Isnin, Februari 20, 2012

PENYANYI & PELAKON ERA 70-AN LATIF IBRAHIM MENINGGAL DUNIA

Latif Ibrahim Meninggal Dunia

imageAbdul Latif Ibrahim

1952 -2012

PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Adik beliau, Khatijah ketika ditemui Wartawan mStar Online, Wahiduzzman di kediaman Allahyarham di AU3 Keramat dekat sini pada malam Isnin berkata, seluruh keluarga Allahyarham berasa sedih dengan kematian itu.

Ujarnya, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian.

"Kami turut sedih kerana arwah bukan sahaja tidak dapat menunaikan impian untuk mengerjakan umrah tetapi dia meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun pada Khamis ini," katanya.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor, Selasa.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Masriah Mahadan,57, dan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq,35, dan Haznally,34.

5 ulasan:

  1. Condolence to the family of Latif Ibrahim.

    BalasPadam
  2. takziah, semoga roh dia dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  3. Takziah. Industri hiburan dan lakonan pasti merasa kehilangan dengan pemergian beliau.

    BalasPadam
  4. Takziah kepada pemergian Allahyarham Latif Ibrahim.

    BalasPadam