Sebanyak 285,000 permohonan tanah kini masih menunggu untuk diproses oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, berbanding keupayaan jabatan terbabit yang hanya mampu memproses di antara 12,000 hingga 16,000 permohonan setiap tahun.
Pindaan Seksyen 17 Undang-undang Tanah yang diluluskan di Dun Sabah baru-baru ini bagaimanapun diyakini dapat mempercepat proses permohonan tanah yang tertangguh, khususnya yang melibatkan Anak Negeri.
Berdasarkan pindaan itu, Ketua Menteri Sabah diberi kuasa untuk memberi tanah yang sesuai kepada Anak Negeri secara berkumpulan bagi tujuan tapak rumah dan pertanian.
“Kita faham bahawa Anak Negeri adalah antara pihak yang banyak merungut mengenai masalah tanah. Ada kampung tetapi tiada tanah. Malah ada yang tinggal atau bercucuk tanam bertahun-tahun tetapi tidak mempunyai geran.
“Oleh itu, melalui pindaan undang-undang berkenaan, masalah sebegini akan dapat diselesaikan dan prosesnya hanya memakan masa kira-kira 2 tahun,” katanya sambil memberitahu bahawa tanah yang diberi juga tidak boleh dijual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan