Khamis, Oktober 20, 2011

REMAJA 15 TAHUN DITAHAN SELUDUP 10 PATI

Remaja ditahan seludup 10 PATI

Supritendan Mohd. Nadzri Hussain memeriksa tempat duduk belakang sebuah kereta yang membawa sepuluh PATI di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau di Arau, Perlis, semalam.

ARAU 19 Okt. - Walaupun usianya baru 15 tahun, namun seorang remaja lelaki telah ditahan kerana menyeludup 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar, semalam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Nadzri Hussain memberitahu, remaja tersebut ditahan ketika berhenti rehat di sebuah stesen minyak di Pauh, pukul 12.30 tengah hari.

Sebelum itu, kata beliau, pihak polis yang menjalankan rondaan jenayah terserempak dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan berhenti di stesen minyak itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam kereta itu terdapat 10 PATI terdiri daripada daripada tujuh lelaki, dua wanita dan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan.

"Polis mendapati kusyen di belakang kereta itu telah dikeluarkan supaya ia dapat memuatkan lebih ramai penumpang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya PATI tersebut dibawa dari sebuah kawasan tersembunyi di sempadan Padang Besar-Thailand sebelum mereka dihantar ke Perhentian Bas Changlun, Kedah untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur.

Katanya, suspek bersama 10 PATI kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Kata beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 26 A Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2010.

Mohd. Nadzri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan cubaan menyeludup PATI itu didalangi sindiket tertentu.

18 ulasan:

  1. Perbuatan yang mengkhianat negara dan rakyat sendiri, harap remaja ini akan ditahan dan dimasukkan dalam pusat pemulihan.

    BalasPadam
  2. Kes ini wajar disiasat, harap pemuda tersebut boleh membantu siasatan jika betul ada sindiket yang terlibat.

    BalasPadam
  3. lihat la siapa yang membawa masuk PATI ini kalau bukan rakyat tempatan sendiri.. tahniah kepada pihak polis dan teruskan usaha..

    BalasPadam
  4. anggota polis di Sabah juga perlu lebih peka dengan perubahan persekitaran di Sabah yang mana jumlah PATI lebih ramai dari jumlah penduduk tempatan. jika polis di semenanjung boleh, kenapa polis Sabah tidak...

    BalasPadam
  5. bagaimana masalah PATI nak selesai jika rakyat tempatan sendiri yang membawa mereka masuk.

    BalasPadam
  6. berapa budak remaja ni dapat hasil dari penyeludupan PATI ni? mesti ada habuan yang diberi.

    BalasPadam
  7. PATI tidak boleh disalahkan 100% kerana memasuki Malaysia sebab rakyat sendiri pun bersubahat.

    BalasPadam
  8. Kecil2 sudah jadi pengkhianat negara. Apa mahu jadi dengan generasi sekarang ni.

    BalasPadam
  9. mengejutkan..baru berusia 15 tahun sudah berani melakukan kesalahan seperti ini.

    BalasPadam
  10. tahniah kepada pihak polis..teruskan usaha untuk membanteras kegiatan seperti ini.

    BalasPadam
  11. Jangan-jangan budak ni keturunan PATI yang dapat ic melalui pintu belakang juga.

    BalasPadam
  12. Macam ini pun ada....janganlah lakukan jenayah, tgo ada dah jadi.....

    BalasPadam
  13. Kepada ahli2 sendiket yang masih lagi berkeliaran silalah hentikan perbuatan ini!

    BalasPadam
  14. Kecil2 sudah pandai seludup manusia sudah besar jadi mafia.

    BalasPadam
  15. mungkin budak tu sebagai suruhan saja. Ini sangat membahayakan kepada negara, terutama Sabah. Pihak kerajaan beriya-iya selesaikan isu PATI ada pihak pula beriya-iya seludup PATI. Harap2 tu ketua kena tangkap.

    BalasPadam
  16. Bikin panas juga durang ni tau. Bagus buang negara orang-orang yang seludup PATI. Biar durang jadi pelarian di negara lain. Kasi rasa.

    BalasPadam
  17. jgn fikir kau remaja boleh terlepas dari hukuman, dia ni adalah pengkhianat negara, patut dikenakan hukuman setimpal.

    BalasPadam
  18. Baru 15 tahu sudah pandai berniaga ni. Tapi masalahnya berniaga secara haram.

    BalasPadam