Khamis, Mei 10, 2012

SURIRUMAH WARGA ASING DIPENJARA 9 TAHUN KERANA MEMBUNUH

Surirumah warga asing dipenjara sembilan tahun

LAHAD DATU 10th May, 2012: Seorang surirumah warga asing dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen Lahad Datu di sini kelmarin, selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki dengan menikam mangsa menggunakan sebilah pisau lipat pada Disember tahun lalu.

Hakim, Rajalingam Al. S.S. Maniam menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Ajimah Atiulah, 32, selepas berpuas hati dengan keterangan yang diketengahkan oleh pihak pendakwaan.

Menurut fakta kes, tertuduh bersama suaminya yang masih bebas telah melakukan perbuatan itu ke atas Edwin Marimon,47, di sebuah rumah tidak bernombor di bekas rumah kongsi Felda Sahabat 7, Bandar Cenderawasih Lahad Datu, di sini pada jam lebih kurang 9.30 malam, 14 Disember 2011.

Hasil siasatan mendapati, sebelum kejadian mangsa dipercayai telah masuk menceroboh ke dalam rumah tertuduh dan cuba merogolnya.

Akibatnya, tertuduh yang berasa malu dengan tindakan yang dilakukan oleh mangsa terhadapnya itu, kemudian telah berbincang dengan suaminya sebelum mengambil tindakan untuk membunuh mangsa.

Selepas kejadian itu, kedua-dua mereka dipercayai telah bertindak melarikan diri ke arah kebun sawit untuk bersembunyi, bagaimanapun tertuduh telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Sehubungan itu, Ajimah didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah undang-undang dan akta yang sama.

Mahkamah juga memerintahkan tarikh hukuman penjara terhadap tertuduh berkuatkuasa mulai dari tarikh dia ditangkap dan di rujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani tempoh hukuman untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Hafizi.

-----------------

Kes dah selesai

KEJAM...sebahagian rakaman video yang memaparkan kekejaman  wanita memukul bayinya.KEJAM...sebahagian rakaman video yang memaparkan kekejaman wanita memukul bayinya.

KUALA LUMPUR 10 Mei 2012: Seorang wanita yang mendera dan memperlakukan bayi perempuannya seperti haiwan dan perbuatan itu dirakam sebelum dimuat naik ke laman web You Tube di Internet, semalam sebenarnya menerima hukuman setimpal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai.

“Kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei tahun lalu dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, wanita terbabit warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya.

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

29 ulasan:

  1. Good job to the police who managed to crack this case, hopefully they can continue to help reduce the crime rates in the state.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga polis akanterus berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

      Padam
  2. 9 years of jail sentence should be a good enough punishment for murder. Hope that she will spend her time in jail reflecting of her wrong doing.

    BalasPadam
  3. kes di atas sekali bolehlah dikatakan kedua2nya salah.. yang sorang cuba merogol, dan sorang pula membunuh.. kes ibu mendera anak pula, lebih baik jika selesai menjalani hukuman hantar terus ke rumah/hospital khas untuk pesakit mental..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenalah logik, kenapa mesti membunuh orang. itu sebuah nyawa.

      Padam
    2. I suspect that she might be mentally unstable.

      Padam
    3. Maybe not, this is clearly planned out between the wife and husband.

      Padam
    4. Membunuh untuk mempertahankan diri rasanya.

      Padam
  4. These aliens have no moral value at all. what a shame.

    BalasPadam
  5. The punishment is too short, eventhough she was almost getting raped by the man. She can't just simply kill someone.

    BalasPadam
    Balasan
    1. If she killed in self defense, maybe that is still acceptable. However this murder is planned out. But the man who tried to rape is also wrong in this.

      Padam
  6. harap janganlah ada kes ini berlaku lagi. dahsyat betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes seperti penderaan bayi tidak sepatutnya berlaku.

      Padam
    2. ya..harap kes jenayah akan berkurangan dan tiada lagi kes penderaan yang berlaku.

      Padam
  7. macam2 kes brlaku sekarang. semua ini tak harus brlaku jika kita berfikiran waras.

    BalasPadam
  8. Foreignors pose a dangerous threat to our country. Because of them, the crime rate has increased.

    BalasPadam
  9. Kalau sudah tertekan dan hilang akal memang sanggup untuk membunuh. Yang lelaki menceroboh dan cuba merogolnya pun salah juga. sepatutnya warga asing tu melaporkan kejadian kepada polis dan bukan mengambil tindakan seolah2 tiada akal-dengan membunuhnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam2 sudah sekarang, semakin banyak kejadin yang tidak sepatutnya berlaku.

      Padam
  10. Yang video seorang wanita 20-an mendera bayinya sendiri berusia 10 bulan tu memang sangatlah kejam. tiada sifat keibuan langsung. kalau belum sedia jadi ibu janganlah beranak.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sepatutnya bukan kena 18 bln..patut lebih dari itu.trauma sa tinguk itu video.

      Padam
  11. Yang video seorang wanita 20-an mendera bayinya sendiri tu memang tiada sifat keibuan langsung. kalau belum sedia menjadi ibu janganlah beranak.

    BalasPadam
  12. Bagus lagi binatang, sayang lagi dengan anak.patut buat hukum penjara seumur hidup saja, kepada sesiapa yang membuang dan memdera anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perbuatan mendera anak adalah kejam dan tidak bertanggungjawab.

      Padam
  13. mereka yang melakukan kesalahan pasti akan mendapat hukuman yang setimpal.

    BalasPadam
  14. Kalau demi mempertahankan diri mungkin dapat dikurangkan hukuman tersebut. Tapi jika dengan niat yang tidak baik dan dirancang pasti itu satu kesalahan.

    BalasPadam
  15. Lagi2 kes yang melibatkan warga asing.

    BalasPadam
  16. Sabitkan kesalahan sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.

    BalasPadam
  17. Mereka memang tidak sedar diuntung.

    BalasPadam