Ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham En. Abdul Ghani Ahmad.
Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5.30 pagi 22hb. Januari 2012 (Ahad) di Hospital Daerah Ranau.
Allahyarham merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Ranau) dari 1971 hingga 1976, dan pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Negeri Sabah.
Jenazah Allahyarham telah dibawa balik ke kediaman di Kg. Lingkudau Ranau dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Muslimin Kg. Lingkudau/Paka selepas solat Zohor hari ini.
Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan