Isnin, Januari 02, 2012

DATUK SALLEH MAJID BEKAS PRESIDEN BSKL MENINGGAL DUNIA

Bekas Presiden BSKL Salleh Majid Meninggal Dunia

image“Hijrah diri daripada segi minda dan perlu berubah mengikut usia. Selepas bersara daripada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL dan kini Bursa Malaysia) saya sedar saya akan hilang kedudukan dan pengaruh.

“Namun, pada masa sama saya juga bersedia kehilangan semua itu dan menerima diri bergelar pesara. Persaraan ha­nya satu formaliti, hakikatnya saya tidak pernah berhenti bekerja,”

11 Julai 1949 – 2 Januari 2012

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) (kini Bursa Malaysia) Datuk Mohd Salleh Abdul Majid meninggal dunia hari ini akibat barah rektum dan kegagalan buah pinggang.

Mohd Salleh, 62 meninggal dunia kira-kira 10.20 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini dengan anggota keluarga terdekat berada di sisi semasa beliau menghembuskan nafas terakhir.

Menurut anggota keluarga, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah ibunya di Lot 1055, Jalan Haji Mokhtar, Kampung Pasir, Hulu Kelang, dan dijangka dikebumikan selepas solat Asar.

Allahyarham menjadi presiden BSKL pada 1996 dan bersara daripada badan itu pada 2003.

AL FATIHAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan