Masyarakat miskin dapat komputer riba percuma
2010/05/29 Pelajar dari keluarga berpendapatan kurang RM3,000 boleh mohon
KUALA KLAWANG: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengedarkan satu juta komputer riba 1Malaysia secara percuma kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah supaya mereka memperoleh capaian akses internet jalur lebar.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata program khas SKMM itu akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah menggunakan kelebihan internet dalam memajukan diri dan keluarga.
“Golongan yang layak menerima komputer riba itu nanti ialah yang pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan mempunyai anak masih belajar sama ada di sekolah mahu pun universiti dengan pengesahan oleh pemimpin masyarakat.
“Pelajar sekolah menengah dan universiti juga boleh memohon mendapatkan komputer riba itu sendiri jika datang dari keluarga yang layak dengan proses permohonan itu disokong oleh institusi masing-masing,” katanya selepas merasmikan pakej ‘Jalur Lebar Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan Komputer 1Malaysia’ di Dewan Majlis Daerah Jelebu di sini, semalam.
Melalui pakej itu, TM turut mengedarkan sebanyak 200,000 komputer secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah di seluruh negara dengan kadar bayaran bulanan perkhidmatan jalur lebar serendah RM38.
Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu, berkata SKMM sedang memperincikan program pemberian percuma berkenaan dan akan melancarkannya tidak lama lagi bermula di Johor, sebelum diperluaskan di seluruh negara.
Komputer riba 1Malaysia dibangunkan Mimos Bhd itu bakal membolehkan pengguna melayari internet melalui perkhidmatan jalur lebar seperti WiFi, sistem 3G atau HSDPA dan WiMAX.
Katanya, dengan pemberian keseluruhan 1.2 juta komputer riba percuma itu (SKMM dan TM), pihaknya menjangka matlamat kerajaan untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar di kalangan isi rumah menjelang akhir tahun ini akan tercapai.
Dalam perkembangan berkaitan, Rais berkata, pihaknya dan TM akan menyediakan perkhidmatan akses point internet tanpa wayar (WiFi) percuma di kawasan kampung di seluruh negara yang mempunyai talian kabel telefon.
“Kita akan memasang satu alat khas pada telefon awam atau kabel di kawasan tumpuan penduduk kampung seperti balai raya dan ia membolehkan internet dicapai dalam jarak lingkungan dua kilometer.
“Projek itu sudah diuji di Kampung Asia Jaya, Sibu, Sarawak baru-baru ini dan akan diperluaskan di seluruh negara tidak lama lagi,’ katanya.
Dalam perkembangan lain, Rais berkata semua pengamal media warga negara Malaysia yang bekerja di lapangan, terutama wartawan dan jurugambar akan diberi komputer riba 1Malaysia percuma bagi membolehkan mereka memperoleh capaian internet di mana saja ketika bertugas.
cadangan ini amat baik sesuai dengan usaha kerajaan bagi menerapkan nilai2 konsep 1Malaysia keseluruh negara. bagi saya, amat wajar jika kerajaan dapat memberi keutamaan kepada golongan pelajar yang datang dari keluarga miskin memandangkan jumlahnya yang terhad kepada 1 juta sahaja.
BalasPadampemberian secara percuma komputer riba kepada golongan yang miskin adalah satu cadangan yang baik sekali...langkah ini dapat merapatkan jurang digital serta membolehkan para pelajar dari golongan miskin memperolehi komputer sendiri...harap pemberian komputer riba percuma ini dapat diperluaskan ke seluruh malaysia dengan segera...
BalasPadambaguslah kalau semua rakyat tidak kira golongan kaya atau pendapatan rendah dapat excess internet. ia akan membuatkan rakyat kita celik IT dan memudahkan mereka melakukan urusan kerajaan seperti membayar cukai, perbankan dll. cuma yang dirisaukan walaupun mereka mempunyai komputer riba free nanti, siapa yang boleh bantu mengajar mereka guna komputer dan internet?
BalasPadamkomputer percuma dan internet murah serendah RM38/bulanan adalah amat baik untuk masyarakat luar bandar. Cuma saya amat berharap perlaksanaan jalur lebar bukan setakat melepaskan batuk di tangga saja...sebab maintenance system Streamyx kena sentiasa baik. sedangkan yang di bandar, streamyx yang selalu digunakan pada kelajuan 3GB pun teruk dan tidak stabil...so jangan cakap tinggi melangit tetapi realitinya KOSONG!
BalasPadamIni berita baik kepada keluarga yang miskin. Harap cukup untuk semua orang.
BalasPadamThat's great, people who are qualified should apply.
BalasPadamAwesome!!! can i have one? i also want :)
BalasPadamHope, to have it in Sabah as well... :)
BalasPadam1.2 juta laptop? I want one too but i hope it will be fulfilled instead just an empty promises for the people..
BalasPadamHopefully they will distribute these computers to those who qualified for it. There are lot's of poor students who could not afford one.
BalasPadamThis is definitely good news, especially for those poor students.
BalasPadamTolong pasti betul betul dibagi kepada orang yang miskin dan layak sahaja. Jangan nanti anak menteri yang dapat.
BalasPadamYa betul tu, 1 Malaysia. Manatau bukan orang miskin yang dapat tapi dorang sendiri yang ambil dahulu.
BalasPadammacamana mo apply
BalasPadam