Khamis, Mei 10, 2012

DAREN: DAPATKAN RAWATAN DOKTOR BERTAULIAH JIKA DIKESAN HIDAP KANSER

Daren: Dapatkan rawatan doktor bertauliah jika dikesan hidap kanser

dr-darren-teoh-choon-yu KOTA KINABALU 10th May, 2012: Para wanita digesa mendapatkan rawatan daripada doktor bertauliah jika mereka didiagnosis menghidap kanser payudara.

Penasihat Teknikal Persatuan Sokongan Kanser Payudara atau Kinabalu Pink Ribbon (KPR), Dr Daren Teoh berkata masih ramai wanita yang didiagnosis menghidap penyakit berkenaan lebih memilih untuk merujuk kepada pengamal perubatan yang tidak bertauliah termasuk bomoh.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai program Berjalan Seiringan Hari Ibu 2012 anjuran KPR, di sini, kelmarin.

Menurut Daren yang juga Ketua Jabatan Onkologi dan Radioterapi Hospital Likas, berdasarkan dari populasi, lebih 1,000 dari 3.2 juta penduduk Sabah telah didiagnosiskan menghidap kanser pembunuh nombor satu wanita itu. Daripada jumlah itu, sebanyak 300 hingga 400 kes baru direkodkan setahun.

Bagaimanapun lebih dari 50 peratus pesakit tidak menjalani rawatan di hospital kerana mereka memilih untuk mendapatkan rawatan secara tradisional di mana kualiti rawatan berkenaan belum diketahui.

Katanya, kebanyakan mereka yang telah didiagnosis juga ditahap ketiga dan keempat di mana peluang untuk pulih adalah tipis. Oleh itu pengesanan awal penting bagi meningkatkan peluang untuk pulih.

“Jika anda merasakan ada ketulan di payudara secara berterusan silalah dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital berhampiran kerana anda mungkin penghidap barah payudara,” kata Daren.

Selain itu ujarnya, wanita berumur 35 hingga 40 tahun juga dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan payudara secara berterusan.

Ditanya mengenai program Berjalan Seiringan Hari Ibu 2012 pada 13 Mei nanti, Daren menyatakan kesediaannya untuk membotakkan kepala bagi memberi sokongan kepada pesakit-pesakit kanser.

“Saya telah membuat ramai pesakit wanita terpaksa membotakkan kepala mereka akibat dari kesan sampingan rawatan, jadi ini adalah salah satu cara menunjukkan bahawa saya akan sentiasa bersama-sama mereka dalam berjuang menentang kanser payudara,” kata Daren.

------------------

Breast cancer awareness among rural women still very low

29 ulasan:

  1. The state government gave subsidies to women who wished to undergo mammogram in private mammogram centres in the state which are registered under LPPKN. Frequent mammogram can help detect cancer at the earlier stage.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good information, hopefully more women will go for regular screening to prevent breast cancer.

      Padam
    2. women should go for checkups to know their health.

      Padam
  2. Women between the age of 40 to 70 are more prone to breast cancer and they should have their mammogram screening more often than younger women. Hopefully with the government subsidies, it would be more affordable for the locals to care for their health.

    BalasPadam
    Balasan
    1. The government did the right thing for providing subsidies for these mammogram screening for the women. Hope that they will take advantages of this government subsidies.

      Padam
    2. we should support what the govt has done.

      Padam
    3. Sokong dengan langkah kerajaan untuk membantu rakyat.

      Padam
  3. bagaimana jika kerajaan mengambil tindakan undang2 terhadap pengamal perubatan tradisional?? jika kewujudan mereka hanya memburukkan lagi keadaan dimana para pesakit terlewat mendapatkan rawatan, eloklah jika mereka dikenakan tindakan undang2 kerana perkhidmatan yang mereka berikan itu boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan yang boleh menyebabkan pesakit kehilangan nyawa??

    BalasPadam
    Balasan
    1. People should not go for unverified medical practitioners for treatment as this is dangerous.

      Padam
    2. Tidak dinafikan ada juga penduduk yang masih kolot tentang perubatan ni. mereka lebih percaya kepada bomoh daripada rawatan di hospital. penyakit bukannya makin pulih tapi semakin melarat pula.

      Padam
    3. Hope women will go checkup, it would be awful to discover afterwards.

      Padam
    4. Masih ada segelintir rakyat yang masih percaya dengan amalan kolot.Tidak mau pigi hospital tapi berubat cara kampung yang kononnya boleh membuang tanpa buat pembedahan.

      Padam
    5. Lebih baik berubat di hospital lebih menyakinkan

      Padam
    6. pesakit haruslah mendaptkan rawatan ke tempat yang sepatutnya dan bukannya mendapatkan khidmat bomoh.

      Padam
  4. wanita perlu buat pemeriksaan dan rawatan awal untuk kanser payudara, ia penting agar pencegahan dan rawatan awal dpt dilakukan. kanser ini adalah pembunuh utama wanita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagaimana pula dengan wanita yang berusia 20-an?boleh jugakah buat pemeriksaan?

      Padam
    2. janganlah hingga akhirnya baru tahu sendiri terdapat kanser.

      Padam
    3. Rajin2 buat pemeriksaan sendri.

      Padam
    4. mencegah adalah lebih baik, jadi buatlah pemeriksaan..

      Padam
  5. Every female should go for this checkup to avoid getting know that you have reached the last stage of cancer already.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju, golongan wanita sebaikya buat pemeriksaan untuk mengetahui sama ada mereka menghidap kanser payudara atau tidak.

      Padam
  6. rawatan awal perlu dilakukan agar penyakit dpt dipantau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rawatan awal dapat merawat cancer tersebut

      Padam
    2. ya, rawatan awal boleh menyelamatkan keadaan.

      Padam
  7. jika menghidapi kanser, dapatkanlah rawatan dari doktor bertauliah.

    BalasPadam
  8. Kesihatan keluarga perlulah dijaga bersama. Maka jangan ambil tidak tahu akan kesihatan keluarga.

    BalasPadam
  9. Kesihatan adalah penting.

    BalasPadam
  10. Jagalah kesihatan selagi masih sihat.

    BalasPadam
  11. Jika dapat kesan tanda2 awal sebarang penyakit segeralah mendapatkan rawatan dari doktor.

    BalasPadam