IPOH 10/11/2012: Tidak cukup dengan bahaya sedia ada, terdapat kaki todi atau samsu haram dikesan melakukan satu lagi kerja gila apabila menjadikan bateri sel kering sebagai ‘ramuan tambahan’ kepada minuman maut itu.
Mereka berbuat demikian semata-mata untuk mendapatkan kesan khayal lebih hebat tanpa menyedari tindakan itu sebenarnya meningkatkan lagi risiko kematian.
Seorang kaki todi tegar yang mahu dikenali sebagai Rajan, 38, berkata dia mencuba teknik memeram bateri sel kering di dalam samsu haram dibelinya dengan harga cuma RM1.50 sebotol selepas diberikan petua itu oleh rakan.