Selasa, Ogos 18, 2009

PUSARA LABU LABI DI SINGAPURA?

Percayakah anda dua watak yang dijadikan nama filem Melayu komedi popular "Labu dan Labi" dan sekuelnya "Nasib Si Labu Labi" arahan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebenarnya wujud?

Begitulah agaknya sangkaan seorang pengunjung wanita dari Johor yang melawat Kampung Melayu di Geylang Serai di sini.

Wanita itu terkejut apabila terlihat sebuah pusara di kampung itu yang mempunyai penanda terpampang nama 'Labu bin Labi'.

"Al-Fatihah Labu bin Labi kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad 01.01.1961, Plot 007, Blk 9, semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya".

"Oh... di sini rupanya kubur Labu dan Labi," wanita itu bersuara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan