Memaparkan catatan dengan label enjin jet F-5E. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label enjin jet F-5E. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 06, 2010

DUA ENJIN JET YANG HILANG DIJUMPAI DI URUGUAY

Dua Enjin Jet Yang Hilang Dijumpai Di Uruguay

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, kata Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di sini serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, katanya.

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di sini, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.

Khamis, Januari 07, 2010

NILAI SEBENAR SEBUAH ENJIN PESAWAT F5-E MILIK TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) TERMASUK `AFTERBURNER' IALAH RM303,570.

"Saya ingin menegaskan bahawa kontrak pembelian kes Foreign Military Sales dalam siri MF-D-SAV telah dibuat pada tahun 1972. Harga sebuah enjin ketika itu termasuk `afterburner' bernilai USD$121,428 dan kadar pertukaran mata wang Malaysia pada ketika itu ialah RM303,570,"

Nilai RM50 juta itu mungkin anggaran pihak lain berasaskan harga enjin baru pada masa ini, memandangkan kementeriannya dan pihak yang membuat siasatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Rabu, Januari 06, 2010

"TIDAK BENAR MAKLUMAT YANG DINYATAKAN BAHAWA DUA ENJIN PESAWAT ITU BERNILAI RM50 JUTA SETIAP SATU SEDANGKAN NILAI SEBUAH PESAWAT ITU KURANG DARIPADA AS$8.2 JUTA (RM27.7 JUTA) DAN SAYA HARAP FAKTA INI DAPAT DIPERBETULKAN,"

Berdasarkan maklumat yang ada tiada pegawai kanan yang terlibat dengan kes tersebut melainkan mereka yang telah atau akan dibawa ke muka pengadilan selepas ini.

"Saya sudah bentangkan pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pagi tadi dan beliau berpuas hati dengan laporan tersebut,"

"Saya fikir kes ini disiasat oleh jabatan siasatan jenayah sudah memadai, kita letak kepercayaan yang penuh kepada mereka untuk menyiasat kes ini,"

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

---

"Saya harap isu ini tidak dijadikan sebagai satu polemik baru terutamanya kepada beberapa penulis termasuk penulis blog. Jangan timbulkan sebarang pendapat yang hanya ikan kecil atau ikan bilis sahaja yang dikenakan tindakan.

---

“Ya, jika saya dapat bukti ada lagi yang terlibat, saya akan dakwa,”

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail

SARJAN TUDM MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH TERHADAP PERTUDUHAN BERSUBAHAT MENCURI DUA ENJIN PESAWAT F5 MILIK TUDM

Sarjan Dan Pengarah Syarikat Didakwa Curi Dan Lupus Enjin TUDM

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

image N. Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

image Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feb ini untuk sebutan kes itu.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini.

Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya adakah Mohamad Shukri akan didakwa, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan.

Mengenai kemungkinan lebih ramai dituduh berkaitan dengan skandal itu, Raja Rozela berkata beliau hanya menerima arahan untuk mendakwa kedua-dua tertuduh sahaja.

Terdahulu, Raja Rozela memohon mahkamah memandang serius kerana barang yang dicuri bukan enjin motosikal tetapi ia adalah enjin pesawat pejuang.

Peguam bela V. Ravichandran yang mewakili Tharmendran dan peguam bela Pritam Singh Deol yang mewakili Rajandran memohon kepada mahkamah agar anak guam mereka itu diberi jaminan yang rendah berikutan kesemua akaun telah dibekukan dan tidak mempunyai wang yang banyak.

Bagaimanapun, Raja Rozela membantah kerana ia bukanlah faktor utama dalam memohon jaminan.

Rajandran dijamin oleh abangnya sementara Tharmendran gagal membayar jaminan.

Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay.

SARJAN DAN PENGARAH SYARIKAT AKAN DIDAKWA DI MAHKAMAH, BERHUBUNG KES KEHILANGAN DUA ENJIN PESAWAT TEMPUR F-5E MILIK TUDM

Enjin Jet: Anggota Tentera Dan Pengarah Syarikat Didakwa

imageKUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Seorang anggota tentera udara berpangkat Sarjan dan seorang pengarah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Rabu berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pertuduhan ke atas anggota TUDM itu dibuat atas dakwaan bersubahat melakukan kesalahan curi dalam bangunan manakala pengarah syarikat tersebut akan didakwa atas kesalahan menolong menghapuskan harta curi.

"Hasil siasatan menunjukkan bahawa kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 (Matra 1) Kuala Lumpur hasil persuhabatan anggota tentera berpangkat Sarjan, dan keterangan juga menunjukkan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin pesawat itu yang diketahuinya merupakan harta curi," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa malam.

Katanya berdasarkan keterangan-keterangan saksi dan dokumen-dokumen yang sedia ada beliau mengarahkan pertuduhan dibuat terhadap anggota tentera udara berpangkat Sarjan dan seorang pengarah syarikat berkenaan.

Abdul Gani berkata jika sabit kesalahan anggota tentera itu boleh dihukum bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 109 Kanun yang sama manakala bagi kesalahan menolong melupuskan harta curi pengarah syarikat itu boleh dihukum di bawah seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Akhbar baru-baru ini mendedahkan kehilangan dua enjin itu pada 2007 ketika dibawa keluar dari Pangkalan Skuadron 12 Scorpion di Butterworth, Pulau Pinang untuk penyelenggaraan rutin di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kehilangan enjin jet itu hanya disedari oleh tentera pada 22 Mei 2008, diikuti siasatan segera sebelum laporan polis dibuat pada 4 Ogos tahun yang sama.

Enjin jet pejuang itu dipercayai dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Selatan.

Isnin, Januari 04, 2010

HANYA PEGAWAI PANGKAT RENDAH DAN BUKANNYA PEGAWAI KANAN TENTERA TERLIBAT DALAM KES CURI DUA ENJIN JET PEJUANG F-5E TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM),

Hanya Pegawai Pangkat Rendah Terlibat Kes Curi Enjin Jet F-5E TUDM - Peguam Negara

PUTRAJAYA, 4 Jan (Bernama) -- Hanya pegawai pangkat rendah dan bukannya pegawai kanan tentera terlibat dalam kes curi dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata keputusan sama ada mereka yang terlibat dalam kes itu akan didakwa di mahkamah akan dibuat "dalam waktu terdekat".

Beliau juga berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay.

image"Kami sedang mengadakan perbincangan daripada segi prosedur undang-undang dengan negara tertentu dalam usaha mendapatkan semula enjin itu," katanya kepada pemberita Isnin.

Abdul Gani berkata polis telah menyiapkan siasatan terhadap kes kehilangan enjin itu, yang mendedahkan ia telah dihantar ke satu alamat di Subang Jaya, Selangor, pada 30 Dis, 2007 dan 1 Jan tahun lepas.

"Pihak tentera hanya menyedari kehilangan itu pada 22 Mei, 2008 dan apabila mereka mendapat tahu mengenai perkara itu, mereka telah menjalankan siasatan dan kemudiannya pada 4 Ogos, laporan polis dibuat.

"Pada 4 Mei, 2008, sebuah kontena yang membawa enjin itu telah dihantar dengan kapal ke luar negara dan kami mengesannya hingga ke Argentina, dan dari Argentina, enjin berkenaan telah dipindahkan ke kapal lain dan dihantar ke Uruguay," katanya.

Abdul Gani berkata Interpol sedar mengenai kes itu dan menurutnya beliau percaya Amerika Syarikat juga tahu, berdasarkan laporan yang diterbitkan.

Ditanya mengenai pembeli enjin itu, Abdul Gani berkata beliau tidak dapat memberikan butirannya kerana siasatan masih dijalankan.

Ditanya harga sebenar enjin itu, katanya semua pihak perlu realistik mengenainya kerana jet itu dibeli pada 1975.

Sabtu, Januari 02, 2010

SIASATAN KEHILANGAN ENJIN F-5E KINI TUNGGU TINDAKAN PEGUAM NEGARA

Siasatan Kehilangan Enjin F-5e Kini Tunggu Tindakan Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya Peguam Negara sahaja yang berhak mengeluarkan kenyataan mengenai siasatan kes kehilangan enjin pesawat jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), serta menentukan tindakan undang-undang yang bakal dilaksanakan.

"Polis sudah menyerahkan sepenuhnya kertas siasatan (kes itu) kepada Peguam Negara, dan kini tunggu Peguam Negara untuk ambil tindakan undang-undang melalui mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melepaskan peserta Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 7/2010 di Stadium Bukit Jalil di sini pada Sabtu.

Media baru-baru ini melaporkan kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM pada 2007 yang dikatakan dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa luar negara.

TUDM mula mengoperasikan pesawat F-5E itu pada 1974, dan pada 1999 perkhidmatan pesawat itu ditamatkan dengan tugas sebagai pesawat tempur barisan hadapan diambil alih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.

Bagaimanapun, pada 2003 pesawat itu diaktifkan semula sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagi menampung keperluan semasa.

Rabu, Disember 30, 2009

DEPUTY MINISTER IN THE PRIME MINISTER'S DEPARTMENT DATUK AHMAD MASLAN SAID THE TWO MISSING RMAF F-5E JET ENGINES WOULD BE EXPLAINED TO THE PEOPLE NEXT MONTH.

Missing Jet Engines Will Be Explained To The People

KUALA LUMPUR, Dec 30 (Bernama) -- Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Ahmad Maslan said the two missing RMAF F-5E jet engines would be explained to the people next month.

Ahmad who is also Umno information chief said the "Program Juara Rakyat" to be launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak would also explain the absence of many Barisan Nasional MPs when THE 2010 Budget was passed on Dec 14.

"We will reply to criticisms from the opposition who had used the missing jet engines and other issues to confuse the people.

"The programme is also in line with the 1Malaysia concept," he said at a 'Pemimpin Bersana Rakyat' programme organised by Batu Umno division Tuesday night.

ENJIN PESAWAT PEMINTAS F-5E MILIK TUDM BERNILAI KIRA-KIRA RM50 JUTA HILANG !

Isnin, Disember 28, 2009

HEARSAY ?

IS IT TRUE? WHERE ARE THE SKYHAWKS?

Dear Editor,

My conversation with a retired Air Force General about the missing F5E jet engine led to me to an interesting story. I was intrigued when he told me that there is nothing to be shocked about a missing engine when an entire fleet of aircraft went missing from the RMAF inventory. Entire fleet of aircraft! What was he talking about?

I thought he was kidding and making his usual jokes about aircraft missing from the radar screen but when he said that it was missing from the RMAF inventory that led me to place a few calls.

It appears that via a special G to G arrangement, the Malaysian government bought 80 A4 Skyhawks from the USAF in the 80’s. They were delivered to us at the beginning of 1984. These are working aircraft with plenty of mileage to go.

Thirty-five aircraft were brought back to Malaysia and were used in the service. A few dropped from the sky, one went missing over the South China Sea (Lt. Wahi) and the rest were used until they could not be used again. Some became spare parts. The balance (45 jets) were left in the California desert parked under the scorching sun. They were never brought back.

The 45 aircraft that were left in the Californian desert were never brought back. They were placed under the management of a company in the US. This company ends paying the parking charges for years.

Sometime between the years 2000 and 2003, the RMAF decided to take back the aircraft and sell them off. Our RMAF officers from KL were sent to look for the aircraft in the desert. They found them but the shocking part was that the RMAF no longer legally owned the aircraft.

As it turns out, the paperwork involving the purchase has gone missing and the RMAF was not able to show proof of ownership. Therefore, they could not take out the Skyhawks from the open air parking area.

The haggling and tussle over the ownership continued for several years until it became clear that the aircraft ownership cannot be ascertained. The Malaysian government paid for it but had not kept the receipt.

I remember the matter was raised in Parliament several years back and unverified reports indicate that the aircraft were sold to an American company for a pittance. Maybe our MP’s should revisit this matter again.

My friend was right when he said an entire fleet of 45 aircraft disappeared from RMAF's inventory. In actual fact, it was not even recorded in the RMAF's inventory. Since it did not go into our books despite our having paid for them and having no receipt to show proof of payment, then no aircraft actually went missing! The only thing missing is the money for the 45 aircraft!

Coming back to the missing RM50 million engine which is fixed on a USD 2 mill aircraft, I am perplexed to read in the papers today that a Brigadier General and his 40 men was asked to leave the service early. (Sounds like Ali Baba and the 40 thieves). They were not charged. There was no court martial.

It appears the General and several others lost their pensions but upon appeal got it back. What the heck is wrong with the system? No one even realised that the General was asked to leave until the story came to light in today’s news. I am sure we all can predict why the story was released to the MSM today. It wanted to show that the government did something.

I am not sure whether taking administrative action is sufficient in this case. We are talking about CBT. We are talking about a missing RM50 million jet engine that was supposed to be fitted on a USD 2 million aircraft. Knowing the Malaysian way of wanting to settle problems, it was managed quietly the wrong way.

In the meantime, everyone had forgotten about the 45 aircraft that the Malaysian Government paid for but not taken into the RMAF's inventory. Maybe they went into the army or navy inventory. Who knows what mix-ups can happen?.

Regards,

DR RAFICK

Jumaat, Disember 25, 2009

AMERIKA SYARIKAT ANGGAP KEJADIAN (DUA ENJIN F-5E HILANG BERNILAI RM100 JUTA) JEJAS ISU KESELAMATAN

Amerika Syarikat (AS) meminta Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan dua tahun lalu.

Permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu untuk siasatan kerana ia membabitkan isu keselamatan.

"Kehilangan peralatan itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh isu keselamatan. Justeru, siasatan terperinci perlu dilakukan,"

AS mengikuti laporan media mengenai kehilangan enjin berkenaan sejak ia mula didedahkan kumpulan akhbar New Straits Times Press (NSTP) pada Sabtu lalu yang mengejutkan banyak pihak.

"Kerajaan AS amat bimbang dengan kehilangan ini. Kita juga akan menemui agensi berkaitan di negara ini untuk membincangkan isu itu,"

Jurucakap Kedutaan AS, Tina Malone

---

PEGAWAI DAN ANGGOTA DIBERHENTIKAN SEBELUM KEHILANGAN ENJIN PESAWAT ???

PEGAWAI DAN ANGGOTA DIBERHENTIKAN SEBELUM KEHILANGAN ENJIN PESAWAT ???

Seorang pegawai berpangkat Brigadier Jeneral dan beberapa anggota lain telah dikenakan tindakan pemberhentian sebelum kejadian kehilangan dua enjin pesawat F-5E diketahui berlaku.

Tindakan itu lebih berkaitan kepada ketidakcekapan dan prestasi kerja yang merupakan langkah-langkah biasa dilaksanakan untuk mencegah perkara yang tidak diingini berulang.

"Dengan adanya kenyataan ini, TUDM berharap agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian yang bercanggah daripada fakta sebenar untuk mengelakkan kekeliruan pelbagai pihak.

Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kementerian Pertahanan

----

NO COVER-UP

ENJIN PESAWAT PEMINTAS F-5E MILIK TUDM BERNILAI KIRA-KIRA RM50 JUTA HILANG !

Minority Report (film)

Isnin, Disember 21, 2009

“FOR SOMETHING THE SIZE OF A PROTON SAGA TO DISAPPEAR SO EASILY IN A HIGH SECURITY AREA IS UNBELIEVABLE.

Swift action needed over missing jet engine

GEORGE TOWN: Swift action must be taken against those responsible for the disappearance of the F-5E fighter engine, a Penang Veterans Association (PVA) spokesman said.

He said the rakyat (people) were concerned because the theft of the engine involved a lot of money and they want those responsible to be punished.

“We want immediate action because who knows what else has been stolen.

“For something the size of a Proton Saga to disappear so easily in a high security area is unbelievable.

“We want to know the details of those involved and we want them to be arrested and charged swiftly,” he said.

Pakatan Rakyat Shadow Committee for Defence member Liew Chin Tong called for the establishment of an external inquiry.

“An internal inquiry is grossly inadequate.

“We need an external inquiry -- either in the form of a Parliamentary Select Committee or a Royal Commission -- to investigate the disappearance of the F-5E fighter engine,” Liew, who is also the Bukit Bendera Member of Parliament, said in a press statement on Monday.

He said an external inquiry was necessary not only to determine the details of the “shocking incident” but also to uncover how it was allowed to happen.

“An external inquiry would ensure accountability so that appropriate action can be taken against those responsible.

“The implications of this incident strike at the heart of the security sector of the nation -- no one knows how many other military assets were stolen in this manner.

“This fighter jet engine could just be the tip of the iceberg,” he said.

A F-5E fighter jet engine worth about RM50mil went missing from the Matra 1 Warehouse at the Sungai Besi Airbase in 2007.

The service and maintenance record of the engine was also reported missing, and is believed to have been sold to another party in Europe.

Earlier Monday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said there has not and will not be any effort by the Defence Ministry (Mindef) or the Royal Malaysia Air Force (RMAF) to cover up the theft and sale of the RM50mil fighter jet engine.

He said Mindef and the RMAF had reported the theft to the police immediately after it was discovered and also cooperated with the police so that matter could be investigated thoroughly.

NO COVER-UP

No Cover-Up By The Government, Says PM

The government has no intention to cover-up in the case of the missing RM50 million jet fighter engine belonging to the Royal Malaysian Air Force (RMAF), said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak after chairing the Malaysian Aerospace Council meeting here Monday.

@@@@

ENJIN PESAWAT PEMINTAS F-5E MILIK TUDM BERNILAI KIRA-KIRA RM50 JUTA HILANG !

Sabtu, Disember 19, 2009

ENJIN PESAWAT PEMINTAS F-5E MILIK TUDM BERNILAI KIRA-KIRA RM50 JUTA HILANG !

Enjin jet TUDM hilang

Polis tahan empat orang, termasuk pegawai tentera

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.

Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Noryah Md Anvar, berkata hasil siasatan berjaya mengenalpasti empat suspek, membabitkan orang awam dan pegawai pasukan itu.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghubungi kami awal tahun ini meminta bantuan menyiasat kehilangan peralatan itu yang dilaporkan berlaku di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

“Berikutan itu, 18 individu dipanggil bagi membantu siasatan yang membawa kepada kejayaan mengenalpasti empat suspek terbabit, termasuk penjual dan pembelinya serta lokasi enjin itu dijual,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti empat individu terbabit, selain lokasi sebenar enjin itu yang harganya dianggarkan hingga RM50 juta mengikut pasaran semasa.

Namun, Berita Harian difahamkan enjin itu dijual kepada seorang pembeli di sebuah negara Eropah tetapi tidak dapat dipastikan tujuan penggunaannya.

Noryah berkata, kehilangan enjin itu diklasifikasikan sebagai kes pecah amanah dan fail siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

TUDM mula menggunakan pesawat tempur enjin berkembar buatan Amerika Syarikat (AS) itu pada 1974 tetapi hanya enam unit masih digunakan, masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II yang berpangkalan di Butterworth.

Difahamkan, khidmat pesawat itu pernah digantung beberapa tahun lalu berikutan cadangan menggantikannya dengan pesawat baru.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, enjin yang masih berkeadaan baik itu dibawa dari Skuadron 12 Scorpion Butterworth ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur dan sepatutnya diserahkan kepada satu daripada tiga kontraktor swasta yang dilantik kerajaan untuk penyelenggaraan.

“Ia dipercayai dilakukan secara terancang dengan pembabitan orang dalam TUDM sendiri. Jika tidak, mana mungkin enjin sebesar itu, lengkap dengan ‘after burner’ (sistem turbo) boleh hilang dan melepasi kawalan keselamatan ketat pangkalan dengan mudah.

“Taktik mereka memang licik dan berpengetahuan luas dalam hal berkaitan enjin pesawat tempur. Mereka tahu enjin itu tiada apa-apa nilai tanpa rekod perkhidmatan dan penyelenggaraan,” katanya.

Sumber itu memberitahu enjin jenis J-85 keluaran General Electric (GE) itu boleh dijual dalam bentuk set lengkap atau sebagai komponen alat ganti kepada pihak yang menggunakan model pesawat lama berkenaan.

Selain Malaysia, model itu masih digunakan oleh Singapura, Indonesia dan beberapa negara di timur tengah serta Eropah. Difahamkan, kejadian itu menyebabkan rombakan kecil dalam TUDM, terutama di Markas Logistik yang turut menyaksikan beberapa pegawai dan anggota dipecat.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketatkan prosedur dokumentasi dan memperincikan proses audit dalaman setiap aset miliknya bagi membendung penyelewengan peralatan.

Beliau berkata, kegiatan yang menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan itu dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu dan dilakukan secara terancang hingga sukar dikesan.

“ATM memandang serius kerana ia juga mencemarkan imej pasukan. Justeru, tindakan segera sudah diambil untuk mengatasinya bagi memastikan kejadian tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata, ATM bersikap terbuka dalam isu penyelewengan dan sentiasa mengalu-alukan pembabitan agensi berkaitan bagi menangani kes seumpama itu.

“Jika polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mahu campur tangan, mengapa tidak kita benarkan jika ia boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada pasukan dan negara. ATM mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat membantu siasatan, terutama dalam membongkar lebih banyak kes seumpama ini,” katanya.

---

"Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas,"