Mayat ditutup daun pisang kerana bapa percaya anaknya tidak mati
KUCHING: Seorang nelayan yang tinggal di Kampung Bako dekat sini mati mengejut di dalam bot ketika berada di laut dalam satu kejadian petang semalam.
Mangsa dikenali sebagai Saparudin Jajol pada waktu itu bersama bapanya Jajol Bujang serta abangnya sebelum meninggal dunia, mengadu panas dan sakit badan dan seterusnya dipercayai tidak bernyawa pada jam 3.30 petang.
Menurut Jajol, anaknya yang berusia dalam lingkungan 30-an, mengalami kejutan apabila terlihat kilat dan disusuli bunyi guruh.
“Anak saya kelihatan terkejut dan mukanya pucat selepas terdengar guruh. Dia mem- beritahu saya badannya panas dan sakit,” katanya ketika ditemui di jeti Kampung Bako.
Apabila tiba di darat, mayat mangsa ditutup dengan daun pisang dan kelapa serta rumput.
Bapa mangsa enggan mendapatkan bantuan daripada paramedik di tempat kejadian, sebaliknya dia dan ahli keluarga serta penduduk kampung yang lain mengerumuni mangsa.
Ditanya adakah kematian itu sudah dimaklumkan kepada polis, Jajol memberitahu anak-nya tidak mati.
Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali memberitahu pemberita bahawa Jajol akan menggunakan ‘ilmu’ untuk menghidupkan anaknya yang sudah tidak bernyawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan