadi pencurikah, penagih dadahkah, dia mau bawa lelaki pulang ke rumah; walaupun belum kahwin tidur satu kamar, biarlah sajalah. Apa mahu bising-bising. Ini zaman ICT,” getus seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Zul.

Kata Zul lagi, ada ibubapa mereka sembahyang lima waktu tetapi anak-anak mereka berperangai seperti iblis; apatah lagi beliau yang hanya sembahyang setahun dua kali, tidak mampu menahan jika anaknya berperangai seperti syaitan atau Gundurowo.

Zul merungut kerana pelajar perempuan sekarang suka pakai seluar pendek sehingga nampak pejal punggung dan menjolok mata seperti perempuan GRO. Tidak ada gunanya memaksa mereka memakai pakaian yang bersopan jika kepala sahaja yang ditudung tetapi di bawah terdedah dan membuat maksiat secara terbuka.

Zul menyetujui pandangan Haji Andi Zakaria sebelum ini yang menjelaskan bahawa di Sandakan, surau dan masjid bercambah di sana sini, tetapi tahap maksiat di kalangan pelajar sekolah dan orang-orang dewasa sudah mencecah 90 peratus, namun tidak ada formula penyelesaiannya.

----

PGM Sandakan rampas 762 kotak minuman keras cuba diseludup

dua warga Filipina berusia 26 dan 28 tahun yang merupakan kelindan lori berjaya ditahan, dan mereka hanya memiliki Kad Pelarian IMM 13.

BAHAN BUAT BOM IKAN DIRAMPAS

baja ammonium natrat itu diseludup keluar dan kemudianya akan digunakan untuk membuat bom ikan untuk digunakan kegiatan mengebom ikan di perairan Malaysia oleh nelayan-nelayan asing ini.

Lima kes rompakan babitkan nelayan direkod di perairan Sabah

kejadian seumpama itu wajar diberikan perhatian serius bagi melindungi pengusaha nelayan.

7 ulasan:

  1. kajian harus dibuat sama ada benar 80 peratus pelajar perempuan dari 6 buah sekolah terbabit terlibat dalam ketagihan rokok..gejala tidak sihat ini harus dibendung dengan segera..semua pihak haruslah bersama-sama berganding bahu membanteras gejala ini demi masa depan anak2 kita..

    BalasPadam
  2. benarkah wujud ibubapa yang tidak bertanggungjawab sengaja jadi penggalak kepada gejala sosial seperti ini? mereka patut malu dengan tindakan 'luar biasa' mereka, kerana masyarakat telah melihat kelonggaran serta kepincangan institusi kekeluargaan mereka.
    dalam hal ini guru2 tidak boleh dipersalahkan.

    BalasPadam
  3. sekiranya ibubapa sendiri tidak dapat mengawal aktiviti anak2 mereka, kerajaan berhak ambil tindakan bagi menangani masalah ini dari terus berleluasa. kita tidak mahu orang luar atau pelancong memandang serong dengan budaya serta pendidikan kita dan kita tidak mahu remaja2 ini terus menyimpang sehingga mendedahkan mereka dengan aktiviti2 jenayah.

    BalasPadam
  4. Even though it's the ICT era does not means that the youngsters should completely abandon their morals.

    BalasPadam
  5. This is a disgrace.

    BalasPadam
  6. If every parents think like these parents, then the whole country is surely doomed.

    BalasPadam
  7. Bagus tindakan PGM membuat rampasan barangan yang diseledup. Teruskan usaha.

    BalasPadam