Sabtu, Mei 29, 2010

SEGALA PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT HENDAKLAH DISELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN DI PERINGKAT AKAR UMBI BUKAN MENUNGGU SEHINGGA TIBANYA PILIHAN RAYA UMUM. - NAJIB

Ketua Kampung Serta Anggota JKKK Penghubung Antara Rakyat Dan Kerajaan

PEKAN, 29 Mei (Bernama) -- Ketua-ketua kampung dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diminta memelihara hubungan yang baik dengan kerajaan supaya harapan serta tuntutan rakyat sampai kepada kerajaan dan dapat disalurkan kepada mereka secepat mungkin.

"Bagi kami di pihak kerajaan atau wakil rakyat, salah satu perkara yang dilakukan adalah merasai denyutan nadi rakyat melalui pandangan, cadangan dan rumusan yang boleh disampaikan melalui ketua kampung dan ahli JKKK yang juga jentera nadi rakyat.

"Jika jentera nadi rakyat ini berfungsi dengan baik, kami sebagai wakil rakyat akan sentiasa memperoleh pandangan dan informasi tetap tentang apa saja isi hati rakyat,"

"Saya harap ketua kampung boleh meringankan beban yang terpaksa saya pikul, jadi janganlah masalah kecil yang boleh diselesaikan peringkat bawah juga diletakkan atas bahu saya,"

"Jangan jaga sanak saudara atau kroni kita saja tapi tolong jaga semua anak buah kita. Bila saya jadi Perdana Menteri, banyak laporan yang sampai kepada saya (jaga orang tertentu sahaja) jadi saya harap selepas ini peranan ketua kampung dapat diperbaiki lagi,"

"Apahal jadi ketua kampung di Pekan tapi duduk di Kuantan... duduklah di kampung sendiri sebab itulah cara terbaik sekiranya kita mahu jadi ketua kampung yang cemerlang,"

15 ulasan:

  1. True, the government should always fulfill their duty not just during the election period.

    BalasPadam
  2. seharusnya pemimpin di akar umbi terutama sekali ketua kampung dan JKKK, harus manjalankan kewajipan mereka...mereka seharusnya sentiasa peka dengan permasalahan rakyat di kawasan mereka dan seterusnya membawa kepada Majlis Daerah/ Pejabat Daerah untuk tindakan susulan...terutama sekali di kawasan pedalaman di mana jauh dari pusat pentadbiran...diharap semua Ketua Kampung dan JKKK menyahut seruan PM untuk sama2 bekerja berganding bahu demi kepentingan rakyat...

    BalasPadam
  3. Mestilah, ini kan tanggungjawab mereka.

    BalasPadam
  4. Selesaikan masalah2 yg dihadapi oleh rakyat secepat mungkin. Tidak perlu tunggu pilihan raya, baru mo terhegeh-hegeh nak selesaikan masalah ataupun keadaan bertambah teruk...

    BalasPadam
  5. Memang benar yang segala permasalahan rakyat harus diselesaikan dengan cepat tetapi yang menjadi masalah ialah karenah birokrasi yang sentiasa melambatkan proses tersebut. Dan memang betul YB2 yang bertanggung jawab menjaga kebajikan kawasan mereka pula hanya mengutamakan Kg. mereka saja dan kg2 lain..sorrylah...contoh yang dapat dilihat ialah kawasan Kinabatangan. yang ada air dan elektrik hanya Bukit Garam saja...yang kg2 lain seperti kg. paris 1 2 3, kg. batu puteh, kg. perpaduan dll. langsung tiada bekalan air paip. baru-baru ni musim kemarau, orang kampung angkat air dari sungai kinabatangan. bekalan elektrik yang ada pula selalu putus-putus dan yang menyusahkan ialah masa ada kenduri / majlis / kematian.

    BalasPadam
  6. rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..

    BalasPadam
  7. Jangan cakap tak serupa bikin nanti.

    BalasPadam
  8. Tindakan yang keras patut diambil terhadap penjawat awam ataupun menteri yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik.

    BalasPadam
  9. I hope Najib can walk the talk and not just giving empty promises.

    BalasPadam
  10. benar. ada pihak yang tidak menyampaikan permasalahan atau tuntutan rakyat kepada kerajaan sehingga menuduh kerajaan kononnya mengabaikan rakyat. tidak hairan juga berlaku dimana pengagihan bantuan kerajaan tidak diagihkan dengan cara yang jujur. kerajaan perlu memandang serius masalah ini agar tidak membebankan rakyat dan tidak menimbulkan salah faham.

    BalasPadam
  11. sistem penyampaian harus diperbaiki...

    BalasPadam
  12. What's with all the fuss anyway...

    BalasPadam
  13. People need to be serve now, now with all the fuss and cursing one another...

    BalasPadam
  14. Apa apa masalah perlu diselesaikan serta merta sebelum berlaratan. Makin lama, makin susah.

    BalasPadam
  15. The leaders must remember that their duty is to serve the people.

    BalasPadam