Memaparkan catatan dengan label Al-Fatihah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Fatihah. Papar semua catatan

Sabtu, September 08, 2012

TAN SRI HAMZAH ABU SAMAH - LAGENDA SUKAN NEGARA TIADA GANTI

Tan Sri Hamzah Abu Samah - Lagenda Sukan Negara Tiada Ganti

Tan Sri Hamzah Abu Samah

5 January 1924 – 4 September 2012

KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan tokoh sukan tersohor, Tan Sri Hamzah Abu Samah yang banyak mewarnai arena sukan tempatan serta membawa nama negara ke persada antarabangsa.

Sabtu, Jun 09, 2012

SAM D'LLOYD MENINGGAL DUNIA

Allahyarham Sam D'lloyd 1948 - 2012

VOKALIS kumpulan terkenal era tahun 70-an iaitu D'lloyd, Saymsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 pagi pada Sabtu.

Allahyarham meninggal pada usia 64 tahun.

Isnin, Mac 12, 2012

POLIS SAHKAN MAYAT RENTUNG ADALAH DIRANG

Polis sahkan mayat rentung adalah Dirang

imageSENAI 12 Mac 2012- Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

Isnin, Februari 20, 2012

PENYANYI & PELAKON ERA 70-AN LATIF IBRAHIM MENINGGAL DUNIA

Latif Ibrahim Meninggal Dunia

imageAbdul Latif Ibrahim

1952 -2012

PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Ahad, Januari 22, 2012

UCAPAN TAKZIAH

Ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham En. Abdul Ghani Ahmad.

Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5.30 pagi 22hb. Januari 2012 (Ahad) di Hospital Daerah Ranau.

Allahyarham merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Ranau) dari 1971 hingga 1976, dan pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Negeri Sabah.

Isnin, Januari 02, 2012

DATUK SALLEH MAJID BEKAS PRESIDEN BSKL MENINGGAL DUNIA

Bekas Presiden BSKL Salleh Majid Meninggal Dunia

image“Hijrah diri daripada segi minda dan perlu berubah mengikut usia. Selepas bersara daripada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL dan kini Bursa Malaysia) saya sedar saya akan hilang kedudukan dan pengaruh.

“Namun, pada masa sama saya juga bersedia kehilangan semua itu dan menerima diri bergelar pesara. Persaraan ha­nya satu formaliti, hakikatnya saya tidak pernah berhenti bekerja,”

11 Julai 1949 – 2 Januari 2012

Jumaat, Oktober 21, 2011

MUAMMAR GADDAFI BORN & DIED IN SIRTE

image

7 June 1942 – 20 October 2011

“When I met Nasser, he said to me, "I see myself when I was young in you. You are the future for the Arab revolution." This meant very, very much to me.”

Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi

----

Colonel Gaddafi was a 27-year-old junior officer when he led the bloodless coup that deposed Libya's monarch in 1969.

Selasa, Oktober 11, 2011

AHMAD JAIS 1936 - 2011

Penyanyi Veteran, Ahmad Jais Meninggal Dunia

image 28 Mac 1936 – 11 Oktober 2011

Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.

Isnin, Januari 25, 2010

GHAZALI SHAFIE MENINGGAL

Ghazali Shafie Meninggal Akibat Sakit Tua

image KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya pada Ahad malam.

Ghazali, 88, meninggal dunia di rumahnya di Wangsa Baiduri, Subang Jaya kira-kira 7.45 malam, kata anak saudaranya Adam Azman.

Jumaat, Januari 22, 2010

SULTAN JOHOR MANGKAT

Sultan Johor Mangkat

image

JOHOR BAHARU, 22 Jan (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada Jumaat malam selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

---

imageTunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar (Gambar)

Tunku Mahkota Johor Dilantik Pemangku Raja Berkuatkuasa Hari Ini

Tunku Ibrahim Pewaris Takhta Berjiwa Rakyat

Ahad, Januari 10, 2010

TUN FATIMAH HASHIM MENINGGAL DUNIA

25 Disember 1924 - 9 Januari 2010

image

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Wanita pertama yang dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia, Tun Dr Fatimah Hashim, 85, meninggal dunia di rumahnya pada 11.35 malam hari Sabtu kerana sakit tua.

Anak beliau, Abdul Karim Abdul Kadir berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur pada Ahad di Masjid Negara iaitu bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang.

"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Negara selepas menerima kebenaran daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada Bernama.

Allahyarham meninggalkan 6 anak.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Parit Kurma, Muar, Johor pada 25 Dis 1924 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor sebelum memulakan kerjaya sebagai guru.

Allahyarham Fatimah yang dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973, memasuki arena politik pada 1947 dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Umno yang kini dikenali sebagai Wanita Umno pada 11 Sept 1956 hingga Jun 1972.

Allahyarham juga pernah menyandang jawatan naib presiden Umno sebanyak tiga penggal mulai 1963 hingga 1967.

Pada 19 Ogos tahun lepas, Allahyarham dipilih sebagai seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.

Selasa, Januari 05, 2010

SESIAPA YANG MENCACI ORANG LAIN DENGAN PERKATAAN-PERKATAAN YANG BURUK SEUMPAMA DIA MENCACI DIRINYA SENDIRI.

Menghina orang lain seperti caci diri sendiri

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Melakukan perbuatan seperti memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh kemampuan orang lain, memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memalukan orang, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan kepada orang lain dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain dengan perkataan-perkataan yang buruk seumpama dia mencaci dirinya sendiri.

Sebaik-baiknya sebagai umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong tanpa mengira agama dan keturunan orang yang ingin dibantu.

Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu sekalipun seseorang yang dicela memang melakukan dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu sudah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.

Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jumaat, Januari 01, 2010

BEKAS MENTERI PENERANGAN TAN SRI MOHAMED RAHMAT MENINGGAL DUNIA

1937 - 2009 

Kuala Lumpur, 1 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi Jumaat.

"Beliau meninggal dalam tidur,"

Rabu, Disember 30, 2009

BEKAS PRESIDEN INDONESIA GUS DUR MENINGGAL DUNIA

7 September 1940 – 30 Disember 2009

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid, 69,yang lebih dikenali sebagai Gus Dur meninggal dunia di Rumah Sakit CiptoMangunkusumo (RSCM) di Jakarta pada kira-kira pukul 6.45 petang waktu IndonesiaBarat, ahli politik Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) Ali Masykur Musa mengesahkankepada Bernama hari ini.

Gus Dur, yang merupakan Presiden Indonesia keempat, ialah pengasas parti PKB, sebuah parti politik yang berasaskan Islam.

Jumaat, September 04, 2009

ADUN BAGAN PINANG AZMAN MOHAMMAD NOOR MENINGGAL DUNIA

[NS39_220208_AZMAN_BN.jpg]

SEREMBAN, 4 Sept (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan, Barisan National (UMNO) Bagan Pinang, , Negeri Sembilan, Azman Mohammad Noor meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2 petang Jumaat.

Allahyarham yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang di Port Dickson memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi manakala Ramli mendapat 4,097 undi.

DUN Bagan Pinang merupakan satu daripada lima DUN di kawasan Parlimen Teluk Kemang. Empat lagi DUN ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Ekoran kekosongan kerusi itu, satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari untuk memilih wakil rakyat baru.

BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Pada pilihan raya lepas, DAP menang 10 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (4) dan PAS (1).

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kariah Bagan Pinang malam Jumaat.

Al Fatihah

Khamis, Ogos 27, 2009

PROFESOR DR ISMAIL SALLEH MENINGGAL DUNIA

imageKUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal Khamis.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Beliau juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Ahad, Julai 26, 2009

YASMIN AHMAD AKAN DIKENANG DENGAN KARYA BERKUALITI

image KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Yasmin Ahmad, yang meninggal dunia Sabtu malam, akan dikenang kerana setiap sentuhan karyanya, baik dalam filem mahupun iklan, begitu sinonim dengan garapan yang penuh dengan elemen kasih sayang, cinta, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cukup bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk di negara ini.

Pengarah filem dan iklan terkenal itu, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara di sini kira-kira 11.25 malam selepas menjalani pembedahan pada Khamis lepas setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Dilahirkan di Bukit Treh, Muar, Johor pada 1 Julai 1958, Yasmin, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom, memenangi pelbagai anugerah di dalam negara dan antarabangsa bagi karya-karya kreatifnya.

Isteri kepada Abdullah Tan Yew Leong itu memulakan kerjaya dalam industri pengiklanan sebagai penulis iklan di Ogilvy & Mather, sebelum menyertai firma Leo Burnett sebagai pengarah kreatif bersama pada tahun 1993 sehinggalah memegang jawatan sebagai pengarah kreatif eksekutif di Leo Burnett kini.

Kehebatan Yasmin dapat dilihat dalam banyak iklan komersial Petronas kerana mampu mencuit dan meruntun hati penonton dengan sentuhan karyanya.

Tidak keterlaluan sekiranya ramai yang akan merindui buah tangan pengarah kreatif itu terutamanya untuk iklan-iklan menjelang sambutan Hari Raya Aidlfitri September ini.

Sering dipuji sebagai pengarah iklan, nama Yasmin bagaimanapun cukup kontroversi di arena pefileman tanah air berdasarkan keterbukaan dan keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan.

Malah tidak sah jika filem nukilan Yasmin tidak dikritik kerana sejak filem pertamanya Rabun pada 2003, filem-filem lain arahan Yasmin iaitu Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009), turut menerima nasib sama.

Bagaimanapun, di sebalik kritikan, masih ada yang menilai filem-filem Yasmin dari sudut berbeza sehingga beberapa filem beliau termasuk Sepet diangkat untuk memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem Malaysia 2005.

Filem Sepet juga memenangi anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo pada 2005 dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil pada 2005.

Filem Gubra pula memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik di Pesta Filem Malaysia 2006.

Filem Muhsin mencatat kejayaan dengan mengungguli Generasi kplus - Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Berlin selain diangkat sebagai Filem Asean Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007.

Filem Muallaf pula memenangi Anugerah Filem Asia - Sebutan Khas di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo 2008.

Selain memenangi anugerah antarabangsa, filem arahan Yasmin banyak menerima pujian dan kritikan daripada masyarakat serta mendapat liputan media tempatan dan luar negara yang meluas.

Filem-filem Yasmin juga mendapat pengiktirafan dari negara luar apabila ditayangkan di Berlin, San Francisco, Singapura dan di Festival Filem Cannes yang memberi peluang kepada Yasmin untuk terus menghasilkan filem yang dikatakan mempunyai identiti tersendiri.

Rabu, Jun 10, 2009

PELAKON SHUKERY HASHIM MENINGGAL DUNIA

image Pelakon serba boleh, Mohamad Shukery Hashim, 55, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini akibat kanser pankreas.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU Keramat pada 5 petang tadi selepas solat jenazah di rumahnya di Taman Fairuza, Ampang Campuran di sini.

AL FATIHAH

Rabu, April 29, 2009

PUAN SRI LAILA TAIB MENINGGAL DUNIA

LAILA TAIB

Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada 3.45 petang ini di kediaman mereka, Demak Jaya di Kuching, pegawai akhbar kepada Ketua Menteri, Amin Sahmat mengesahkan. Allahyarham berusia 68 tahun.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin. Al-Fatihah.

Sabtu, April 04, 2009

UCAPAN TAKZIAH

Dukacita dimaklum bahawa bonda kepada En. Zulqurnain Yusof, Bendahari Masjid Nur Hikmah Kg. Silou, Ranau, telah kembali ke Rahmatullah pada 4 April 2009 (Sabtu) jam 3 pagi di Hospital QEH Kota Kinabalu.

Jenazah telah disempurnakan di kampung Allahyarhamah di Tambunan, Sabah.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin. Al-Fatihah.