Amerika Syarikat (AS) meminta Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan dua tahun lalu.
Permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu untuk siasatan kerana ia membabitkan isu keselamatan.
"Kehilangan peralatan itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh isu keselamatan. Justeru, siasatan terperinci perlu dilakukan,"
AS mengikuti laporan media mengenai kehilangan enjin berkenaan sejak ia mula didedahkan kumpulan akhbar New Straits Times Press (NSTP) pada Sabtu lalu yang mengejutkan banyak pihak.
"Kerajaan AS amat bimbang dengan kehilangan ini. Kita juga akan menemui agensi berkaitan di negara ini untuk membincangkan isu itu,"
Jurucakap Kedutaan AS, Tina Malone
---
PEGAWAI DAN ANGGOTA DIBERHENTIKAN SEBELUM KEHILANGAN ENJIN PESAWAT ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan